Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng menafikan wujudnya komplot
terdiri daripada komponen Pakatan Harapan menggulingkan Tun Mahathir. Ini
bersesuaian dengan laporan Utusan Malaysia, (19 Feb 2019) “DAP mahu bukti”. Begitu menurut Lim Guan Eng,
Setiausaha Agong DAP.
2. Media yang sama, Utusan Malaysia pada 20 Feb 2019
melaporkan, “ AJK DAP desak PM letak jawatan”.
3. Berdasarkan kepada dua laporan tersebut, Malaysian Watch
Group telah menyiarkan satu artikal berjudul, “ Ada Asas Usaha Menggulingkan
Tun Mahathir. (19 February 2019)
4. Pada Rabu, 20 Februari 2019, Malaysiakini pula melaporkan,
“Kain Rentang anti-Dr M, muncul di Kl”.
5. Walaupun Lim Guan Eng menafikan wujud komplot dua parti
dalam komplot PH mempunyai misi untuk menggulingkan Tun Mahathir, tetapi umum
mengetahui hubungan PKR dengan DAP seperti ‘ isi dengan kuku’. Ianya bermula
sejak penubuhan Pakatan Rakyat lagi. DAP sentiasa menyokong dan berdiri teguh
di belakang Anwar Ibrahim. Kedua parti itu mempunyai DNA yang sama.
6. Ketidak jujuran DAP jelas apabila DAP dan kuncu kuncunya tidak ada keberanian
untuk mendesak perletakkan jawatan Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri
sedangkan Wan Azizah tidak lagi memegang jawatan dalam PKR.
7. Pemimpin PKR dan DAP terdiri dari golongan yang lupa diri.
Kedua parti, iaini DAP dan PKR termasuk PAS pada satu ketika telah bersatu
begitu lama dibawah Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Barisan Nasional tetapi
gagal. Bilamana Tun Mahathir memimpin pakatan pembangkang, kedua parti yang
berkenaan telah berjaya menumbangkan Barisan Nasional. Jika tidak kerana Tun Mahathir, kedua
pemimipin DAP dan PKR jangan berangan menjadi Menteri. Jadilah seperti PAS
menjadi pembangkang sehingga akhir zaman.
8. PKR dan DAP tidak menyedari bahawa Datuk Seri Anwar
Ibrahim sudah tidak relevan menjadi Perdana Menteri menjadi PM ke 8. Bakal PM
yang menggantikan Tun Mahathir kelak mesti terdiri dari orang yang lebih muda.
Yang penting bakal Perdana Menteri ke 8 tidak ada kecacatan rekod
kepimpinannya.
No comments:
Post a Comment