Wednesday 7 October 2020

Najib Harus Menerima Keputusan Mahkamah sebelum Nasihatkan Takiri


Malaysiakini melaporkan ‘Najib desak Khairuddin, Menteri PAS ingaktkan bahaya laskar siber’. (7 Oktober 2020)

2.Sebelum ini media ada melaporkan perbicarangan kes Rosmah Mansor. Mahkamah Tinggi dibertahu bahawa 40 laskar siber diupah oleh Datin Seri Rosmah Mansor untuk menonjolkan imej serta reputasi baik beliau di platform media social.

3.Dari itu, Najib mengetahui ‘bahayanya laskar siber’ kerana isteri beliau mempunyai pengalaman yang luas mengenai fungsi dan aktiviti laskar siber. Kini Najib memberikan ingatkan pada Menteri PAS bahayanya laskar siber.

4.Malaysiakini melaporkan bahawa Najib mahu Menteri Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali didakwa kerana melanggar perintah kuarantin kendiri selepas Kembali dari kunjungannya ke Turki pada Julai lalu.

5.Najib juga dilaporkan sebagai berkata ‘biar mahkamah putuskan dia salah atau tidak, atau apa hukumannya’.

6.Seandainya jika Menteri PAS mengikut sikap tidak mahu menerima keputusan mahkamah, apa Najib dapat lakukan? Najib sendiri tidak mahu menerima keputusan Mahkamah mendapati beliau bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan pecah amanah menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC.

7.Najib kini mendesak pemimpin PAS agar menerima keputusan mahkamah sedangkan beliau sendiri tidak dapat menerima keputusan Mahkamah Tinggi. Bahkan membuat berbagai kenyataan terhadap Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

8.Najib harus menunjukan tauladan yang baik kepada Menteri PAS  sebagai bekas Perdana Menteri dengan menerima keputusan Mahkamah dimana telah menjatuhkan hukuman 12 tahun dan denda RM210juta.

9.Apa yang Najib dapat lakukan gugurkan rayuannya dan masuk penjara dengan segera. Najib harus sedar status beliau sekarang adalah seorang BANDUAN. Jika ini Najib dapat lakukan, besar kemungkinan para pemimpin PAS akan mengarahkan Takiri berbuat demikian.

No comments:

Post a Comment