Thursday 22 September 2016

Deklarasi Rakyat Bukan Deklarasi Pembangkang


Dilaporkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua’adzam Shah telah menjelaskan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Deklarasi Pembangkang yang di buat tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Jelas penjelasan tersebut kurang tepat. Ianya merupakan Deklarasi Rakyat dan bukan Deklarasi Pembangkang. Ini kerana ketika Deklarasi tersebut di rancang dan dimulakan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) belum lagi di tubuhkan. Tun Dr Mahathir pula tidak mewakili mana mana parti politik. Tun Dr Mahathir bertindak sebagai rakyat biasa Malaysia.

Perkara seumpama Deklarasi Rakyat satu perkara yang besar dan penting dimana tidak mampu di lakukan oleh rakyat biasa. Iaini memerlukan semacam kekuatan untuk membuat dan melancarkannya.

Tidak mungkin rakyat biasa mempunyai keberanian seumpama itu. Begitu juga pemimpin NGOs. Ini kerana kebanyakkan NGOs mengharapkan bantuan dari kerajaan.
Justeru untuk memulakannya Tun Dr Mahathir harus mengembelingkan tenaga dan  berusaha dengan parti parti politik yang ada di negara ini.

Jika Perkara 36 Deklarasi Rakyat dikatakan tidak mengikut perlembagaan, maka Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja Raja tidak dapat menolak Perkara 1 hingga 35 yang mana melibatkan rakyat dan penderitaan keseluruhan rakyat tidak kira keturunan, bangsa dan agama.


Perkara 1 hingga 35 menjelaskan kebimbangan rakyat Malaysia terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial dalam negara dimana diharapkan Yang di Pertuan Agong dan Majlis Raja Raja tidak terlepas pandang.

Thursday 15 September 2016

Nurul Huda Should Demand Anwar Apology to Saiful



Malaysia’s highest court has upheld a five year prison to Anwar Ibrahim for a sodomy charges. Federal Court Judge Arifin Zahat read the verdict on behalf of a five judge panel that there was “ overhelming evidence” that Anwar had sodomized an aide Saiful Azlan Bahari.

So it doesn’t make any sense when Anwar’s daughter Nurul Huda demand apology from Tun Dr Mahathir to Anwar Ibrahim.  We must understand that Tun Dr Mahathir was not one of the five panel of judges.


Infact Nurul should demand her father, Anwar Ibrahim to apology to Saiful Azlan Bahari for what her father had done to Saiful Azlan.

Saturday 10 September 2016

Perlembagaan Singapura akan di luluskan Melayu jadi Presiden. Mengapa?


Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menjelaskan pentingnya peruntukan perlembagaan Singapura untuk melantik seorang Presiden dari kaum minoriti – Melayu.

PM Lee dilaporkan sebagai berkata, “Saya menyusulkan perkara ini bukan mendapat tekanan daripada kaum minoriti atau perubahan ini satu isyarat politik, tetapi kerana ia adalah perkara yang betul dan perlu dilakukan. Tiada sesiapa yang menuntutnya. Tetapi bagi saya ia adalah sesuatu yang perlu kita lakukan sekarang demi masa depan jangka panjang Singapura”.

Bersetuju dengan beliau kerana tanpa sokongan dari orang Melayu pun, PAP dapat membentuk kerajaan. Ini berdasarkan kepada setiap kawasan undi (constituency) dimana majoriti (penentu kemenangan) datangnya dari bukan Melayu. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa majoriti  orang melayu tetap menyokong PAP walaupun tidak mempunyai Presiden Melayu maupun Perdana Menteri Melayu.

Presiden Singapura yang pertama adalah Encik Yusoff Bin Ishak. Beliau menjadi presiden Singapura dari 9 Ogos 1965 sehingga 23 November 1970. 

Dari tahun 1970 sehingga hari ini tidak ada sorang pun Presiden dari keturunan Melayu di lantik. Setakat ini empat cina dan dua india telah dipilih menjadi Presiden Singapura. Mengapa setelah 46 tahun tiba tiba pemerintahan Singapura menyedari perlunya Presiden dari kaum Melayu sedangkan mereka mendapat sokongan padu dari kaum Melayu.

Apa yang telah membuatkan pemerintah PAP begitu terdesak untuk mengubah perlembagaan untuk memastikan seorang Presiden Melayu di lantik? Apakah sebelum ini tidak ada desakan dari masyarakat Melayu sendiri meminta untuk di lantik seorang Presiden Melayu atau Perdana Menteri Melayu di Singapura? Ada suara/permintaan tetapi tidak di layani oleh kerajaan PAP. Bahkan kerajaan PAP telah mengubah perlembagaan bagi menyukarkan lagi masyarakat Melayu untuk bertanding bagi jawatan Presiden dengan syarat syarat yang begitu ketat.

