Friday 22 May 2015

Piala FA: Beraksi dengan semangat Melayu serumpun-Mohamed Mansor AR

Besok, Sabtu 23 May 2015 akan berlangsung aksi final Piala FA antara dua pasukan terhandal, The Red Warrior ( Kelantan ) menentang Lion X11 (Singapura) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Diharapkan setiap pemain bagi kedua pasukan dapat menanamkan semangat kesukanan disamping menjematkan semangat persaudaraan persatuan dan kesatuan bangsa Melayu Nusantara ini. Kedua pasukan ini terdiri daripada serumpun bangsa.

Ini dapat kita lihat dimana kedua pasukan mempunyai ramai pemain berbangsa Melayu dan begitu juga dengan jurulatihnya. Bagi Lion XII, Saudara Fandi Ahmad dan Kelantan, Saudara Mohd Azraai.

Bagi masyarakat Melayu di Malaysia, marilah kita menyambut kedatangan saudara kita dari Singapura, The Lion XII  dengan penuh semangat kemelayuan. Mereka telah menunjukkan kepada dunia bahawa jika mereka (orang Melayu) di berikan peluang maka mereka akan dapat maju bersama-sama bangsa lain di sana. Sebagai contoh Saudara Fandi Ahmad dan tidak terkecuali pemainya yang hampir kesemua terdiri daripada bangsa Melayu.

Kalah atau menang adat pertandingan. Yang penting nanti dapat menjalinkan hubungan persaudaraan dan mempertingkat semangat sebangsa dan seagama.


Marilah pastikan peristiwa di Terengganu tidak akan berulang di Bukit Jalil.

No comments:

Post a Comment