Monday 25 July 2016

Jamal Ayam Laga Najib Razak


Sabtu. 23 Julai 2016 satu perhimpunan telah diadakan berhadapan Kompleks Membeli Belah Sogo. Perhimpunan tersebut diketuai oleh Ketua UMNO Bahagian Sungei Besar, Datok Jamal Yunos ata lebih dikenali sebagai Jamal Tongkol.

Beberapa hari sebelum itu, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa demonstrasi aman untuk menyingkirkan Najib selepas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan tuntutan saman untuk menyita aset yang dikatakan dibeli dengan menggunakan atau lebih ringkas mencuri duit dari 1MDB.

Bekas Pengerusi Bersih, DatuK Amiga Sreenavasan juga menyebut mengenai rancangan untuk mengadakan perhimpunan aman atas alasan yang sama.

Jamal menyatakan akan membawakan himpunan baju merah kedua untuk berdepan dengan BERSIH 5 jika diadakan.

Ini satu provokasi. Dengan kenyataan seumpama ini sudah semestinya pihak polis tidak akan membenarkan perhimpunan aman yang akan diadakan oleh BERSIH 5. Polis akan bercakap dan berlandasan kononnya keselamatan negara dan tidak membenarkan perhimpuan BERSIH 5.


Jamal sudah menjadi ayam laga untuk Najib Razak. Dahulu Jamal adalah bisnesman. Beliau mempunyai rangkaian restoran (sekinchan Ikan Bakar), pengimport kereta mewah, syarikat air, hotel dan sebagainya. Tetapi semuanya sudah lingkup. Maka inilah bidang baru yang di ceburi – MEMBUAT DEMO

No comments:

Post a Comment