Tuesday 24 May 2016

TUNKU AZIZ BONEKA NAJIB ABDUL RAZAK


Menurut media yang di kawal kerajaan, Utusan Malaysia telah melaporkan bahawa Tunku Abdul Aziz Ibrahim membuat laporan polis terhadap Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut bekas orang kuat DAP itu, tindakkan membuat laporan polis dibuat  setelah menurut beliau, “Tun Mahathir  mendakwa Yang di-Pertuan Agong dikenakan tahanan rumah bagi menghalang Seri Paduka menerima 1.4juta tandatangan rakyat yang telah dikumpulkan”.

Dari kenyataan Tunku Aziz jelas berkiblatkan kebencian terhadap Tun Mahathir. Meskipun tidak lagi menjadi ahli DAP, kebencian Tunku Aziz tetap membara dan menyala terhadap Tun Dr Mahathir. Ianya bermula apabila Tun Mahathir ketengahkan isu 1MDB dan skandal Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Malaysia, Tunku Aziz seharusnya menitik beratkan isu RM2.6billion, 1MDB, SRC dan berbagai lagi dimana ada kaitannya dengan elemen rasuah. Rakyat mempersoalkan bagaimana ‘sampah” DAP boleh di lantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah??. Dengan kedudukan “selesa” yang di berikan oleh pentadbiran Najib sebagai Penasihat Pencegahan Rasuah, Tun Aziz telah membuat serangan demi serangan terhadap musuh lama dan ketat beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sepertimana dilaporkan oleh Utusan Malaysia bahawa Tunku Aziz menyatakan, “Sejak beberapa bulan lalu, Dr Mahathir membuat perbagai dakwaan terhadap maruah dan integrity Perdana Menteri dengan tujuan memaksa Najib berundur daripada jawatannya dan dibuktikan tidak berasa”.

Kita ketahui bahawa Tunku Aziz seorang yang tidak dapat menerima provokasi terhadap beliau maupun kepada Najib. Beliau menjadi ‘marah’ dan ‘melenting’ bilamana beliau di provok atau sesiapa sahaja yang membuat komen yang keras terhadap Najib. Laporan polis hanyalah alasan bagi Tunku Aziz untuk menyerang Tun Mahathir. Dengan membuat alasan tersebut dapatlah beliau melepaskan “geram dan marah” terhadap Tun Mahathir yang mana selama ini telah mendesak boss nya untuk meletakkan jawatan. (berdasarkan kepada kenyataan yang di buat)

Kita jangan lupa Tunku Aziz seorang ahli politik dari DAP, dan apa yang dilakukan merupakan permainan politik atau percaturan politiknya dalam usaha mempertahankan bossnya, Najib Abdul Razak disamping itu membuat serangan kepada Tun Mahathir Mohamad.

Tunku Aziz menyatakan bahawa gerakan memaksa Najib berundur daripada jawatannya dan dubuktikan tidak berasas. Persoalannya bagaimana hendak membuktikan segala dakwaan tersebut sedangan mereka yang ditugaskan bagi menjalankan siasatan di lumpuhkan?

Apabila Tunku Aziz membuat laporan polis terhadap Tun Mahathir jelas ianya bersandarkan kepada emosi/presepi dan berkiblatkan Najib Abdul Razak. Beliau seharus mendengar keseluruhan ucapan Tun Mahathir berhubung dengan perkara yang ditimbulkan. Umum mengetahui bahawa apabila Tun Mahathir bercakap ada asasnya disertakan dengan bahasa kiasan serta sindirian sinis dan teguran yang tegas. Segala perkataan yang digunakan tidak berunsurkan hasutan maupun mengancam keselamatan negara.  

Harus di ingat dalam pemerintahan Tun Mahathir selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, 6 tahun sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan sebelumnya Menteri Dalam Negeri, telah ada penguatkuasan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Jadi Tun Mahathir tahu “the do and don’t”. Hanya yang bangang seperti Tunku Aziz sahaja tidak memahaminya atau bodoh untuk mempelajarinya.

Melihat kepada namanya Tunku, seharus Tunku Abdul Aziz wajib menjaga darjat ‘keturunan dan darah Tunku’ dengan baik. Mengutamakan bangsa, negara dan tanahair. Jangan disebabkan beliau, “keturunan Tunku” di hina oleh rakyat jelata.

Bagaimana masyarakat Melayu Singapura marahkan jika tidak membenci Tunku Abdul Rahman kerana menyerahkan dan mengaku kalah kepada Lee Kuan Yew, (kerana menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew) jangan pula di Malaysia keturunan Tunku menerima nasib yang sama hanya disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.


Bertobatlah Tunku Abdul Aziz Ibrahim. Sayangilah dan hargailah keturunan TUNKU.

No comments:

Post a Comment