Monday 25 May 2015

Najib dan Pembohongan - Tun Dr Mahathir Mohamad


1. Amatlah menyedihkan apabila saya dapati saya tidak dapat elak dari kenyataan bahawa Perdana Menteri membohong . Dalam kes wang 1MDB yang dikatakan telah dibawa balik dari Cayman Islands dan disimpan dalam bank BSI Singapura, jawapan tertulis oleh Perdana Menteri kepada soalan Parlimen tidak menepati kebenaran sama sekali.

2. Pembohongan yang pertama ialah tidak ada wang tunai 1MDB yang dibawa balik.

3. Kedua, tidak ada wang tunai yang dimasukkan ke dalam bank BSI di Singapura.

4. Ini jelas dari pindaan kepada jawapan yang pertama, iaitu bukan wang tunai berjumlah USD 1.103 billion (RM3.6 billion), dimasuk dalam bank BSI tetapi dokumen (surat pengakuan) yang disimpan dengan bank. Apa dia nya surat ini tidak dijelas tetapi yang jelas ialah ia bukan wang tunai.

5. BSI bank telah menyatakan selepas itu bahawa dokumen yang menyatakan simpanan dibuat oleh “Brazen Sky” anak syarikat 1MDB adalah palsu dan bukan daripadanya. Maka jelaslah kenyataan bertulis yang kedua oleh Najib kepada Parlimen bahawa yang disimpan adalah dokumen juga tidak benar.

6. BSI bank telah lapur kepada Monetary Authority of Singapore (MAS – Penguasa Kewangan Singapura) bahawa tidak ada wang 1MDB yang disimpan dengannya.

7. Pada kebiasaannya MAS melapur maklumat ini kepada Bank Negara. Ini jelas dari pengakuan bahawa kononnya lapuran ini tertakluk kepada protokol kerahsiaan antarabangsa (Egmont principles of information exchange) dan kehendak kerahsiaan di bawah seksyen 10 AMLA. Dari kenyataan ini adalah jelas bahawa Bank Negara telah terima lapuran Monetary Authority Singapore.

8. Tujuan merahsiakan tentulah kerana ada sesuatu yang tidak kena atau pembohongan yang telah dilakukan apabila Najib menjawab soalan bahawa wang tunai telah disimpan dengan bank BSI di Singapura.

9. Perbuatan “cover-up” atau menyembunyi kesalahan dalam urusan Kerajaan adalah salah di segi undang-undang.

10. Saya perturun di sini peruntukan dalam Malaysia Penal Code (Undang-undang Jenayah Malaysia) Section 218.

11. “Whoever being a public servant, and being as such public servant, charged with the preparation of any record or other writing, frames that record or writing in a manner which he knows to be incorrect, with intent to cause, or knowing it to be likely that he will thereby cause, loss or injury to the public, or to any person, or with intent thereby to save, or knowing it to be likely that he will thereby save any person from legal punishment, or with intent to save, or knowing that he is likely thereby to save any property from forfeiture or other charge to which it is liable by law, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to three years or with fine or with both.”

12. Adalah jelas bahawa dalam kes wang tunai yang didakwa oleh Perdana Menteri dan pegawai-pegawai Kerajaan, Bank Negara dan 1MDB telah dibawa balik dari Caymans Islands dan disimpan di BSI bank di Singapura serta pindaan kepada jawapan pertama bahawa bukan wang tunai yang dibawa balik dan disimpan di Singapura, tetapi dokumen, kesemuanya tidak benar. Mereka yang membuat lapuran yang salah ini telah melanggar undang-undang jenayah Seksyen 218.

13. Perkara yang amat serius sedang berlaku. Wang syarikat milik Kerajaan yang dihutang dengan jaminan Kerajaan sebanyak tujuh billion (tujuh ribu million) Ringgit sudah tidak dapat dikesan di mana ia berada dan percubaan dibuat untuk membohongi Parlimen dan Negara berkenaan dengannya. Ada unsur jenayah berkenaan kes ini yang memerlukan siasatan oleh polis dan jika wang ini tidak juga dapat dikesan maka proses undang-undang hendaklah diambil terhadap semua pihak yang terlibat.

