Wednesday 20 February 2019

Anwar Ibrahim Tidak Releven Jadi PM Ke 8




Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng menafikan wujudnya komplot terdiri daripada komponen Pakatan Harapan menggulingkan Tun Mahathir. Ini bersesuaian dengan laporan Utusan Malaysia, (19 Feb 2019)  “DAP mahu bukti”. Begitu menurut Lim Guan Eng, Setiausaha Agong DAP.

2. Media yang sama, Utusan Malaysia pada 20 Feb 2019 melaporkan, “ AJK DAP desak PM letak jawatan”.

3. Berdasarkan kepada dua laporan tersebut, Malaysian Watch Group telah menyiarkan satu artikal berjudul, “ Ada Asas Usaha Menggulingkan Tun Mahathir. (19 February 2019)

4. Pada Rabu, 20 Februari 2019, Malaysiakini pula melaporkan, “Kain Rentang anti-Dr M, muncul di Kl”.

5. Walaupun Lim Guan Eng menafikan wujud komplot dua parti dalam komplot PH mempunyai misi untuk menggulingkan Tun Mahathir, tetapi umum mengetahui hubungan PKR dengan DAP seperti ‘ isi dengan kuku’. Ianya bermula sejak penubuhan Pakatan Rakyat lagi. DAP sentiasa menyokong dan berdiri teguh di belakang Anwar Ibrahim. Kedua parti itu mempunyai DNA yang sama.

6. Ketidak jujuran DAP jelas apabila  DAP dan kuncu kuncunya tidak ada keberanian untuk mendesak perletakkan jawatan Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri sedangkan Wan Azizah tidak lagi memegang jawatan dalam PKR.

7. Pemimpin PKR dan DAP terdiri dari golongan yang lupa diri. Kedua parti, iaini DAP dan PKR termasuk PAS pada satu ketika telah bersatu begitu lama dibawah Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Barisan Nasional tetapi gagal. Bilamana Tun Mahathir memimpin pakatan pembangkang, kedua parti yang berkenaan telah berjaya menumbangkan Barisan Nasional.  Jika tidak kerana Tun Mahathir, kedua pemimipin DAP dan PKR jangan berangan menjadi Menteri. Jadilah seperti PAS menjadi pembangkang sehingga akhir zaman.

8. PKR dan DAP tidak menyedari bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tidak relevan menjadi Perdana Menteri menjadi PM ke 8. Bakal PM yang menggantikan Tun Mahathir kelak mesti terdiri dari orang yang lebih muda. Yang penting bakal Perdana Menteri ke 8 tidak ada kecacatan rekod kepimpinannya.



No comments:

Post a Comment