Wednesday 24 August 2016

Hasrat Dengki/Dendam Tunku Aziz terhadap Tun Mahathir


Menurut laporan media bahawa bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata dakwaan Tun Mahathir mengenai penglibatan tiga Tan Sri untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak boleh meletakkan keselamatan negara dalam keadaan berisiko dan dianggap mengkhianati kepercayaan rakyat.

Awal dari ini Naib Ketua UMNO Malaysia, Khairul Azman membuat laporan polis kononnya ketiga Tan Sri, iaini Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlibat dalam satu konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri.

Khairul Azwan Harun telah di panggil oleh PDRM untuk dirakamkan kenyataannya. Setelah itu, menurut IGP bahawa Khairul Azwan Harun tidak mempunyai bukti dan tuduhan beliau (Khairul) hanya berasaskan kepada andaiannya.

Tetapi Tunku Aziz membisu seribu bahasa setelah IGP membuat kenyataan tersebut. Tunku Aziz tidak mendesak PDRM supaya menyiasat Khairul Azwan dibawah Section 182 of the Penal Code dimana Khairul Azwan telah membuat laporan palsu. Tidak kah tuduhan tersebut boleh meletakkan keselamatan negara dalam keadaan berisiko dan seterusnya mengkhianati kepercayaan rakyat? Dan boleh menimbulkan kebencian rakyat terhadap tokoh negara yang banyak mencurah bakti kepada negara?

Jika dilihat kepada rekod negara, tiga Tan Sri yang bersangkutan lebih berbakti kepada negara berbanding dengan Tunku Aziz. Bilamana ada orang yang membuat laporan palsu terhadap mereka (Tiga Tan Sri)  mengapa Tunku Aziz tidak menggesa PDRM supaya mengambil tindakan keatas Khairul Azwan?. Apa jasa dan khidmat yang telah di lakukan oleh Tunku Aziz  kepada bangsa, agama dan negara? Menjadi Naib Pengerusi DAP? Itu yang dibanggakan? Apakah jasa dan bakti Tunku Aziz kepada bangsa Melayu dan agama Islam semasa memegang jawatan Naib Pengerusi DAP?

Apabila Tun Mahathir menimbulkan isu yang sama Tunku Aziz melenting dan menyalak sepertimana dilaporkan oleh media.

Sepertimana dikatakan diatas, apabila Khairul Azwan membuat laporan palsu dalam isu yang sama, kenapa Tunku Aziz membisu? Dan kini mengapa pula Tun Mahathir menjadi sasaran Tunku Aziz?  Jika beliau (Tunku Aziz) mempunyai akal yang waras atau hati-nya tidak diselimuti dengan perasaan dengki dan dendam terhadap Tun Mahathir, beliau tidak akan meroyan dan menyalak.


Apa yang dilakukan oleh Tunku Aziz hanyalah seperti pepatah melayu, seperti anjing menyalak di lereng bukit. Bukit tidak akan runtuh. Harus di ingat apabila Tun Mahathir berkata sesuatu tentu mempunyai asasnya dan tidak seperti Tunku Aziz yang gemar menyalak dan berasaskan perasaan dendam, hasrat dan dengki.

No comments:

Post a Comment