Penyibar video TPM akan di kenakan tindakan


Penyebar video Muhyiddin akan di kenakan tindakan.  Bagaimana pula kepada individu berbohong wang 1MDB di Bank Singapura satu kesalahan jenayah.

Friday 22 May 2015

Piala FA: Beraksi dengan semangat Melayu serumpun-Mohamed Mansor AR

Besok, Sabtu 23 May 2015 akan berlangsung aksi final Piala FA antara dua pasukan terhandal, The Red Warrior ( Kelantan ) menentang Lion X11 (Singapura) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Diharapkan setiap pemain bagi kedua pasukan dapat menanamkan semangat kesukanan disamping menjematkan semangat persaudaraan persatuan dan kesatuan bangsa Melayu Nusantara ini. Kedua pasukan ini terdiri daripada serumpun bangsa.

Ini dapat kita lihat dimana kedua pasukan mempunyai ramai pemain berbangsa Melayu dan begitu juga dengan jurulatihnya. Bagi Lion XII, Saudara Fandi Ahmad dan Kelantan, Saudara Mohd Azraai.

Bagi masyarakat Melayu di Malaysia, marilah kita menyambut kedatangan saudara kita dari Singapura, The Lion XII  dengan penuh semangat kemelayuan. Mereka telah menunjukkan kepada dunia bahawa jika mereka (orang Melayu) di berikan peluang maka mereka akan dapat maju bersama-sama bangsa lain di sana. Sebagai contoh Saudara Fandi Ahmad dan tidak terkecuali pemainya yang hampir kesemua terdiri daripada bangsa Melayu.

Kalah atau menang adat pertandingan. Yang penting nanti dapat menjalinkan hubungan persaudaraan dan mempertingkat semangat sebangsa dan seagama.


Marilah pastikan peristiwa di Terengganu tidak akan berulang di Bukit Jalil.

Penindasan terhadap Muslim Rohingya perlu di selesaikan segera - Mohamed Mansor AR


Apa yang berlaku di Myanmar keatas masyarakat Rohingya sangat mendukacita. Masyarakat Islam dimana juga kita berada merasa bersimpati terhadap masyarakat Muslim Rohingya kerana mereka seugama dengan kita. Seperti biasanya sikap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bilamana berlakunya kekejaman dan penindasan terhadap masyarakat Islam, mata mereka (PBB) menjadi buta dan telinga mereka menjadi pekak. 

Sekarang ini difahamkan bahawa kerajaan Myanmar telah memberikan pilihan terhadap etnik ini sama ada untuk di tahan di kem tahanan atau meninggalkan negara itu. Apabila mereka memilih untuk tinggal di negara tersebut dan berada di kem tahanan di kuatiri mereka akan di siksa, di rogol atau di bunuh atau di biarkan mati dalam kelaparan. Dengan kebimbangan ini maka kebanyakkan dari mereka  memilih untuk meninggalkan negara tersebut.

Maka itu kita melihat/mendengar rakyat muslim Rohingya bertindak nekat menaiki bot dan hanyut ke lautan tanpa hala tuju. Jika tiada tempat hendak di tuju maka mereka akan ke negara Islam terdekat iaini Malaysia atau Indonesia. Tetapi Malaysia dan Indonesia tidak dapat menampong kesemua pelarian Rohingya kerana setiap negara mempunyai masalah masing-masing. Kemungkinan atas dasar kemanusian maka Malaysia atau Indonesia dapat membantu pelarian Rohingya untuk sebentar sahaja.

Masalah Muslim Rohingya hanya dapat diselesaikan darimana timbulnya masalah ini. Dalam hal ini hanya kerajaan Myanmar yang dapat dan mampu untuk menyelesaikan masalah ini. Dalam hal ini juga campur tangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sangat di perlukan. Negara negara Islam yang menganggotai PBB dapat bertindak mendesak PBB melakukan sesuatu.

