Sunday 17 January 2021

UMNO Harus Sambut Kenyataan Tun Mahathir

Pada interview di FFT, apabila ditanya mengenai kerjasama dengan UMNO,  Tun Dr Mahathir Mohamad mantan PM ke 4 dan ke 7 menyatakan pemimpin parti yang dituduh di mahkamah atas sebarang jenayah, sama ada mereka didapati bersalah atau tidak, mesti mengundurkan diri dari peranan kepemimpinan sebelum dia mempertimbangkan untuk bekerjasama.


2.Menurut Tun Mahathir, “Saya tidak akan bekerjasama dengan orang yang didakwa di mahkamah atas kesalahan, sama ada mereka didapati bersalah atau tidak,"


3.Berikut adalah tarikh perbicaraan pemimpin UMNO yang telah didapati bersalah (kini status banduan) dan yang sedang didakwa atas kesalahan rasuah, pengubahan wang haram dan memakan wang haram.


a) Najib Razak - Banduan - 15 Feb (Rayuan)

b)Zahid Hamidi - 14 April

c) Rosmah Mansor - 10 Feb

d) Ku Nan - menuggu tarikh rayuan

e) Ahmad Maslan - 5 hingga 29 Julai

f) Abdul Azeen Rahim - 25 Januari

g) Isa Samad - 23 Feb

h) Bung Mokhtar Raden - 17 Feb


4.Jika UMNO berjuang semata-mata demi untuk bangsa, agama dan tanah air, dan mempertahanakan maruah dan harga diri sebagai seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, maka tidak ada halangan untuk singkirkan mereka dan mengharamkan mereka menjadi ahli parti jauh sekali memimpin parti.


5.Terdapat suara menyatakan bahawa melayu di Malaysia telah berpecah dan dengan kenyataan Tun Mahathir tidak kah membuka peluang dan ruang kearah perpaduan penyatuan bangsa Melayu?


6.Ini hikmahnya menyingkirkan pemimpin rasuah dan yang tidak amanah. Dengan ini dunia akan menghormati bangsa Melayu dan kita meletakkan bangsa dan agama Islam ke tempat paling atas dan tempat yang suci serta bernilai. 


7.Jika ini di tolak oleh UMNO ( penyingjiran pemimpin rasuah dan tidak amanah) maka orang Melayu wajib menolak UMNO pada PRU 15 dan seterusnya. Dengan penolakkan ini membuktikan UMNO berjuang hanya untuk pemimpin dan bukan untuk bangsa, agama dan tanah air. Perjuangan asal dan asas UMNO telah di pijak. Membayangkan juga bangsa Melayu lebih selesa hidup di tipu dan di peralatan oleh pemimpin umno dalam ‘perjuangan’ memperkayakan’ diri dan keluarga mereka.


No comments:

Post a Comment