Di peringkat antarabangsa Singapura di kenali sebagai sebuah negara yahudi di Asia Tenggara (Israel of South East Asia). Ini kerana kedudukan negara pulau itu di kelilingi oleh negara negara Melayu Nusantara.Singapura juga merupakan penyokong tegar Amerika dan Israel. Israel mempunyai kedutaan mereka di Singapura. Ini di kuatkan lagi dimana Presiden dan Perdana Menteri Singapura terdiri daripada bukan Melayu dan bukan Islam. Bahasa yang digunakan bukan Bahasa Melayu (walaupun Perlembagaan Singapura mengakui Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan)  dan merupakan sebuah negara sekular.

Manakala di Asia barat, ‘negara’ Israel di kelilingi oleh negara negara Arab. Alkisah, Israel telah merampas/memiliki/menduduki tanah orang Palestin dan menjadikan hak mereka. Bagaimana terujudnya sebuah negara yahudi yang di kelilingi oleh negara negara Islam?

Begitu juga bagaimana ujudnya sebuah negara seperti Singapura dimana penduduknya terdiri yang majoriti terdiri dari bukan Melayu/Islam? Dengan ini nyata dan jelas,  keadaan serupa bagi Israel di Asia Barat dan Singapura di Asia Tenggara.

Apakah kerajaan Singapura ikhlas mahukan seorang Presiden Melayu dimasa hadapan atau seperti yang dikatakan oleh PM Lee “demi masa depan Singapura”? Dirasakan PM Lee tidak begitu ikhlas penerangannya mengenai perlunya seorang Presiden Melayu dan yang beragama Islam.

Kemungkinan tindakan kerajaan Singapura untuk melantik seorang presiden Melayu/Islam tujuannya untuk memadamkan anggapan dan presepi antarabangsa terhadap Singapura yang merupakan sebuah negara Israel of South East Asia. Ini adalah untuk keselamatan Singapura.

Jika di kaji dan direnung cadangan ini hanya timbul bilamana 6 suspek pengganas diberkas di Batam Indonesia kerana di syaki merancangkan roket dari Batam dengan menjadikan Marina Bay sebagai sasaran. Batam hanya 30km dari Singapura. Berapa kilometer jaraknya Israel dengan negara Arab?

Ini mengingatkan kita bagaimana di Asia Barat, Israel melancarkan roket ke Palestin dan juga pihak lagi satu melancarkan roket ke atas Israel. Kemungkinan modus operandi seperti ini yang sangat di kuatiri oleh Singapura.


Oleh sedemikian, langkah pertama yang diambil oleh kerajaan Singapura adalah untuk memadamkan imej Singapura di peringkat antarabangsa sebagai “ Israel of South East Asia” dengan memastikan Presiden Singapura harus dipilih/lantik dari bangsa Melayu yang beragama Islam.

Wednesday 7 September 2016

Kearah Pembentukan Barisan Bersatu (United Front)



Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi untuk mengisytiharkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) melanggar Perlembagaan Persekutuan. Beliau juga memohon pengisytiharan Perkara 66 (4) dan 66 4(A) yang membenarkan penguatkuasan undang-undang itu tanpa persetujuan Yang Di Pertuan Agong sebagai tidak sah serta terbatal.

Kehadiran Tun Mahathir dapat di lihat sebagai memberikan sokongan moral dan tanda solidariti terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat permohonan pembatalan Akta MKN yang berkenaan.

Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini telah menyuarakan bantahan keras terhadap akta tersebut. Semestinya mana mana pihak yang menentang akta yang berkenaan akan mendapat sokongan dari Tun Mahathir.

Disamping itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai misi yang sama iaini untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam usaha menyelamatkan Malaysia kerana Perdana Menteri Najib Razak terpalit ibu segala skandal-1MDB.

Rakyat yang sayang dan cintakan Malaysia memberikan sokongan kepada pertemuan Tun Dr Mahathir dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut mereka ini membuka jalan pembentukan suatu United Front dalam usaha menumbangkan UMNO/BN.

Terdapat juga ada beberapa pihak tertentu yang kurang senang dengan tindakan Tun Mahathir menemui Datuk Seri Anwar Ibrahim. Golongan ini merasa tidak senang hati apabila melihat  mereka berdua bersalamam (Tun Mahathir dan Anwar) tersangat erat.

Golongan yang cemburu melihat mereka berdua menyatakan bahawa ianya merupakan lagi sandiwara politik yang dilakonkan bagi mengaburi mata rakyat. Dan berbagai lagi dalam usaha mempertahankan perbuatan Najib & geng. 

Tetapi mereka lupa bos mereka, Najib Razak telah lama mengaburi mata rakyat dengan penipuan dan pembohongan mengenai 2.6billion, skandal 1MDB, perbuatan Riza Aziz dan Jho Low dan seterusnya.

Mereka yang mengritik pertemuan Tun Mahathir dengan Anwar Ibrahim tidak ubah seperti perpatah inggeris, “attempted to throw lots of smoke and miss the elephant in the room”.

