Wednesday 13 July 2016

UMNO mengamalkan rasuah dan budaya samseng


Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan Selangor telah berarak sejauh 200 metre bermula dari pejabat UMNO bahagian Cheras ke Ibu Pejabat DAP sambil memegang sepanduk dan laungan mengutuk Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming. Ianya berhubung lakaran kartun yang menyamakan pemberian ‘duit raya’ sebagai rasuah dan dedak.

Di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan keturunan hidup aman damai, saling hormat menghormati antara mereka. Situasi menghina agama dan bangsa tidak berlaku di zaman Tun Dr Mahathir.

Tetapi bilamana ada pemimpin bukan Islam menghina agama Islam atau bangsa , seharusnya UMNO memikirkan apa yang menyebabkan perkata itu boleh terjadi. Dimana punca dan silapnya?



Seharusnya UMNO cermin diri sendiri. Lihat kepada kepimpinan parti itu. Apakah pemimpin UMNO hari ini terdiri daripada pemimpin yang amanah atau sebaliknya? Buat perbandingan antara pemimpin lalu dengan sekarang.

Tun Dr Mahathir seorang pemimpin yang cekap, bersih dan amanah dan tidak seperti pemimpin hari ini. Disebabkan kecekapan, amanah dan bersih Tun Mahathir, beliau diberi penghormatan dan kepercayaan untuk mengendalikan persidangan-persidangan bertaraf antarabangsa seperti PATA, CHOGM, Kumpulan Selatan-Selatan dan Sukan Commonwealth 1996. Beliau juga adalah pencetus idea program 'Dialog antara bangsa Langkawi' dengan membawa konsep menang menang.

Tun Dr Mahathir Mohamad  seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya memerdekakan Malaysia, dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya. Agama Islam di angkat oleh Tun Mahathir ke tempat paling tinggi, paling suci dan di hormati. Mereka yang terdiri dari kalangan bukan Islam tidak berani mencaci atau menghina agama Islam dan bangsa Melayu tidak seperti zaman pemerintahan Najib Razak.

Tetapi mengapa DAP (jika benar) melakukan penghinaan terhadap agama Islam? Kenapa DAP menyatakan bahawa “duit raya” sebagai rasuah dan dedak? Rakyat terutama sekali pemimpin UMNO hendaklah membuka mata dan melihat apa yang telah di lakukan oleh Perdana Menteri Malaysia hari ini.

Dibawah pemerintah Najib Razak, negara yang dulunya di hormati dan disegani oleh masyarakat antarabangsa kini Malaysia menjadi antara sepuluh negara paling rasuah. Jika pemimpin nomber satu negara ternyata paling rasuah maka DAP akan menggangap rakyatnya pula mengamalkan rasuah. Seperti tubuh manusia. Jika kepala rasuah maka keseluruhan anggota tubuh menjadi rasuah juga.

Sepertikata Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, kini di Malaysia rasuah dilakukan secara terbuka. Kalau dulu rasuah di berikan dibawah meja tetapi hari ini rasuah diberi atas meja.

Keadaan sekarang ini pemimpin UMNO bukan sahaja mengamalkan rasuah tetapi mengamalkan juga budaya samseng. Contohnya budaya samseng bilamana Pergerakan Pemuda UMNO mengadakan perhimpunan jalanan kononnya untuk mempertahankan agama.

Biasanya, perhimpunan jalanan (terhadap kerajaan) akan diadakan jika golongan tertentu tidak ada wakil dalam parlimen. Atau isu isu (kepentingan rakyat) tidak dapat di bincangkan dalam sesi persidangan parlimen.

UMNO mempunyai wakil di parlimen dan DUN begitu juga DAP. Tetapi mengapa isu ini di bawak ke jalanan? Agama Islam adalah agama suci maka hendaklah di bincangkan di tempat mulia seperti parlimen atau DUN. Agama Islam tidak menggalakkan kita mengadakan himpunan jalanan dan mengeluarkan kata kata kesat serta berkelakuan tidak bermoral. Jika agenda Pergerakan Pemuda UMNO untuk membela agama Islam maka ini bukan caranya. Bahkan apa yang dilakukan mencerminkan budaya samseng.

Lihat misalnya di zaman Nabi, ada golongan yang tidak suka kepada Nabi dan agama yang di perjuangkan dan diperkembangan oleh Nabi. Tetapi Nabi tidak bertindak kasar atau pengikut Nabi memaki hamun. Bahkan Nabi tidak membalas tindakan mereka.  Nabi pernah di rejam dengan batu sehingga luka. Tetapi apakah Nabi dan pengikutnya ikut merejam batu kepada golongan yang buat begitu? Bangsa Melayu juga tidak mengamalkan budaya samseng. Bangsa Melayu bila bercakap penuh dengan beradap dan tidak mengeluarkan kata kata kesat atau menyakitkan. Sangat memalukan apabila bangsa Melayu mengamalkan budaya samseng.

Apakah yang akan terjadi kepada negara tercinta ini? Sepertikata Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selagi Najib Razak berkuasa maka negara akan jatuh di tangan anjing anjing.
Saya amat sedih melihat sebilangan kecil rakyat Malaysia mencaci dan menghina Tun Dr Mahathir hanya mempertahankan pemimpin yang tidak bermaruah dan tidak amanah seperti Najib Razak. Melupakan segala apa yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir selama 22 tahun kepada bangsa, agama dan negara.

Bagi saya pengalaman Tun Mahathir dalam memperjuangkan bangsa, agama dan negara serupa pengalaman Nabi Muhamad semasa mengembangkan agama Islam. Jika badan saya di kerat dua puluh pun saya akan mengatakan bahawa perjalanan perjuangan Tun Mahathir serupa seperti perjuangan/perjalanan Nabi semasa mengembangkan agama Islam.

Bagi mereka yang menghina dan mencaci Tun Mahathir teruskan jika kamu tidak beriman. Ini kerana sesiapa yang menghina/mencaci Tun Mahathir (mengikut hukum agama) tanpa kemaafan dari diri yang di hina ( dalam isu ini Tun Mahathir), maka segala amalan pahala yang di perolehi mereka yang menghina dan mencaci akan dipindahkan kepada Tun Mahathir. Tetapi jika yang menghina dan mencaci Tun Mahathir tidak lagi ada amalan pahalanya, maka dosa yang dilakukan oleh Tun Mahathir akan di pindahkan kepada orang yang menghina dan mencaci Tun Mahathir. Perjalanan kamu ( yang menghina dan mencaci) ke syurga akan menjadi sukar. Bahkan besar kemungkinan kamu akan di campakkan didalam lautan api neraka jahanam.

Saya percaya dan yakin bahawa Tun Dr Mahathir bersama isteri Tun Siti Hasmah Mohd Ali akan sentiasa di lindungi dan berada bawah Rahmat dari  Allah SWT. Amin..

No comments:

Post a Comment