Monday 18 July 2016

Beri sokongan kepada usaha Tun Dr Mahathir Mohamad


Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai kekuatan kerana sudah lama bersara dari politik untuk menerajui parti baru yang bakal di tubuhkan.

Katanya, Tun Mahathir tidak seperti pemimpin veteran UMNO Tengku Razaleigh termasuk Ketua PKR DatuK Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai pengaruh dan kekuatan tersendiri.

Menurut beliau, Anwar di pecat daari UMNO, ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri yang amat kuat dan kemampuan dari segi sokongan menggugat kekuatan UMNO waktu itu.

Memang benar, apa yang di katakan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, antara satu penyakit sampingan yang di hadapi pemakan dedak mata menjadi buta.

Sabri tidak dapat melihat dan mendengar apa yang dilakuan oleh Tun Mahathir setelah tidak lagi menjadi PM dan Presiden UMNO. Apakah Sabri ingat bahawa Tun Mahathir seperti Pak Lah sudah bersara duduk diam di rumah dan ‘tidor’  sahaja kerjanya? Telinganya Sabri kelihatan pekak tidak mendengar dan matanya buta tidak dapat melihat apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir setelah bersara. Kesian kemungkinan inilah kesan memakan dedak.

Disebabkan dedak beliau tidak dapat melihat keadaan semasa Anwar di pecat, ketika itu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Begitu juga ketika zaman Tengku Razaleigh dan Musa Hitam gilakan kuasa untuk menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Gagal melihat sebelum Anwar di ambil tindakan, Tun Mahathir telah memberikan pilihan kepada beliau tetapi Anwar tetap mahu menentang Tun Mahathir. Begitu juga pada Musa Hitam setelah di pecat tetapi Tun Mahathir memberikan beliau jawatan taraf Menteri di United Nations. Tun Mahathir tidak meletak pasir di periuk nasi Musa Hitam.

Tun Mahathir memberikan mereka (yang di sebuat oleh Sabri) yang menentang segala kebebasan untuk melakukan apa sahaja didalam dan luar UMNO. Mereka di benarkan menemui Ketua Bahagian dan ahli UMNO di peringkat akar umbi. Sebagai Timbalan Presiden parti, Musa Hitam dan Anwar Ibrahim diberikan kebebasan untuk memberikan ucapan di Perhimpunan Agong UMNO. Mengadakan ruang yang begitu luas untuk menyerang Tun Mahathir ketika itu. Apakah keadaan yang sama diberikan kepada penentang atau mereka yang tidak bersetuju dengan Presiden dan Perdana Menteri hari ini?

Apakah kebebasan yang serupa dinikmati oleh ahli UMNO hari ini terutama ahli umno yang mencabar Presiden dan Perdana Menteri?  Hari ini jika Presiden dan Perdana Menteri disoal dan ditegur, akan dibuang dari parti atau di lucut dari jawatan parti. Dengan itu ahli parti takut dan membiarkan presiden membuat perkara yang tidak baik dan secara langsung memberikan tekanan agar tidak ada ahli yang dapat mencabar atau menentang presiden UMNO seperti dilakukan oleh Anwar Ibrahim, Musa Hitam, Razaleigh Hamzah, Rais Yatim, Abdullah Ahmad Badawi dan ramai lagi terhadap Tun Mahathir ketika itu Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Bukan itu sahaja, hari ini, ketua ketua bahagian UMNO sudah tidak ada suara lagi setelah di lihat seorang Naib Ketua Bahagian yang menegur Presiden parti dipanggil oleh polis, disoal, dimasukan dalam tahanan dan dihadapkan di mahkamah.

Dalam mesyuarat agong umno perwakilan tidak dibenar bercakap berkenaan dengan 1MDB dan 2.6 billion ringgit dalam akaun peribadi Najib Razak. Apabila beberapa cawangan menyoal dan menegur Najib Razak mengenai 1MDB, 2.6billion ringgit dan penglibatan Jho Low dan syarikat Goodstar Limited dalam pengurusan wang 1MDB sehingga ratusan dollar Amerika hilang maka ketua cawangan dipecat.

Sabri dan yang lainnya gagal melihat bahawa tanpa Tun Mahathir UMNO sudah lama mati. Pada 1987, Mahkamah telah memutuskan bahawa UMNO merupakan satu pertubuhan haram disebabkan tindakan Tengku Razaleigh Hamzah and the geng. Tun Mahathir menubuhkan UMNO Baru dan berfungsi sehingga hari ini. Parti yang ketuai oleh Najib adalah dari usaha Tun Mahathir dan bukan pemimpin yang lalu. UMNO baru di lahirkan di Kuala Lumpur dan tidak lagi di Johor. UMNO yang dilahirkan di Johor pada tahun 1946 telah dikebumikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Musa Hitam, Raiz Yatim. Abdullah Ahmad Bawadi (Pak Lah) dan ramai lagi.Tetapi tidak seorang pun mencaci mereka kerana membunuh UMNO.

Dengan tindakan Tun Mahathir menubuhkan satu pakatan dikalangan parti pembangkang merupakan ancaman kepada mereka di BN/UMNO. Ini adalah kerana sikap mereka yang mempertahankan Presiden dan PM yang berkelakuan tidak baik.
Ada menteri umno menyatakan perkara biasa pemimpin umno keluar dan menubuhkan parti. Dato Onn Jaafar keluar UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah keluar UMNO dan tubuhkan Semangat 46 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan PKR.

Apakah mereka yang disebut mempunyai track rekod memerintah negara dengan maju dan berjaya berbanding dengan Tun Mahathir?. Antara track rekod cemerlang Tun Mahathir membangun negara dan ummah dimana di hormati dan segani seluruh dunia. Setiap rakyat Malaysia yang melancung ke luar negara di hormati oleh dunia. Tun Mahathir dapat mengatasi krisis ekonomi yang meruncing ketika itu. Bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi seluruh dunia kagum dengan kepintaran Tun Mahathir mengatasi ekonomi negara. Mereka yang di sebut oleh Sabri dan Pak Lah mereka tidak dapat tandingi Tun Mahathir.

Islam tidak bertolak ansur dengan rasuah tetapi mereka mempertahankan dan membela pemimpin yang mengamalkan rasuah. Malaysia sedikit masa dahulu di hormati oleh pemimpin dunia kini di cela dan dipandang hina kerana Malaysia jatuh antara kesepuluh negara dimana pemimpinnya mengamalkan rasuah.

Babi dikatakan haram tetapi rasuah dijadikan halal. Jika rasuah dapat di amalkan dalam kehidupan maka mengapa tidak memakan babi di amalkan dalam kehidupan harian?

Parti baru belum ditubuhkan hanya baru dalam perancangan penubuhannya. Masa belum lagi terlambat jika mahu selamatkan UMNO. Setiap cawangan dan bahagian wajib mendesak Najib meletakkan jawatan dengan kadar segera dan kembali kepada perjuangan dan pentadbiran asal UMNO.

Jika ini tidak dapat dilakukan maka setiap ahli UMNO yang sayangkan kepada negara bangsa dan agama serta ingin Selamatkan Malaysia maka harus  bertukar haluan dan menjadi ahli parti yang akan di tubuhkan oleh mantan Perdana Menteri.

Berilah sokongan kepada usaha Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


No comments:

Post a Comment