Tuesday 30 January 2018

Gunakan polis soal siasat Tun Siti Hasmah satu tindakan bacul

Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, telah di gugurkan sebagai Penaung kepada Persatuan Tenis Kerusi Roda Malaysia,
2. Ini telah di nyatakan oleh Persatuan tersebut melalui surat bertarikh 28 Disember 2018 dimana surat tersebut telah di hantar pada Tun Siti pada 22 Januari yang lalu.
3. Pada Jumaat 26 Januari 2018, polis dari Bukit Aman telah menyoal siasat Tun Siti di Pejabat Yayasan Al- Bukhary Kuala Lumput berhubung ucapannya pada rapat umum “Wanita Bantah Politik Toksik di Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur pada 10 September tahun lalu.
4. Difahamkan bahawa siasat tersebut berhubung kait pada Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman.
5. Perhimpunan itu diadakan pada 10 September 2017 dan siasatan bermula pada 26 Januari 2018. Mengapa mengambil masa yang begitu lama jika iainya sangat sirius dan melanggar Akta Perhimpunan Aman?
6. Apa ‘bahayanya ucapan seorang wanita berumor 91tahun? Dan mana mungkin wanita berumor 91 tahun merupakan ‘penganjur’ perhimpunan seumpama itu?
7.Jika ucapan Tun Siti merupakan satu ‘ancaman’ kepada Negara, tidakkah dapat pihak polis melihat kepada rakaman video tersebut yang mana boleh di perolehi di Youtube?
8. Jelas ini merupakan satu bentuk tekanan kepada Tun Siti dan suaminya Tun Mahathir. Tekanan sudah tentu dari ‘orang politik’ parti yang memerintah. Ini kerana Tun Mahathir kini menjadi Calon Perdana Menteri apabila Pakatan Harapan dapat membentuk kerajaan pada PRU 14 kelak,
9. Jika di lihat berapa kali Tun Mahathir telah disoal siasat oleh polis, tetapi apa tindakan susulan dari pihak polis? Tidak kah ini merupakan satu tekanan yang di lakukan oleh kerajaan Kleptokrasi.
10. Setelah gagal usaha ‘menakut-nakutkan’ Tun Mahathir kini kerajaan bacul UMNO/BN memberikan tekanan kepada isteri Tun Mahathir yang berumor 91tahun.
11. Dipercayai usaha menakutkan Tun Siti pihak tertentu mengharapkan dapat melemahkan semangat Tun Mahathir dalam usaha menumbangkan kerajaan zalim dan kuku besi, Najib Razak.
12. Mengenal Tun Mahathir kian lama, apapun di lakukan oleh kerajaan Kleptokrasi terhadap isteri dan anak anakznya, tidak akan dapat mematahkan semangat dan azam Tun Dr Mahathir untuk menumbangkan kerajaan rasuah yang di pimpin oleh Najib Razak.
13. Amatlah malu kepada kerajaan kleptokrasi Najib, apabila Tun Siti dengan jelas dan terang menyatakan beliau tidak takut pada siasatan polis kerana beliau tidak melakukan kesalahan.

14. Keadaan bertambah malu apabila Tun Mahathir menyatakan bahawa beliau dan isteri sentiasa mentaati dan tidak melanggar undang undang dan tidak seperti Najib yang tidak hormati dan melanggar undang undang.

