Monday 11 January 2021

Muhyiddin Yassin Letak Jawatan

Dalam ucapan yang disiarkan di televisyen pada hari Isnin 11 Januari 2021, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan lima negeri, termasuk Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor dan Sabah, dan wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) sekali lagi selama dua minggu sehingga 26 Jan.


2.Muhyiddin menambah bahawa perjalanan antara negeri dilarang ke seluruh negara, sementara perjalanan antara daerah tidak dibenarkan untuk negeri-negeri di bawah MCO.


3.Dengan pengumuman itu jelas membuktikan tanpa prejudice  kegagalan kerajaan kepimpinan Muhyiddin Yassin gagal menangani pandemik Covid 19. Kegagalan menangani pandemik Covid 19 menghancurkan ekonomi negara.


4.Kerajaan Muhyiddin membazirkan wang rakyat / pembayar cukai dengan melantik jumlah menteri yang begitu ramai terutama sekali semasa pandemik Covid 19. Jumlah Menteri terbesar dalam sejarah politik Malaysia.


5.Dalam segi ekonomi kita dapat melihat bermula tahun 2021 beberapa syarikat seperti Hundai, Toyota, CATL, LG Chern dan Amazon telah lari dari Malaysia. Kehilangan jumlah pelaburan yang begitu tinggi sebesar 81.52b. 


6. Ini bermakna penambahan jumlah pengganguran tanpa mendapat perhatian dari pemimpin. Ini kerana pemimpin politik setiap hari bercakaran  semasa mereka mementingkan politik dan diri sendiri. 


7.Penghijarahan syarikat syarikat dari Malaysia ke Indonesia, bukan disebabkan pandemik Covid 19 tetapi kerana tidak ada kepercayaan terhadap kepimpinan negara. 


8.Indonesia juga pada awalnya menghadapi jumlah jangkitan yang tersangat tinggi tetapi dengan kecekapan pemimpin negara itu dalam menangani pandemik Covid 19 dan keadaan politik yang aman dan stabil. 


9.Penjirahan pelabur asing dari negara Imenambahkan jumlah pengganguran yang tinggi. Bila ini berlaku akan tercetus masalah sosial dan keadaan akan bertambah teruk .


10.Bilamana ahli politik setiap hari  mengutamakan bagaimana untuk mengekalkan kuasa dan kedudukan serta jawatan masing masing.


11.Kita dapat melihat bagaimana terdapat pemimpin kerajaan tanpa peduli masalah pandemik covid 19. Hampir setiap hari mendesak diadakan PRU. Apa yang berlaku ketika PRN Sabah tidak di hiraukan. 


12..Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, mendesak diadakan PRU. Beliau selanjutnya menyatakan “Sekiranya anda dapat pergi ke kedai, pasar dan restoran dan beratur setiap hari, maka mengapa anda tidak boleh beratur selama satu hari untuk mengundi, dengan SOP yang ketat?" 


13.Seharusnya sebagai wakil rakyat yang mewakili rakyat beliau seharusnya prihatin keselamatan dan kesihatan rakyat. Tapi mementingkan parti atau tengkok sendiri.


14.Berikut hari perbicaraan kes jenayah barisan pemimpin UMNO : -


a) Najib Razak.        15 Februari ( Rayuan )

b) Zahid Hamidi.     -   12 April

c) Ku Nan.                - Menunggu tempoh rayuan

d) Rosmah Mansor -   10 Februari

e) Ahmad Maslan.   -   5 - 29 Julai

f) Abdul Azeez Rahim-25 Januari

g) Isa Samad.           - 23 Februari

h) Bung Mokhtar.     - 17 Februari 


15.Berdasarkan kluster Mahkamah dan mengambil kira tarikh garis penamatnya maka fahamlah mengada desakan di buat mengadakan PRU.


16.Kita imbas kembali apa yang dikatakan oleh Ahmad Maslan, “Salah satu sebab utama Umno tidak puas hati dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah kerana langkah PN untuk meneruskan kes mahkamah terhadap parti tersebut dan para pemimpinnya”. 


17.Dalam berusaha membina negara kembali ke landasan yang betul kearah sebuah negara maju, progresif dan dapat menjana ekonomi yang mantap. maka Muhyiddin Yassin harus meletakkan jawatan dengan segera.


18.Apabila ini berlaku, tidak semestinya diadakan PRU. Dengan kuasa yang ada kepada YDP Agong, seorang Perdana Menteri Interim boleh lantik dan dengan barisan kabinet yang dapat di lantik oleh baginda.


19.Perdana Menteri Interim beserta ahli kabinetnya dapat merangka satu pelan bertindak semata-mata untuk kepentingan rakyat dan negara dan bukan kepartian atau individu seperti yang berlaku ketika ini. 

No comments:

Post a Comment