Tuesday 9 August 2016

Najib Kata Tindakan Sivil Bukan Jenayah



Jika tidak ada salah laku, tidak akan ada alasan untuk merampas aset.

Jadi sementara tiada seorang tertentu di tuduh salah laku oleh pihak berwajib Amerika Syarikat dan Singapore, mereka khususnya adanya konspirasi dana haram dikesan di 1MDB.

Melebihi AS$3 billion dalam dana yang bertujuan untuk mengembangkan ekonomi Malaysia dan membantu rakyat Malaysia telah dicuri, penggaliran dana haram melalui institusi kewangan Amerika digunakan untuk memperkayakan pegawai-pegawai dan beberapa sekutu mereka. Pejabat Peguam Negara Amerika mengeluarkan kenyataan pada 20 July 2016.

Tindakan sivil hanya berusaha untuk mendapatkan kehilangan AS$1billion nilai aset termasuk beberapa dari rakyat Malaysia – kerana jumlah dana tersebut telah di curi.  Mencuri itu sendiri satu perbuatan jenayah.

Mungkin terlalu awal untuk menyatakan berlakunya kesalahan jenayah tetapi ianya juga merupakan satu kesilapan untuk menyatakan tidak ada jenayah dilalkukan oleh kerana tidak ada tuduhan jenayah difailkan. Mengfailkan tindakan sivil tidak bermakna tidak ujudnya pendakwaan jenayah. 

Sebenarnya saman sivil biasanya difailkan untuk mendaptakan ganti rugi kewangan dan beban bukti adalah lebih rendah berbanding dengan saman jenayah yang biasanya penalti dan penjara. Di Malaysia kes kes jenayah difailkan selepas saman sivil atas sebab yang sama.


No comments:

Post a Comment