Tuesday 19 February 2019

Ada Asas Usaha Untuk Menggulingkan Tun Dr Mahathir ?



Utusan Malaysia (19 Februari 2019) melaporkan, “ DAP mahu bukti”,
2. Menurut laporan tersebut, Setiausaha Agong DAP menepis dakwaan wujudnya gerakan dalam Pakatan Harapan mahu menggulingkan Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad.
3. Dakwaan samaada untuk menggulingkan atau menggantikan Tun Dr Mahathir (secara express) ada asasnya berdasarkan dua FAKTA berikut : -
a. Setiausaha DAP Selangor, Ronnie Liu secara terbuka mengecam YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan melabel PM Mahathir sebagai “pemungut sampah” kedalam BERSATU.
b. Naib Presiden PKR Chang Lih Kang juga membantah tindakkan Tun Mahathir kerana penerimaan bekas ahli parlimen UMNO ke dalam BERSATU.
4. Setiausaha DAP Selangor menyifatkan tindakan Tun Mahathir sebagai ‘pemungut sampah’ manakala Naib Presiden PKR menyifatkan tindakan Tun Mahathir menerima bekas MP umno sebagai ‘pengkhianatan kepada rakyat’.
5. Kemungkinan perbuatan mereka mendapat ‘kerestuan’ dari pucuk kepimpnan parti masing masing. Jika tidak mana mungkin mereka “begitu berani’ mengencam YAB Perdana Menteri secara terbuka. Jika ada apa apa berbezaan pendapat harus di bawa berbicang dalam Pakatan Harapan dan bukan menggunakan media.
6. Setakat ini tidak ada ketua kedua parti yang bersangutan “menegur” kebiadapan mereka bahkan salah satu pucuk kepimpinan parti yang berkenaan meminta mesyuarat Presiden Pakatan Harapan di percepatkan bagi membincang isu yang berkenaan. Kenapa sudah di bawa ke media dan diketahui umum baru mahu di bincang di Majlis Presiden? Damage has been done.
7. BERSATU adalah sebuah parti perkauman MELAYU. Tugas utama BERSATU untuk mempertahankan, memperjuang hak asasi Melayu dan bumiputera dan Raja Raja melayu. BERSATU merupakan platform bagi pemimpin politik Melayu berada didalam BERSATU dan seterusnya bersatu memperjuangkan agenda Melayu dan Islam.
8. Kita mengetahui bahawa Pakatan Harapan tidak mempunyai dua pertiga majoriti dalam parlimen. Tanpa dua pertiga majoriti amat sukar untuk membuat apa apa reform sepertimana di janjikan. Dengan kemasukan enam bekas MP umno kedalam BERSATU maka Tun Mahathir hampir kepada sasaran mencapai dua pertiga majoriti dalam parlimen.
9. Sehubungan dengan ini, kita melihat perkembagaan politik di Sabah. Jika perubahan berlaku di sana maka, Pakatan Harapan sudah berada terlalu dekat untuk mendapatkan dua pertiga majoriti di Parlimen.
10. Bagi mereka yang berada di luar BERSATU telah tiba masanya bagi tuan/puan menjadi ahli BERSATU demi untuk bangsa, agama dan tanah air. YAB Tun Dr Mahathir sebelum ini ada menyatakan beliau sedia bertukar parti seandainya parti parti dalam PH membelot dan tidak setia kepada negara. Manakala pemimpin PAS pula secara terbuka menyatakan sokongan dan mahu mempertahankan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad demi untuk negara, bangsa dan negara.


No comments:

Post a Comment