Tindakkan
Peguam Negara Thommy Thomas membuat laporan polis susulan beberapa
tuduhan yang mengaitkan sikapnya sebagai anti-Islam seperti yang tular di media
sosial merupakan satu tindakan yang
tepat dan wajar.
2.
Setelah tumpas UMNO/BN ada PRU14 terdapat, kenyataan berbau perkauman
dari pihak tertentu begitu nyata seakan akan membawa pengertian ada
pihak yang merasakan tidak berpuas hati dengan kekalahan UMNO/BN
dimana telah memerintah selama 61 tahun.
3.
Dengan kekakalan itu, kelihatan jelas UMNO meneroka jalan yang sama
di lalui zaman 1960an ketika bersaingan dengan PAP Singapura dengan
bermain isu bangsa dan agama. Sejarah membuktikan Melayu Singapura
telah menolak UMNO kerana UMNO hanya bermain isu bangsa dan agama
tanpa memikirkan masaKerajaan
Pakatan Harapan di rayu bertindak kepada pelampau agama depan negara dan rakyatnya.
4.
Pada tahun 1ila 960an di Singapura, UMNO menyatakan bahawa PAP akan menghapuskan agama Islam. Apakah dengan memilih PAP agama Islam terhapus/terkubur di Singapura? Mari
kita lihat bagaimana Majlis Ugama Islam Singapura dibawah pemerintahan PAP di uruskan dengan
baik. Tidak ada pegawai Melayu yang songlap duit yang di amanahkan
oleh masyarakat Melayu/Islam di sana. Masjid di dirikan dengan begitu
besar dan selesa. Setiap minggu ada berbagai aktiviti masjid yang melibtakan anak muda. Masjid sentiasa aktif dengan anak
anak muda dan sebagainya.
5.
Malangnya di Malaysia para pemimpin UMNO sentiasa/sering bermain isu sentimen kaum dan agama untuk menghancurkan masyarakat negara ini.
6. Yang terkini, bekas Mentteri UMNO,
membawa isu perkauman perlantikkan Peguam Negara dan Ketua Hakim dari
kalangan bukan melayu. Sedangkan dalam Perlembagaan Malaysia tidak
melarang/mencegah atau menolak bukan melayu memegang jawatan yang
penting itu. Semuanya bangsa mendapat layanan yang adil berdasarkan
perlembagaan Malaysia.
7.
Disamping itu, terdapat pula pihak tertentu memainkan isu sentimen agama yang melampau di media sosial. Jika ini tidak di tangani dengan
tegas maka negara akan menjadi huru hara, negara akan hancur tidak
akan ada keamanan dan kestabilan politik. Malaysia akan hancur.
8.
Kerajaan Pakatan Harapan harus mengambil tindakan tegas terhadap
sesiapa sahaja tidak kira bangsa, agama, keturunan, pangkat dan
kedudukan, sesiapa sahaja yang bermain isu bangsa agama dan
membakar semangat sehingga boleh mencetus huru hara dan rusuhan kaum mereka harus di tangkap dan dakwa di Mahkamah.
Jangan menanti apabila ngara berada di ambang kehancuran baru hendak
bertindak.
9.
Bagi menangani isu seperti itu, Malaysia mempunyai berbagai rang
undang undang dimana dapat digunakan dengan berkesan.
10. Kemungkinan akan ada kononnya NGO hak asasi manusia akan membantah, abaikan mereka kerana rakyat Malaysia juga mempunyai hak untuk hidup aman, damai dan berhamoni dalam sebuah masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan keturunan.