Sunday 31 January 2021

Muhyiddin Wajib Utamakan Negara

 

Pada 29 January 2021 sebanyak 5,728 sebanyak 5,728 kes baru jangkitan Covid 19 telah dilaporkan. Ini menjadikan kes terkumpul mencecah 200.000 maka kala kematian pula seramai 733.

2.PKP telah di kuatkuasakan pada 11 Januari 2021 manaka sehari kemudian Proklamasi Darurat di pada 12 Januari 2021. Penguatkuasaan kedua ini dikatakan dalam usaha mengekang penyularan wabak Covid 19.

3.Dengan peningkatan yang mendadak sehingga ke paras yang sangat bahaya, menunjukkan bahawa kerajaan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal menangani wabak Covid 19. Tidak pula dapat dinafikan Menteri Kesihatan bersama dua Timbalan tidak mempunyai kepakaran mengatasi penyularan wabak Covid 19.

4.Manakala Laporan Transparency International Malaysia –(TI-M) bahawa Malaysia di tangga 51 daripada 180 negara di dunia mengamalkan rasuah. Rasuah yang berlaku di Malaysia bukan sahaja berbentuk pemberian wang ringgit tetapi pemberian apa juga jawatan dimana ada kepentingan si pemberi rasuah.

5.Laporan peningkatan penyularan wabak Covid 19 yang tersangat tinggi nampaknya dapat membawa ingatan rakyat kepada kegagalan kerajaan dibawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengurus negara. Dari itu rakyat dapat melihat ‘argument’ para penyokong parti memerintah dan agen agen mereka hanya menumpukan isu covid 19. Isu ini sebagai ‘pelali’ kepada ingatan rakyat untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin terus memerintah walaupun telah hilang sokongan majoriti dari Ahli Parlimen.

6.Jangan korbankan masa  negara untuk kepentingan diri dan keluarga. Hanyati apa yang di nyatakan dalam  Al Quran. Perpadulah kepada Al Quran dalam membuat perbandingan segala apa yang berlaku di Malaysia.

7.Ingat apa yang dikatakan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir pada KL Summit mengenai Islam.

 

30 January 2021

No comments:

Post a Comment