Wednesday 3 August 2016

Naib Pemuda UMNO wajid di saman




Di Malaysia, semua orang tahu bahawa tiada seorang pun ahli UMNO yang mempunyai keberanian untuk membuat laporan polis terhadap sesiapa sahaja terutama sekali terhadap tokoh negara TANPA perbuatan sedemikian mendapat kebenaran pemimpinya atau orang sekelilingnya.

Begitu halnya apabila Naib Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan membuat laporan polis terhadap 3 tokoh negara, Tan Sri Abdul Gani Patai, bekas peguam negara, bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz dan bekas Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Naib Pemuda UMNO yang berkenaan telah membuat laporan bahawa ketiga-tiga Tan Sri terlibat dalam satu konspirasi menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia.
Dakwaan Khairul seperti berikut : -

 "SAYA, KHAIRUL AZWAN BIN HARUN SEMASA BERADA DI PEJABAT DI ALAMAT TINGKAT 28, MENARA DATO ONN, PWTC, KL, MEMPUNYAI SEBAB-SEBAB UNTUK MEMPERCAYAI BAHAWA INDIVIDU-INDIVIDU YANG DINAMAKAN BERIKUT:

1) TAN SRI ABU KASSIM BIN MOHAMED (BEKAS KETUA PESURUHJAYA SPRM)

2) TAN SERI ZETI AKHTAR AZIZ (BEKAS GABENOR BANK NEGARA)

3) TAN SRI ABDUL GHANI PATAIL (BEKAS PEGUAM NEGARA)
ADA SECARA BERSEORANGAN DAN/ATAU BERSAMA TERLIBAT DALAM SATU KONSPIRASI MENGGULINGKAN YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI DATO' SRI NAJIB SERTA KERAJAAN MALAYSIA YANG SAH, MEKANISMA YANG DIGUNAKAN OLEH SESIAPA DI ANTARA MEREKA INI, ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1) MEMBERI MAKLUMAT SULIT DAN DOKUMEN KEPADA AGENSI-AGENSI DI AMERIKA SYARIKAT TERMASUK FBI

2) MAKLUMAT-MAKLUMAT DAN DOKUMEN-DOKUMEN INI TELAH DIBERIKAN KEPADA PIHAK ASING TANPA KELULUSAN YANG SAH OLEH PIHAK BERKUASA MALAYSIA YANG BERKENAAN TERMASUK JABATAN PEGUAM NEGARA.

3) SEBAHAGIAN BESAR DARIPADA MAKLUMAT TERSEBUT ADALAH DIREKA, DIPALSUKAN SERTA DIPUTAR BELIT UNTUK MENCAPAI TUJUAN-TUJUAN JAHAT

PERKARA YANG DILAPORKAN DI SINI, BUKANLAH DAKWAAN SEMATA-MATA TANPA ASAS DAN SAYA POHON SUPAYA PIHAK POLIS MENYIASAT PERKARA INI DENGAN SEGERA. SEKIAN LAPORAN SAYA.

Atas laporan polis yang buat, PDRM telah memanggil beliau untuk mendapatkan keterangan selanjutkan.

Mengikut Ketua Polis Negara semua dakwaan oleh Khairul Azwan hanya bersadarkan andaian-andaian sahaja. Dan kes di “tutup”.

Kenapa dakwaan palsu dan fitnah Naib Pemuda UMNO di tutup? Tidak kah ini satu pembohongan yang dilakukan kepada PDRM dan pembohongan Khairul sangat siris melibatkan tokoh negara? Selepas ini boleh kah rakyat Malaysia yang lain melakukan perkara yang sama iaini membuat laporan polis palsu berdasarkan andaian terhadap sesiapa sahaja? Saya yakin dan percaya sudah pasti ada SOP polis yang menyebut bahawa sesiapa sahaja yang membuat laporan palsu boleh di dakwa di Mahkamah?


Kepada ketiga-tiga Tan Sri di harapkan dapat bertindak menyaman malu terhadap Naib Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan atau mendesak beliau memohon maaf secara terbuka. Perbuatan polis sedemikian rupa tidak boleh dibiarkan kerana ini melibat reputasi dan integriti PDRM.

No comments:

Post a Comment