Saturday 10 October 2020

Lantik Perdana Menteri Interim


DATUK Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agung Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah untuk menghadap baginda bagi mempersembahkan jumlah majoriti ahli Parlimen yang menyokongnya membentuk kerajaan baharu.

2.Menerusi satu kenyataan, Presiden PKR itu berkata beliau dijadualkan untuk menghadap Al-Sultan Abdullah pada Selasa depan. 13 Oktober 2020.

3.Ini bukan pertama kali Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa memiliki sokongan Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan. Pada September 2008, pernah menyatakan memperoleh sokongan untuk membentuk kerajaan selepas Pakatan Rakyat tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, yang diadakan pada Mac tahun sama.

4.Susulan dari kenyataan Anwar, Naib Presiden Amanah, Mujahid Yusof menyatakan ada beberapa asas mengapa Anwar Ibrahim mengambil langkah menghadap YDP Agong ialah untuk membentuk kerajaan yang kukuh selepas Muhyiddin Yassin mengetuai pasukan yang sangat rapuh ketika berdepan krisis. Ini memberikan satu isyarat bahawa Amanah bersetuju dan menyokong tindakan drastik Anwar Ibrahim.

5,Umum mengetahui bahawa pada PRU 14, Rakyat memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan kerana agenda PH untuk melawan dan menghapuskan rasuah dikalangan pemimpin tertinggi kerajaan UMNO bertitik tolak dari isu 1MDB.

6.Setelah memenangani PRU14, beberapa tokoh/pemimpin UMNO dihadapankan ke Mahkamah atas pertuduhan jenayah seperti Rasuah, mengubahan wang haram, menyalahguna kuasa dan berbagai. Zahid Hamidi 47 pertuduhan, Najib Razak 42 pertuduhan,Rosmah Mansor 22 pertuduhan, Isa Samad 10 pertuduhan, Tengku Adnan 2 pertuduhan, Irwan Serigar 6 pertuduhan, Muhammad Shafie 4 pertuduhan, Rizal Mansor 4 pertuduan, Hasanah Abdul Hamid 1 pertuduhan dan Arul Kanda 1 pertuduhan.

7.Persoalan didepan, apakah agenda dan perjuangan Pakatan Harapan telah pudar menentang rasuah setelah Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi mengetuai Pakatan Harapan?

8.Tidak dapat dinafikan ini sedang berlaku. Anwar mendapatkan sokongan Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO yang kini menghadapi 47 pertuduhan kes jenayah. Apakah Zahid Hamidi akan berkerjasama dengan Anwar Ibrahim jika dirinya tidak diberikan jaminan ‘keselamatan dirinya’ yang kini berada di ambang penjara sg buloh?

9.Seandainya Anwar tidak mematuinya setelah menjadi PM, maka tekanan akan diberikan keatas Anwar dan akhirnya apa yang sedang dihadapai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turut di hadapi oleh Anwar. Dan akhirnya kerajaan Anwar (kononnya) menjadi sama dikatakan oleh Naib Presiden Amanah,”berdepan berbagai krisis dan rapuh”. Jika ini berlaku tidak akan dapat menyelesaikan masalah negara dan rakyat. Jika dibiarkan akan terus berlaku tidak akan menemui penghujungnya.

10.Melihat apa yang sedang berlaku politik tanah air yang begitu rapuh dan terlalu lemah serta negara sedang bergelut dengan virus Covid 19, dan melihat ‘kegilaan’ ahli politik tertentu dalam usaha menjadi Perdana Menteri, adalah baik jika YDP Agong melantik Perdana Menteri Interim sehingga PRU15 diadakan.

11.Kita dapat melihat hampir setiap hari media arus perdana dan sosial media tidak berbincang masalah yang menimpa rakyat. Persoalannya, kini tersangat ramai rakyat yang hilang pekerjaan. Sengsara keluarga mereka dalam menghadapi kehidupan harian. Manakala ahli politik sibuk berpolitik. Mengutamakan perut sendiri dan ahli keluarga mereka.

12.Rakyat sedangkan menunggu apa akan terjadi dengan nasib hamper 300 ribu pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura tanpa pembelaan yang sirius dari pemimpin kerajaan. Terdapat Rakyat Malaysia ‘sengsara’ hidup di Singapura kerana jika mereka pulang ke Johor maka mereka akan kehilangan pekerja.Rakyat kita disana tidak ubah seperti bangla, indon dan Rohingya di Malaysia. Rakyat Singapura membantu mereka dalam menghadapi arus kehidupan disana. Malangnya ahli politik (terutama pemimpin politik kerajaan) terlalu sibuk dengan mempertahankan kedudukan mereka sedangkan perbincangan dengan pemimpin Singapura terus diabaikan dan dianggap tidak sirius.

13.Apakah Singapura menghadapi masalah Covid 19 dimana terus melarang orang asing melawat negara itu seperti Malaysia? Jawapannya tidak. Jika kita memantau keadaan di sana, rakyat Singapura telah kembali hidup seperti biasa dengan mematuhi segala SOP Covid 19 yang di kuatkuasakan pemerintah Singapura. Kini Singapura sedang dalam proses membuka lapangan terbangnya kepada seluruh dunia dengan mengetatkan SOP Covid 19.

14.Sedang pemimpin Singapura berusaha membina negara berkenaan, di Malaysia para pemimpin politik, samaada kerajaan atau pembangkang terutama PKR sibuk berpolitik kepartian dan individu tanpa memikirkan kepentingan/kebajikan rakyat.

15.Pemimpin Malaysia kebanyakkan terdiri dari mereka beragama Islam. Tetapi mereka tidak mencerminkan apa yang di tuntut oleh agama dalam mentadbirkan negara atau sebagai pemimpin yang berpegang sebagai seorang Islam.

16.Sudah tiba masanya, Majlis Raja Raja campur tangan dalam pentadbiran negara dalam perlantikan Perdana Menteri dan kita tidak mampu melihat negara di hancurkan oleh politikus yang rakusan kuasa seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

17.Dari itu, kami dengan rasa rendah diri, mohon agar Perdana Menteri Interim di lantik sehingga PRU 15 diadakan. Tujuannya untuk menangani segala permasalahan yang dihadapan negara dan rakyat.

 

 

No comments:

Post a Comment