Tuesday 23 January 2018

Anak Najib Wajib Nasihat Bapaknya Dan Bukan Dr Mahathir



Anak Najib dan cucu kepada Tun Abdul Razak,  Nazifuddin Najib dilaporkan sebagai berkata “menasihatkan Tun Mahathir Mohamad agar kembali ke haluan yang di tetapkan oleh datuknya, Allahyarham Tun Razak  iaitu mempertahankan UMNO dan bukan menghancurkannya”.
2. Amat malang seorang cucu kepada Tun Razak apabila bercakap tanpa membuat kajian terlebih dahulu. Persoalannya siapa sebenarnya yang menghancurkan UMNO. Bapak kesayangannya atau Tun Dr Mahathir?
3. Ramai mengetahui bahawa datuknya tidak seperti bapaknya, “Cash Is King”? Tidak kah beliau menyedari bahawa atuknya telah membangunkan Felda, tetapi bapaknya Najib “menghancurkan Felda”. Tidak kah Nazifuddin sedari bapaknya telah menjual khazanah negara kepada negara asing?
4. Tidak kah Nazifuddin Najib menyedari bahawa bapakmya dikenali oleh dunia sebagai seorang Penyamun, Perompak dan Penganyak? Kemungkinan, ini semua tidak disedari oleh Nazifuddin kerana bapaknya memberikan “dedak teristimewa kepada beliau”. Jelas, Nazifuddin seorang anak yang mempertahankan bapak nya yang telah menghancurkan bukan sahaja UMNO, tetapi bangsa, agama dan tanahair.
5. Sebagai seorang anak, seharusnya Nazifuddin wajib menasihatkan bapaknya kembali kepangkal jalan dan bukan Tun Mahathir.
6. Tun Mahathir sebenarnya tidak mahu aktif kembali dalam arena politik negara. Tetapi memandangkan anak Tun Abdul Razak yang bernama Najib Abdul Razak iaini bapak kepada Nazifuddin telah menghancurkan Malaysia, dan atas permintaan ramai dan ingin menyelamatkan Malaysia, pada umor 92 tahun Tun Mahathir terpaksa bergiat kembali dalam politik pada misi untuk menumbangkan kerajaan Rasuah yang di pimpin oleh bapak kepada Nazifuddin dan anak kepada Tun Razak ia ini Najib Abdul Razak.
7.Seharusnya sebagai seorang anak, Nazifuddin harus cepat bertindak dan menasihatkan bapaknya, Najib agar kembali kepangkal jalan.
8. Dengan bantuan para menteri dan peguam negara, dan mereka yang di berikan dedak, bapaknya dapat terlepas dari hukuman di dunia, tapi percayalah hukum dari Allah beliau tidak akan terlepas. Hukuman Allah sangat pedih. Ini termasuk kepada sesiapa sahaja yang melindungi dan mempertahankan Najib.
9. Sekiranya Nazifuddin berpendapat isu RM2.6b dan skandal 1MDB tidak benar, sebagai seorang anak beliau harus membantu bapaknya membersihkan nama keluarga Tun Abdul Razak daripada tercatet sebagai yang tidak beramanah dan bukan sahaja melakukan perbuatan menyalahi undang undang negara tetapi agama Islam. Ini akan tercatet dalam sejarah dan akan di baca oleh anak cucu Nazifuddin kelak. Tidak malu ke?
10. Tidak kah beliau merasa malu seluruh dunia, melabelkan bapaknya, anak kepada Tun Abdul Razak yang bernama Najib sebagai pencuri, perompak dan penyamun?
11. Seharusnya sebagai anak, Nazifuddin wajib memberikan kesedaran kepada bapaknya bahawa perbuatan menerima dan memberikan rasuah satu perbuatan yang terkutuk dalam Islam dan negara.
12. Tidak kah Nazifuddin mengetahui apa pun benda  yang di makan hasil dari rasuah adalah HARAM? Tahukan beliau apa itu haram?
13. Adalah tugas seorang anak untuk memberikan kesedaran kepada ayah atau ibu sekiranya mereka melanggar hukum Allah seperti perbuatan menerima dan memberi rasuah. Nazifuddin wajib menjalankan kewajipannya untuk memberikan nasihat dan menunjukan jalan yang di redhai oleh Allah kepada bapaknya.


