Thursday 28 February 2019

Kerajaan Pakatan Harapan di rayu bertindak terhadap pelampau agama




Tindakkan Peguam Negara Thommy Thomas membuat laporan polis susulan beberapa tuduhan yang mengaitkan sikapnya sebagai anti-Islam seperti yang tular di media sosial merupakan satu tindakan yang tepat dan wajar.

2. Setelah tumpas UMNO/BN ada PRU14 terdapat, kenyataan berbau perkauman dari pihak tertentu begitu nyata seakan akan membawa pengertian ada pihak yang merasakan tidak berpuas hati dengan kekalahan UMNO/BN dimana telah memerintah selama 61 tahun.

3. Dengan kekakalan itu, kelihatan jelas UMNO meneroka jalan yang sama di lalui zaman 1960an ketika bersaingan dengan PAP Singapura dengan bermain isu bangsa dan agama. Sejarah membuktikan Melayu Singapura telah menolak UMNO kerana UMNO hanya bermain isu bangsa dan agama tanpa memikirkan masaKerajaan Pakatan Harapan di rayu bertindak kepada pelampau agama depan negara dan rakyatnya.

4. Pada tahun 1ila 960an di Singapura, UMNO menyatakan bahawa PAP akan menghapuskan agama Islam. Apakah dengan memilih PAP agama Islam terhapus/terkubur di Singapura? Mari kita lihat bagaimana Majlis Ugama Islam Singapura dibawah pemerintahan PAP di uruskan dengan baik. Tidak ada pegawai Melayu yang songlap duit yang di amanahkan oleh masyarakat Melayu/Islam di sana. Masjid di dirikan dengan begitu besar dan selesa. Setiap minggu ada berbagai aktiviti masjid yang melibtakan anak muda. Masjid sentiasa aktif dengan anak anak muda dan sebagainya.

5. Malangnya di Malaysia para pemimpin UMNO sentiasa/sering bermain isu sentimen kaum dan agama untuk menghancurkan masyarakat negara ini.

6. Yang terkini, bekas Mentteri UMNO, membawa isu perkauman perlantikkan Peguam Negara dan Ketua Hakim dari kalangan bukan melayu. Sedangkan dalam Perlembagaan Malaysia tidak melarang/mencegah atau menolak bukan melayu memegang jawatan yang penting itu. Semuanya bangsa mendapat layanan yang adil berdasarkan perlembagaan Malaysia.

7. Disamping itu, terdapat pula pihak tertentu memainkan isu sentimen agama yang melampau di media sosial. Jika ini tidak di tangani dengan tegas maka negara akan menjadi huru hara, negara akan hancur tidak akan ada keamanan dan kestabilan politik. Malaysia akan hancur.

8. Kerajaan Pakatan Harapan harus mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja tidak kira bangsa, agama, keturunan, pangkat dan kedudukan, sesiapa sahaja yang bermain isu bangsa agama dan membakar semangat sehingga boleh mencetus huru hara dan rusuhan kaum mereka harus di tangkap dan dakwa di Mahkamah. Jangan menanti apabila ngara berada di ambang kehancuran baru hendak bertindak.

9. Bagi menangani isu seperti itu, Malaysia mempunyai berbagai rang undang undang dimana dapat digunakan dengan berkesan.

10. Kemungkinan akan ada kononnya NGO hak asasi manusia akan membantah, abaikan mereka kerana rakyat Malaysia juga mempunyai hak untuk hidup aman, damai dan berhamoni dalam sebuah masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan keturunan.


No comments:

Post a Comment