Friday 22 May 2015

Penindasan terhadap Muslim Rohingya perlu di selesaikan segera - Mohamed Mansor AR


Apa yang berlaku di Myanmar keatas masyarakat Rohingya sangat mendukacita. Masyarakat Islam dimana juga kita berada merasa bersimpati terhadap masyarakat Muslim Rohingya kerana mereka seugama dengan kita. Seperti biasanya sikap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bilamana berlakunya kekejaman dan penindasan terhadap masyarakat Islam, mata mereka (PBB) menjadi buta dan telinga mereka menjadi pekak. 

Sekarang ini difahamkan bahawa kerajaan Myanmar telah memberikan pilihan terhadap etnik ini sama ada untuk di tahan di kem tahanan atau meninggalkan negara itu. Apabila mereka memilih untuk tinggal di negara tersebut dan berada di kem tahanan di kuatiri mereka akan di siksa, di rogol atau di bunuh atau di biarkan mati dalam kelaparan. Dengan kebimbangan ini maka kebanyakkan dari mereka  memilih untuk meninggalkan negara tersebut.

Maka itu kita melihat/mendengar rakyat muslim Rohingya bertindak nekat menaiki bot dan hanyut ke lautan tanpa hala tuju. Jika tiada tempat hendak di tuju maka mereka akan ke negara Islam terdekat iaini Malaysia atau Indonesia. Tetapi Malaysia dan Indonesia tidak dapat menampong kesemua pelarian Rohingya kerana setiap negara mempunyai masalah masing-masing. Kemungkinan atas dasar kemanusian maka Malaysia atau Indonesia dapat membantu pelarian Rohingya untuk sebentar sahaja.

Masalah Muslim Rohingya hanya dapat diselesaikan darimana timbulnya masalah ini. Dalam hal ini hanya kerajaan Myanmar yang dapat dan mampu untuk menyelesaikan masalah ini. Dalam hal ini juga campur tangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sangat di perlukan. Negara negara Islam yang menganggotai PBB dapat bertindak mendesak PBB melakukan sesuatu.

Di peringkat Asean juga dapat memainkan peranan. Negara anggota Asean dapat mengadakan pertemuan dan perbincangaan dengan pemerintah Myanmar agar dapat mencari penyelesaian atas dasar peri kemanusian.

Satu lagi golongan yang dapat memainkan peranan adalah golongan ahli politik di rantau ini dimana satu ketika dahulu memberikan sokongan kepada perjuangan Aung San Suu Kyi.  Setakat ini pemimpin yang mereka memberikan pujian dan sanjungan begitu tinggi masih membisu seribu bahasa.


Semoga masalah kekejaman dan penindasan terhadap Muslim Rohingya dapat diselesaikan dengan segera.

No comments:

Post a Comment