Friday 29 July 2016

Naib Pemuda UMNO bermain dengan api


Naib Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abd u Kassim Mohamed atas dakwaan terlibat dalam satu konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut laporan, Khairul Azwan Harun bahawa beliau mempunyai sebab-sebab untuk mempercayai bahawa individu yang dinamakan ada secara berseorangan dan atau bersama terlibat dalam satu konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri Najib Razak.

Tuduhan Khairul Azwan Harun sangat sirius jika tidak ada bukti kebenarangnya akan membinasakan diri sendiri.

Pihak PDRM mengambil sirius dakwaan beliau dan akan menyoal siasat Khairul Azwan Harun berdasarkan kepada laporan polis yang di buat.

Manakala bekas peguam negara, Gani Patail, telah melantik bekas Presiden Badan Peguam Malaysia, Ragunath Kesavan sebagai peguam beliau untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Khairul Azwan Harun.

Mungkinkah Khairul Azwan bermain dengan api? Jika berani bermain dengan api, jangan pula terbakar diri. Kita tunggu dan lihat.

No comments:

Post a Comment