Di peringkat Asean juga dapat memainkan peranan. Negara anggota Asean dapat mengadakan pertemuan dan perbincangaan dengan pemerintah Myanmar agar dapat mencari penyelesaian atas dasar peri kemanusian.

Satu lagi golongan yang dapat memainkan peranan adalah golongan ahli politik di rantau ini dimana satu ketika dahulu memberikan sokongan kepada perjuangan Aung San Suu Kyi.  Setakat ini pemimpin yang mereka memberikan pujian dan sanjungan begitu tinggi masih membisu seribu bahasa.


Semoga masalah kekejaman dan penindasan terhadap Muslim Rohingya dapat diselesaikan dengan segera.

Thursday 21 May 2015

Jangan ambil mudah pembentukkan kabinet bayangan DAP - Mohamed Mansor AR


Masyarakat Melayu jangan ambil mudah bilamana parti pembangkang membentuk kabinet bayangan terutama sekali DAP. Parti tersebut memberikan isyarat kepada masyarakat Cina bahawa mereka (DAP) telah bersedia untuk mengambil alih pemerintahan dari BN. Dalam PRU13 mereka telah melihat gelombang tsunami cina dimana BN menunjukkan pretasi yang paling buruk dalam sejarah negara. Lebih teruk dari Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang dikenali sebagai "the sleeping prime minister. PRU14 keputusannya akan bertambah teruk jika DS Najib enggan untuk meletakkan jawatan. Dijangkakan tsunami cina akan berulang pada PRU14 beserta dengan gelombang tsunami melayu akan "menelan"nyawa UMNO/BN. Untuk menggelakkan daripada tsunami cina/melayu  daripada berlaku, maka DS Najib Tun Razak harus meletakkan jawatan. Ternyatakan apa yang dikatakan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selama ini ada kebenarannya. Para penyokong Najib yang selama ini menyerang, mencaci dan memaki hamun Tun Dr Mahathir, harus menjilat ludah mereka kembali terutama Salleh Keruak dari Sabah.

Wednesday 20 May 2015

DAP Siap Siaga memerintah Malaysia - Mohamed Mansor AR

Pada tahun 1998 Datuk Seri Anwar Ibrahim di pecat dari parti dan kerajaan. Dengan pemecatan itu UMNO berpecah kepada dua. Ramai ahli UMNO yang tidak berpuas hati dengan pemecatan tersebut telah keluar dari UMNO mengikut DS Anwar Ibrahim. Tidak tercuali ramai orang melayu diluar UMNO tidak memberikan sokongan kepada kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad

Walaupun begitu Tun Dr Mahathir dengan berani dan berkeyakinan mengadakan PRU 10 pada tahun 1999. Dengan keadaan perpecahan dikalangan melayu bagi menghadapi PRU10, Tun Dr Mahathir memenangani pilihan dengan bangganya mendapat 2/3 majoriti mudah ( simply majority).

Walaupun kebanyakkan orang Melayu tidak mengundi BN atas faktor Anwar Ibrahim tetapi Tun Mahathir mendapat sokongan dari masyarakat cina dan india. BN mendapat 148 kerusi iaini 76.68 kerusi parlimen. Dan 56.5% undi.

 Pada tahun 2003 Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih tugas. Setahun kemudian, pada 2004 Tun Abdullah mengadakan pilihanraya. Dalam PRU 11 BN menang dengan mendapat 198 kerusi parlimen iaini  90.41% kerusi parlimen dan 63.9% undi. Ini menterjemahkan kepada 198 kerusi daripada 219 kerusi parlimen. Satu percapaian yang tertinggi dalam sejarah.

Pada PRU12, BN menang 140 kerusi parlimen berbandging PRU 11 mendapat 198 kerusi iaini 63.06% kerusi parlimen berbanding PRU11 mendapat 90.41% undi. Kekurangan 58 kerusi parlimen berbanding PRU11.