Thursday 11 January 2018

Hanya Allah Yang Dapat Membalas jasamu Tun Mahathir


Konvensyen Pakatan Harapan telah berlangsung di Pusat Konvensyen Idea (IDCC) pada 7 Januari 2018.
2. Pada konvensyen tersebut telah di umumkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Calon Perdana Menteri dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri.
3. Dengan pengumuman tersebut, jelas bahawa keempat parti gabungan PH terdiri dari Amanah, Bersatu, DAP dan PKR telah sebulat suara bersetuju dengan percalonan tersebut.
4. Namun ada pihak tertentu rasa kurang senang atas perlantikan Tun Dr Mahathir. Mereka terdiri dari PKR. Setakat ini suara yang lantang percalonan Tun Mahathir ialah Zuraida Kamarudin, MP PKR Ampang Selangor.
5. Malangnya, mereka tidak pula mempertikaikan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri.
6. Persoalannya apakah golongan dari PKR yang menentang percalonan Tun Mahathir mahukan calon PM datangnya dari PKR? Makna PM dan TPM dari PKR?
7. Pertentangan MP Zuraida dan yang lain dalam PKR jelas, mereka tidak menghormati keputusan pucuk kepimpinan parti sendiri. Sedangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR sendiri telah merestui percalonan Tun Dr Mahathir sebagai PM.
8. Siapa MP Zuraida dan yang lain dlm PKR ingin cadangkan sebagai Perdana Menteri, sekiranya PH menawan Putrajaya? Sudah pasti bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9. Sesiapa  sahaja yang akan menjadi PM setelah PH menawan Putrajaya akan memikul tanggungjawab yang sangat berat dan rumit. Kerumitan tersebut hanya dapat di atasi oleh seorang yang benar benar berpengalaman dalam segi ekonomi dan sebagainya.
10. Dapatkah MP Zuraida terangkan siapa dalam senarai pemimpin PH dapat melakukannya selain dari Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim?
11. Sebaik sahaja PH menawan Putrajaya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh secara otomatis menjadi PM. Beliau harus menjalani beberapa proses undang-undang dan memenangi pilihan raya. Ini mengambil waktu.
12. Perdana Menteri dari Pakatan Harapan wajib mencari jalan bagaimana menutup “segala lubang” yang di gali oleh Datuk Seri Najib. “Lubang yang di gali oleh Najib terlalu besar”. Perdana Menteri ke 7, harus memperbaiki segala kemusnahan yang telah di lakukan oleh Rejim Najib. Bukan itu sahaja perlu ada pengalaman untuk menarik pelabur asing kembali percaya dan yakin kepada Malaysia. Faktor kepimpinan juga memainkan peranan yang tersangat penting.
13. Dalam barisan kepimpinan Pakatan Harapan hanya seorang sahaja dimana lihat mempunyai ciri ciri yang diperlukan dalam membangunkan negara Malaysia. Tidak lain dari Tun Dr Mahathir Mohamad.
14. Dunia dapat melihat bagaimana Dr Mahathir menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah negara IMF semasa krisis kewangan 1997/98.
15. Jika mana mana negara membangun lain, yang menghadapi krisis sama, memperkenalkan langkah yang Mahathir perkenalkan pada September 1998, ia mungkin gagal. Langkah-langkah itu berjaya di Malaysia kerana keupayaan dan watak Dr Mahathir. Ekonomi dan system kewangan, dibawah kepimpinannya berada dalam keadaan sihat- cukup sihat untuk membolehkan langkah-langkah pertukaran dilaksanakan tanpa kesan negative.
16. Selain itu, gaya pengurusan kendiri Dr Mahathir membolehkan keputusan cepat dan tepat pada masanya dibuat, yang penting dibawah rejim kawalan pertukaran baru.
17. Pada yang menentang percalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, kamu harus faham bahawa Tun Dr Mahathir tidak mahu aktif kembali dalam politik setelah meletakkan jawatan pada 2003. Tun Mahathir tidak ada ingat langsung untuk menjadi Perdana Menteri kembali.
18. Dengan usia (pada july ini) 93 tahun, Tun Mahathir seharusnya berehat dan menikmati dan melihat apa yang selama 22 tahun beliau telah lakukan untuk bangsa, agama dan tanah air.
19. Kini beliau terpaksa kembali atas permintaan ramai dan demi untuk menyelamatkan Malaysia. Sebagai seorang rakyat Malaysia harus berterima kasih dan terhutang budi kepada Tun Mahathir atas apa yang beliau sudah lakukan untuk negara.
20. Marilah kita semua ketepi ego dan bangga diri, berdiri dibelakang kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Najib Razak. Kita ada asas untuk menjatuhkan Najib Razak dalam PRU 14. Menyelamat Malaysia sama ertinya, menyelamatkan masa depan anak cucu kita semua.

21. Alhamdulillah, Malaysia di kurniakan pemimpin seperti Mahathir. Hanya Allah yang dapat membalas jasamu Tun.

Saturday 6 January 2018

Siapa Mementingkan Politik Dan Peribadi? Dr Mahathir atau Mufti Kelantan ?



Utusan Malaysia 4 Januari 2018, membawa laporan berjudul, “Nasihat Mufti” kepada Mantan Perdana Menteri : -

a.     Mufti Kelantan nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad supaya lebih mengingat kematian pada usianya sekarang

2. Dalam soal ini Mufti lupa, kematian tidak bergantung kepada usia, sama ada kanak-kanak, tua atau muda, kematian akan tiba pada bila bila masa termasuk Mufti yang berkenaan. Perkataan seumpama itu tidak seharusnya keluar dari seorang yang bergelar MUFTI.

b.     Perbuatan bekas Perdana Menteri itu menyalahkan pihak lain, termasuk mufti lebih menjurus kearah kepentingan politik peribadi.

