Monday 29 August 2016

Kenapa harus mempromosikan Bangsa Kenegerian?



Sebagai rakyat Malaysia, kita harus memikirkan apakah perlu mempromosikan bangsa kenegerian seperti bangsa Johor, bangsa Melaka, bangsa Selangor, bangsa Kedah dan sebagainya. Kita juga harus memikirkan tanpa emosi apakah dengan mempromosikan atau mengujudkannya kita dapat melahirkan perpaduan sebagai sebuah bangsa Malaysia?

Majoriti rakyat Malaysia terdiri daripada orang Melayu. Dengan mengujudkan bangsa kenegerian itu nanti sudah pasti wawasan kita untuk mengujudkan satu bangsa – Malaysia, satu Bahasa – Malaysia dan satu negara – Malaysia akan menemui kegagalan bahawa akan memecah belahkan bangsa itu sendiri. Semangat dan identiti Malaysia akan luput. Seterusnya Malaysia juga akan berpecah.

Lihat apa yang berlaku di Soviet Union (Kesatuan Soviet). Negara Soviet telah di bubarkan pada 26 Disember 1991 dan tercipta Komanwel Negara Merdeka (COS). Persatuan dan Kesatuan Soviet hancur lupus.

Saya tidak gemar untuk mengaitkan Singapura dalam isu ini. Tetapi sebagai bandingan mungkin ada perlunya.

Mendiang Lee Kuan Yew, bekas perdana menteri pertama Singapura pernah menyatakan bahawa Singapura bukan sebuah negara Melayu, Singapura bukan sebuah negara Cina dan bukan sebuah negara India. Singapura ada sebuah negara dan hak milik Singaporean. Apa makna-nya ini. Lee Kuan Yew ingin membina atau mengujudkan sebuah negara Singapura bukan berteraskan suku kaum. Hanya dengan mengujudkan bangsa Singapura akan dapat melahirkan sebuah negara Singapura yang kuat dan kukuh.


Pandangan Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir ada asasnya demi untuk sebuah bangsa Malaysia.

No comments:

Post a Comment