Dengan keputusan tersebut jelas diantara PRU 11 dan PRU 12 banyak keputusan/corak kepimpinan Pak Lah tidak di gemari rakyat. Pengurusan Negara tidak di gemari rakyat. Atas desakan rakyat dan demi kepentingan UMNO, Pak Lah meletakkan jawatan pada 3 April 2009. Pada hari tersebut Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengambil tugas sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Pada tahun 2013, diadakan PRU 13. Dalam PRU tersebut prestasi Najib dari 3 April 2009 sehingga 2013 di nilai rakyat. Keputusan PRU 13, BN dibawah kepimpinan DS Najib hanya menang 133 kerusi iaini 59.91% kerusi parlimen dan memperolehi undi sebanyak 46.53%.  Ini menterjemahkan BN tidak mendapat 2/3 majoriti mudah (simply majority). Dalam politik ini memparmirkan pembentukkan kerajaan yang sangat lemah.

Memandangkan kerajaan dibawah kepimpinan Najib lemah dengan keputusan PRU maka pembangkang mengambil kesempatan dan memberikan tekanan. Pembangkang membuat serangan dan mendesak kepimpinan Najib untuk menghapuskan beberapa isu penting yang tidak mereka setujui.  Antara lain : -

a.       Penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Darurat
b.      Dasar Ekonomi Baru (DEB) digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
Dengan tekanan dan desakkan pembangkang, kepimpinan Najib mengambil langkah kononya bersifat “liberal” dengan mengadakan konsep “1Malaysia” bersamaan dengan konsep DAP “Malaysian Malaysia”

Selepas PRU 13 (5 May 2013) sehingga kini pentadbiran Najib di belenggu berbagai masalah dimana telah menimbulkan kemarahan dan kegelisahan rakyat. Antara lain : -

1.       Perlaksanaan Cukai – GST
2.    Kes Altantuya : Sirul Azhar adalah pengawal keselamatan DS Najib. Rakyat ingin penjelasan Siapa yang memberikan arahan kepada Sirul Azhar dan rakannya membunuh Altantuya. Pegawai polis dan tentera tidak membunuh hanya sekiranya nyawa mereka dalam bahaya.
3.       Skandal kewangan dan pengurusan 1MDB
4.     Darimana Rizal  Aziz, anak tiri Najib mendapat wang membeli hartanah mewah mencecah berjuta US dollar di luar negara. 
5.  Darimana Rizal Aziz, anak tiri Najib, mendapat wang berbillion ringgit  membuat filem Hollywood, “Wolf of Wall Street”
6.       Pembelian pesawat mewah ACJ319

Dengan isu isu dan tekanan terhadap Najib, pembangkang terutama sekali DAP menyedari bahawa jika DS Najib terus memimpin Barisan Nasional maka BN akan kecundang. DS Najib pula berkeras tidak mahu meletakkan jawatan ( sebagai panglima bugis ) dan berhasrat untuk terus mengetuai BN dalam PRU 14. DAP mungkin telah mendekati rakyat secara senyap dan berkeyakinan dibawah kepimpinan Najib BN akan tewas maka dengan itu DAP membentuk “kabinet bayangan” persediaan  mengambil alih kuasa politik di dari BN ( seperti apa berlaku di Pinang). Kemungkinan DAP berkeyakinan bahawa jika DAP dapat tewas BN, mereka didalam UMNO akan keluar dari UMNO dan menyertai  DAP. Yang penting bagi mereka ( dari UMNO/BN)  mengisi perut sendiri dan keluarga.

