Monday 30 May 2016

DR MAHATHIR : TUNKU AZIZ SEPERTI KATAK

1.     Menurut Timbalan Ketua Polis Negara , PDRM akan menjalankan siasatan ‘berhubung dakwaan’ Mantan Perdana Tun Dr Mahathir Mohamad.

2.     Ini berdasarkan laporan polis yang di buat oleh Tunku Aziz kononnya Tun Mahathir telah mendakwa bahawa Yang Di Pertuan Agong telah di kenakan ‘tahanan rumah’.

3.     Dalam satu majlis. “The Missing Force”yang berlangsung pada 17 May 2016, antara lain Tun Mahathir berkata, “I have been trying to see the ruler to show the Declaration by the people. But so far I cannot get an appointment. Which means that rulers too are confined to the palace. Of course palace great thing. You want any food, anything you can get in the palace. But you cannot meet the people so the whole country under house arrest”.

4.  Jelas dari ucapan beliau, Tun Mahathir tidak menyatakan secara specific (khusus) bahawa Yang Di Pertuan Agong under house arrest but the whole country.

5. KiniTV melaporkan Tun Mahathir sebagai berkata bahawa beliau (Tun) hairan bagaimana tidak mendapat temujanji dengan istana untuk menyerahkan tanda tangan Deklarasi Rakyat kepada Yang Di Pertuan Agong.

6.     KiniTV juga melaporkan bahawa Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir  berkata “ini bermakna Raja Raja juga ‘terkunci’ dalam istana dan tidak boleh menemui orang ramai.

7.  Berdasarkan kepada dua laporan tersebut jelas tidak ada terdapat ayat dimana Tun Mahathir menyatakan DYMM Yang DiPertuan Agong under house arrest.

8.     KiniTV juga melaporkan dalam sesi jawab Tun Mahathir berkata, “Tetapi seperti saya katakan tadi, setakat ini saya tidak dapat bertemu dengan DYMM Seri Paduka Baginda Agong kerana kemungkinan baginda dalam keadaan house arrest (tahanan rumah).

9.  Jika di lihat dari kenyataan Tun Mahathir menggunakan perkataan “kemungkinan”. Apa yang nyata dan jelas bahawa Tun Dr Mahathir mendedahkan beliau masih gagal mendapat perkenan mengadap Yang Di Pertuan Agong untuk menyerahan lebih sejuta tandatangan yang menuntut pengunduran Perdana Menteri.

10  Tun Mahathir berkata, “Ini pun kita dah dapat 1.4juta (tandatangan). Kita akan cuba kemukakan kepada Yang Di Pertuan Agong.

1  Jika Tun Mahathir menuduh DYMM Yang Di Pertuan Agong dalam “tahanan rumah”maka Tun Mahathir tidak lagi menaruh harapan kepada temujanji menghadap DYMM Yang Di Pertuan Agong. Tetapi Tun Mahathir masih menaruh kepercayaan dan keyakinan terhadap DYMM Yang Di Pertuan Agong.

12. Tunku Aziz berkata tindakan Dr Mahathir telah menimbulkan kekeliruan dan boleh menjejaskan ketenteraman dan keselamatan negara.

13.Sebenarnya Tunku Aziz sendiri yang keliru terhadap Tun Dr Mahathir. Bukannya rakyat keseluruhannya.

14. Tunku Aziz di kenali sebagai bekas orang kuat DAP dimana parti itu mempunyai dasar dan prinsip menghapuskan raja raja Melayu. Tunku Aziz menyokong perjuangan tersebut kerana beliau ketika itu Timbalan Pengerusi DAP.

15.  Dengan secara tiba-tiba Tunku Aziz kini “mempertahankan”pula Raja Raja. Tidak kan ini merupakan “talam dua muka”? Apabila Tunku Aziz bersama DAP untuk menghapuskan Raja Raja, beliau tidak mengambil berat tentang ketenteraman dan Keselamatan Negara. Dengan secara tiba-tiba, sekarang ini dia bangkit dan pandai pulak bercakap mengenai ketenteraman dan keselamatan negara.

16.Sedarkah Tunku Aziz jika ketika beliau bersama DAP dan jika parti itu berjaya menghapuskan Raja Raja, apa akan terjadi dengan negara yang tercinta ini?

17. Ternyata apa yang dilakukan oleh Tunku Aziz adalah kerana terbitnya rasa hasrat dengki dan dendam terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad. Jika di lihat dan dikaji tidak terdapat satu ayat atau kenyataan Tunku Aziz (semasa menjadi Timbalan Pengerusi DAP sehingga menjadi sampah parti berkenaan) yang positif terhadap Tun Dr Mahathir.

  Memandangkan Tunku Aziz mempunyai rasa hasrat dengki, dendam dan busuk hati terhadap Tun Dr Mahahir, beliau lupa pengalaman Tun Mahathir selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, 6 tahun sebagai Timbalan Perdana Menteri dan tidak terkecuali memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.

19.  Dengan pengalaman seperti itu maka sudah tentu Tun Mahathir jauh lebih baik dari Tunku Aziz. Seperti berbezaan antara langkit dan bumi.

20.Tun Mahathir menyatakan bahawa Tunku Aziz seperti KATAK. Katak kerjanya melompat ke sana dan melompat ke sini. Suaranya Tunku Aziz seperti katak memanggil hujan.


No comments:

Post a Comment