3. Pada  perkara ini, kita harus merujuk kepada surat bertarikh 3 Januari 2018 Tun Dr Mahathir kepada Pengarang Utusan,

“ Apa yang saya kata ialah mufti tidak menolak dakwaan PAS dan Amanat Haji Hadi bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir menjadi kafir, maka mufti juga akan jadi kafir kerana mereka tidak menyatakan penolakan mereka”.

4. Penjelasan Dr Mahathir jelas, tidak ada unsur kepentingan politik dan peribadi sepertimana tuduhan Mufti.

5. Persoalannya nya sekarang, “Apakah Mufti Kelantan terdiri dari ahli PAS, sejak dulu (sebelum/sesudah/semasa Amanat Haji Hadi keluarkan) sehingga kini ?”

6. Persoalannya, siapa yang mementingkan politik dan peribadi, Tun Dr Mahathir atau Mufti Kelantan sendiri?


7. Antara syarat menjadi Mufti hendaklah orang yang tidak menganggap mudah dalam soal agama.

Tuesday 2 January 2018

Semangat Tun Mahathir Kekal Tinggi


Kita dapat melihat dikalangan pemimpin UMNO (termasuk mereka yang diangkat oleh Tun Mahathir sebagai Menteri pada zamannya) tidak menyukai Dr Mahathir. Bahkan segala yang terkait dengan Tun Mahathir tidak disukainya. Mereka membuat berbagai tuduhan terhadap Tun Mahathir.

2.Segala percapaian yang dilakukan oleh Tun Mahathir semasa pemerintahannya di nafikan. Seakan akan selama 22 tahun memerintah Tun Mahathir tidak buat satu pun benda yang baik untuk negara. Bahkan mereka kerap melimpahkan berbagai tuduhan terhadap Tun Mahathir dan ahli keluarganya.

3. Apakah ini sikap Melayu berpolitik? Perasaan dendam, hasrat, dengki dan tidak tahu berterima kasih jauh lagi sikap bersyukur.

4. Apakah ini sikap Melayu yang mudah buta  mata, buta hati dan perasaan kerana sogokkan wang dan pangkat?

5. Tidak kah mereka dapat melihat Singapura (dulunya Temasik) yang di jual kepada British dan kini jatuh ke tangan bukan Melayu? Tidak mungkin kita dapat memiliki negara pulau kembali.

6. Sebagai seorang Islam Malaysia pula, mereka menghalalkan benda yang haram iaini rasuah. Mereka menyokong pemimpin yang mengamalkan rasuah, rompakkan dan penipuan.

7. PRU14 akan melihat perubahan kepada imej dan perjalanan pembangkang setelah di ketuai oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Kali ini permainan politik pembangkang akan berubah dimana dapat mengoncangkan bumi Malaysia kearah perubahan pemerintahan. Ini dimana sangat membimbangkan pemimpin Barisan Nasional terutama sekali UMNO.

8. Walaupun berumur 92 tahun, semangat Tun Mahathir kekal tinggi dalam usaha memerangi pemerintah zalim, penyamun dan perompak. Dengan semangat yang tinggi Tun Mahathir adalah pemangkin untuk menyelamatkan negara. Semangat ini yang tidak dipunyai oleh pemimpin dunia yang lain.

9. Jika PRU14, BN di berikan mandate untuk berkuasa jangan kita harapkan dapat mengalahkan BN pada PRU seterusnya.

10. Lihat bagaimana parti pembangkang sukar untuk membentuk kerajaan di Singapura. Jika BN tidak dapat dikalahkan maka nasib orang Melayu akan serupa dengan orang Melayu di Singapura. Iaini negara tidak lagi kepunyaan bumiputera.

11. Ini terbukti dengan beberapa aset dan tanah melayu telah di jual kepada China Komunis.Jika BN Berjaya dalam PRU 14 maka akan lebih banyak lagi aset/tanah negara akan di jual/digadainya. Jangan menempah nasib seperti Melayu Singapura.

12. Di Singapura mana ada tanah kepunyaan Melayu dan mana ada aset kepunyaan Melayu. Di sana jika aset melayu di jual oleh bukan Melayu kita faham sangat. Tetapi di Malaysia, parti UMNO sendiri menjual negara kepada China Komunis.