Lihat apa terjadi kepada UMNO Singapura? Setelah PAP memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaan Singapura, ramai ahli UMNO Singapura menjadi ahli PAP dan dilantik menjadi MP PAP. Akhirnya UMNO Singapura terkubur. Apakah nasib yang sama akan menimpa UMNO Malaysia? Jawapannya perkara ini tidak mustahil berlaku selagi Datuk Seri Najib Tun Razak tidak meletakkan jawatan. Selagi DS Najib berkelakuan seperti “panglima bugis” ingin bersilat dimana tidak mahu meletakkan jawatan maka orang Melayu Malaysia bersiap siaga untuk menempuh kehidupan seperti Melayu Singapura dibawah pemerintah PAP dan di Malaysia di bawah kepimpinan DAP.

  

Thursday 7 May 2015

Tunku Aziz "Oportunis"atau "Terhutang Budi"?


1.       Tunku Abdul Aziz Ibrahim bekas orang kuat DAPigs tetapi kini merupakan Direktur of the International Institute of Public Ethics dan juga ahli MACC.
2.       Rakyat Malaysia dapat melihat bahawa dari hari pertama Tun Dr Mahathir membangkitkan skandal 1MDB dan kes pembunuhan Altantuya, Tun Dr Mahathir telah “diserang”dengan begitu hebat dari berbagai sudut. Yang menyerangnya terdiri dari Hulubalang Najib terdiri daripada  Ketua Bahagian UMNO, Menteri/Timbalan Menteri, Ketua ketua parti komponen BN dan Badan Bukan Kerajaan (NGOs). Hulubalang Najib telah memutar belitkan fakta dan menuduh Tun Mahathir mahu menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri.
3.       Jika Najib memilih untuk memberikan penerangan dari awal lagi maka keadaan tidak seperti hari ini.  Najib mempunyai penyakit “melarikan” diri daripada memberikan penjelasan dan mengarahkan hulubalangnya “menyerang”Tun Mahathir  manakala Nijab “mendiamkan diri” atau “melarikan diri”daripada memberikan penerangan mengenai isu yang di bangkitkan.
4.       Najib menyangka bahawa dengan taktik semacam itu Tun Mahathir akan keseorangan dalam menghadapi “serangan dari panglima perang” nya. PM Najib, para menterinya dan para penasihatnya lupa bahawa isu yang dibawa oleh Tun Mahathir adalah isu rakyat dan datangnya dari rakyat. Maka itu Tun Dr Mahathir tidak keseorangan kerana ujudnya “the silence majority”yang berada di belakang Tun Mahathir.
5.       Terdapat sebuah stesen televisyen telah di gunakan untuk membuat “serangan”terhadap Tun Mahathir. Esposide terkini rakyat Malaysia di hidangan dengan serangan bekas orang kuat DAPigs terhadapTun Mahathir. Dulu orang kuat pembangkang kini menyokong Najib, apa cerita. Mana prinsip atau tidak ada prinsip?  Kemungkinan prinsip- Membodek?
6.       Tunku Aziz mempersoalkan hal Bumiputera Malaysia Finance Limited (BMF). Sebagai ahli MACC beliau seharusnya menjalankan siasatan bagaimana Jho Low dan Riza Aziz (anak tiri Najib) mempunyai ratusan billion ringgit? Mengapa menyerang orang yang memberikan maklumat jika benar mementingkan membenteras rasuah? ( Dalam kes ini Tun Mahathir telah memberikan maklumat secara terbuka mengenai 1MDB )
7.       Saya merasakan Tun Dr Mahathir adalah seorang gentleman. Jika Tunku Aziz berada di Singapore dan membuat tuduhan seumpama ini kepada Menteri, bekas Menteri maka Tunku Aziz will be landed in court. Kemungkinan dengan jumlah tuntutan saman yang begitu tinggi kemungkinan Tunku Aziz tidak berkemampun untuk membayarnya dan akhirnya menjadi muflis.
8.       Saya bersetuju dengan Tun Mahathir jika Tunku Aziz mengaku mengambil berat mengenai rasuah, Tunku Aziz seharusnya bertanya bagaimana Jho Low dan Riza Aziz (anak tiri Najib) mendapat ratusan billion dollar? Tunku Aziz dengan mudah menjawab, “I will be happy to pursue any credible lead and I hope Tun will share any information”.
9.       Perkara Jho Low dan Reza Aziz (anak tiri Najib) telah lama di ketahui sejak hari pertama Tun Mahathir memberitahu secara terbuka kepada rakyat. Mengapa sebagai ahli MACC Tunku Aziz tidak mahu bertindak untuk menjalankan siasatan? Yang anihnya apabila Tun Mahathir menjawab serangan beliau, Tuanku Aziz meminta Tun Mahathir untuk  “share information” sedangkan selama ini beliau hanya duduk dipejabat berdiam diri. Bila meminta Tun Mahathir kononnya “share information” sama seperti makanan berada di depan mata, beliau meminta seseorang untuk menyuap kedalam mulutnya.
10.   Atau Tunku Aziz merasakan “terhutang budi”(beholden) kerana dulu beliau orang kuat pembangkang, DAPigs tetapi sekarang keadaan yang berlainan lebih selesa dan berada di tempat yang baik dan sempurna?