Semasa menjawab pertanyaan wartawan Tun Mahathir berkata, “ I’m not making peace with him. I certainly endorse his action against NSC.”

Jika Tun Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 January 1973 bersama parti pembangkang yang lain untuk mengujudkan “ketahanan Nasional” melalui kestabilan politik(political stability), kali ini Tun Mahathir bersama parti pembangkang mengujudkan satu coalitions untuk menyelamatkan Malaysia.

Hanya mereka yang ingin melihat kehancuran Malaysia akan menentang usaha Tun Mahathir untuk menyelamatkan negara. 

Harus di ingat UMNO yang di pimpin oleh Najib tidak kuat dan tidak di hormati seperti UMNO sewaktu pemerintahan Tun Mahathir atau sebelumnya. Ketika itu UMNO kuat dan teguh kerana pemimpin yang terdahulu dari Najib. Tetapi sekarang ini negara sudah tidak lagi di hormati dan di segani dan UMNO hancur kerana Najib.


Friday 2 September 2016

Mengapa Cina tahu mengenang budi berbanding dengan Melayu?



Datuk Lee Chong Wei telah menemui Yang Amat Berbahagia Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dengan tujuan berkongsi rasa kegembiraannya memenangi pingkat perak dalam acara badminton di Olimpik Rio. Semasa pertemuan tersebut Datuk Lee Chong Wei telah menunjukan Tun Siti Hasmah pingat perak yang di menanginya.

Sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, isterinya, Tun Dr Siti Hasmah dilantik menjadi Penaung Persatuan Badminton Malaysia. Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan selama itu pula Tun Dr Siti Hasmah menjadi Penaung Persatuan Badminton Malaysia. Satu jangka masa yang begitu lama dan sudah semestinya Tun Siti Hasmah telah banyak berjasa kepada sukan badminton di negara ini.

Jelas walaupun seorang cina, Datuk Lee Chong Wei mempunyai sikap yang mulia dimana tidak ada kepada pemimpin Melayu dalam UMNO dan Barisan Nasional.

Sikap apa ? Sikap yang tahu mengenang jasa dan sikap berterima kasih. Apakah agama Islam tidak mengajar kita supaya menjadi umat yang tahu berterima kasih? Jika kita tidak mempunyai sikap berterima kasih bermakna kita juga tidak ada sikap bersyukur. Mungkin hanya haiwan yang tidak mempunyai sikap sedemikian.

Seharusnya  orang Melayu dan yang beragama Islam menjadi contoh kepada bukan Melayu dan bukan Islam untuk mempamerkan dan menunjukan sikap mulia dan beradap iaini mengenang budi seseorang pemimpin yang telah banyak berjasa kepada bangsa, negara dan tanahair. Bahkan telah berjasa kepada diri dan keluarga mereka sendiri.

Kita lihat  Menteri dalam UMNO/BN. Kita lihat Ketua bahagian UMNO. Ada diantara mereka yang memegang jawatan Menteri sekarang, pernah menjadi Menteri di zaman pemerintahan Tun Mahathir. Mereka di berikan peluang dan di lantik oleh Tun Mahathir sebagai Menteri. Jasa baik Tun Mahathir dilupai bahkan Tun Mahathir di kritik, di maki hamun dan di cerla. Apakah mereka ini manusia atau haiwan?

Mengapa kebanyakkan orang Melayu bersikap sedemikian? Mengapa mereka yang beragama Islam bersikap seperti itu? Dan mengapa pula bukan Melayu dan bukan Islam mempunyai sikap yang tahu mengenang budi dan berterima kasih?
Dengan sikap yang di tunjukkan oleh Datuk Lee Chon Wei, apa orang cina mempunyai sikap yang lebih mulia dari orang Melayu?

Jika Datuk Lee Chong Wei seorang melayu tidak mungkin beliau mahu berjumpa Tun Dr Siti Hasmah dan menunjukkan pingkatnya. Kemungkinan Datuk Lee Chong Wei akan bersikap sombong dan bongkak seperti menteri dan pemimpin umno sekarang ini? 

Para menteri UMNO/BN mengkritik Tun Mahathir dengan hebatnya dan bersikap biadap. Mereka lupa jasa Tun Mahathir yang telah menjaga dan membesarkan UMNO dan negara selama 22 tahun. Jika Datuk Lee Chong Wei tahu mengenang jasa dan budi Tun Siti Hasmah sebagai penaung Persatuan Badminton Malaysia, mengapa tidak mereka dalam UMNO/BN terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad?


Persoalannya, mengapa orang Cina tahu mengenang budi, manakala orang Melayu pula yang beragama Islam tidak tahu mengenang budi seseorang yang telah berjasa bukan sahaja kepada bangsa, agama dan tanah air tetapi kepada diri mereka sendiri dan keluarga mereka. Ini kerana tanpa bantuan dari Tun Mahathir mereka tidak mungkin berada dalam keadaan hari ini.