Saturday 10 September 2016

Perlembagaan Singapura akan di luluskan Melayu jadi Presiden. Mengapa?


Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menjelaskan pentingnya peruntukan perlembagaan Singapura untuk melantik seorang Presiden dari kaum minoriti – Melayu.

PM Lee dilaporkan sebagai berkata, “Saya menyusulkan perkara ini bukan mendapat tekanan daripada kaum minoriti atau perubahan ini satu isyarat politik, tetapi kerana ia adalah perkara yang betul dan perlu dilakukan. Tiada sesiapa yang menuntutnya. Tetapi bagi saya ia adalah sesuatu yang perlu kita lakukan sekarang demi masa depan jangka panjang Singapura”.

Bersetuju dengan beliau kerana tanpa sokongan dari orang Melayu pun, PAP dapat membentuk kerajaan. Ini berdasarkan kepada setiap kawasan undi (constituency) dimana majoriti (penentu kemenangan) datangnya dari bukan Melayu. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa majoriti  orang melayu tetap menyokong PAP walaupun tidak mempunyai Presiden Melayu maupun Perdana Menteri Melayu.

Presiden Singapura yang pertama adalah Encik Yusoff Bin Ishak. Beliau menjadi presiden Singapura dari 9 Ogos 1965 sehingga 23 November 1970. 

Dari tahun 1970 sehingga hari ini tidak ada sorang pun Presiden dari keturunan Melayu di lantik. Setakat ini empat cina dan dua india telah dipilih menjadi Presiden Singapura. Mengapa setelah 46 tahun tiba tiba pemerintahan Singapura menyedari perlunya Presiden dari kaum Melayu sedangkan mereka mendapat sokongan padu dari kaum Melayu.

Apa yang telah membuatkan pemerintah PAP begitu terdesak untuk mengubah perlembagaan untuk memastikan seorang Presiden Melayu di lantik? Apakah sebelum ini tidak ada desakan dari masyarakat Melayu sendiri meminta untuk di lantik seorang Presiden Melayu atau Perdana Menteri Melayu di Singapura? Ada suara/permintaan tetapi tidak di layani oleh kerajaan PAP. Bahkan kerajaan PAP telah mengubah perlembagaan bagi menyukarkan lagi masyarakat Melayu untuk bertanding bagi jawatan Presiden dengan syarat syarat yang begitu ketat.

Di peringkat antarabangsa Singapura di kenali sebagai sebuah negara yahudi di Asia Tenggara (Israel of South East Asia). Ini kerana kedudukan negara pulau itu di kelilingi oleh negara negara Melayu Nusantara.Singapura juga merupakan penyokong tegar Amerika dan Israel. Israel mempunyai kedutaan mereka di Singapura. Ini di kuatkan lagi dimana Presiden dan Perdana Menteri Singapura terdiri daripada bukan Melayu dan bukan Islam. Bahasa yang digunakan bukan Bahasa Melayu (walaupun Perlembagaan Singapura mengakui Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan)  dan merupakan sebuah negara sekular.

Manakala di Asia barat, ‘negara’ Israel di kelilingi oleh negara negara Arab. Alkisah, Israel telah merampas/memiliki/menduduki tanah orang Palestin dan menjadikan hak mereka. Bagaimana terujudnya sebuah negara yahudi yang di kelilingi oleh negara negara Islam?

Begitu juga bagaimana ujudnya sebuah negara seperti Singapura dimana penduduknya terdiri yang majoriti terdiri dari bukan Melayu/Islam? Dengan ini nyata dan jelas,  keadaan serupa bagi Israel di Asia Barat dan Singapura di Asia Tenggara.

Apakah kerajaan Singapura ikhlas mahukan seorang Presiden Melayu dimasa hadapan atau seperti yang dikatakan oleh PM Lee “demi masa depan Singapura”? Dirasakan PM Lee tidak begitu ikhlas penerangannya mengenai perlunya seorang Presiden Melayu dan yang beragama Islam.

Kemungkinan tindakan kerajaan Singapura untuk melantik seorang presiden Melayu/Islam tujuannya untuk memadamkan anggapan dan presepi antarabangsa terhadap Singapura yang merupakan sebuah negara Israel of South East Asia. Ini adalah untuk keselamatan Singapura.

Jika di kaji dan direnung cadangan ini hanya timbul bilamana 6 suspek pengganas diberkas di Batam Indonesia kerana di syaki merancangkan roket dari Batam dengan menjadikan Marina Bay sebagai sasaran. Batam hanya 30km dari Singapura. Berapa kilometer jaraknya Israel dengan negara Arab?

Ini mengingatkan kita bagaimana di Asia Barat, Israel melancarkan roket ke Palestin dan juga pihak lagi satu melancarkan roket ke atas Israel. Kemungkinan modus operandi seperti ini yang sangat di kuatiri oleh Singapura.


Oleh sedemikian, langkah pertama yang diambil oleh kerajaan Singapura adalah untuk memadamkan imej Singapura di peringkat antarabangsa sebagai “ Israel of South East Asia” dengan memastikan Presiden Singapura harus dipilih/lantik dari bangsa Melayu yang beragama Islam.

No comments:

Post a Comment