Tuesday 5 May 2015

Peringatan TPM - Jangan Lupa Jasa yang di lakukan

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam membuat ulasan mengenai GST telah berkata “ Rakyat tidak seharusnya terlalu emosi sehingga marah dengan kerajaan dalam perlaksanaan system cukai barang dan perkhidmatan (GST) sehingga LUPA JASA YANG DI LAKUKAN SELAMA INI.

Begitu juga pandangan dan tindakan sebahagian rakyat yang “menyerang”, dan “memaki hamun” Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau mempersoalkan pemimpin negara terutama sekali Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Kenyataan Tun Mahathir di putar belitkan oleh pihak pihak yang berkepentingan dalam usaha meneruskan “politik perut”mereka sehingga lupa jasa yang di lakukan oleh Tun Dr Mahathir selama ini. Yang anihnya terdapat para pemimpin politik yang pernah berkhidmat dibawah pentadbiran Tun Mahathir juga “menyerang” Tun Mahathir tanpa meminta Perdana Menteri untuk menjawab isu utama yang di timbulkan oleh Tun Mahathir demi untuk bangsa, agama dan negara.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Ahmad Shabery Cheek, PM Najib menerusi laman Twitter miliknya meminta Ahmad Shabery menjawab mengenai isu tambah nilai kad prabayar kepada rakyat. Tetapi yang anih dan amat malang bagi Malaysia bilamana PM sendiri tidak mahu menjawab atau lari daripada memberikan penjelasan mengenai isu utama yang di timbulkan oleh rakyat melalui Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah sebuah stesen TV telah menggunakan bekas orang kuat DAPigs, Tengku Aziz “menyerang” Tun Dr Mahathir Mohamad. Sebelum ini TV tersebut telah mempertengahkan beberapa tokoh politik negara menyerang Tun Mahathir. Bukan itu sahaja TV tersebut menggunakan Ketua ketua Bahagian UMNO/BN dan NGOs pro Najib “menyerang” Tun Mahathir. Kemungkinan jika TV tersebut beranggapan PM masih lagi tidak “selamat” kemungkinan TV tersebut akan menggunakan ketua ketua parti pembangkang “menyerang” Tun Mahathir pula. Tetapi TV tersebut lupa “the silent majority”berada di belakang” Tun Mahathir. Jika TV tersebut termasuk kepimpinan politik negara tidak mahu mengakui hakikat ini maka Tsunami Cina yang melanda negara pada PRU 13 akan bertukar kepada Tsunami Melayu dalam PRU 14.

Ingat jika UMNO/BN kehilangan kuasa maka bagi merampas kembali kuasa politik teramat sukar. Lihat Kelantan, Pinang dan Selangor. Akhirnya nanti UMNO Malaysia akan menemui ajalnya sama seperti UMNO Singapore. Maka hiduplah orang Melayu di negara sendiri sebagai anak tiri.