Monday 9 May 2016

Kemenangan PRN Sarawak bukan kejayaan dan sokongan kepada Najib


Jangan tersalah taksir bahawa kemenangan Barisan Nasional di Sarawak sebagai kemenangan Datuk Seri Najib Abdul Razak. Kemenangan tersebut membuktikan rakyat Sarawak memberikan sokongan kepada kepimpinan Adenan Satem dan bukan Najib Abdul Razak.

Beberapa hari sebelum membuang undi di Sarawak, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa Barisan Nasional akan menang tetapi kemenangan BN bukan kerana kehadiran Najib Abdul Razak tetapi kerana kepimpinan Adenan Satem.

Satu elemen yang lain pula, kemenangan BN di Sarawak kerana pergabungan Parti Bersatu dalam Barisan Nasional.

Ini jelas kemenangan BN di Sarawak bukan kerana UMNO, bukan kerana MCA, bukan kerana MIC dan bukan kerana Gerakan. Dalam ertikata, kemenangan BN di Sarawak kerana Adenan Satem dan bukan Najib. Tanpa kehadiran Najib di kempen PRN Sarawak, BN tetap akan berjaya di Sarawak kerana kepimpinan Adenan Satem.
Talian maut politik Najib akan di tentu dalam PRK di Kuala Kangsar dan Sungei Besar tidak lama lagi.

Jika di lihat kemenangan BN dalam PRU13 di Sungei Besar BN hanya menang dengan 399 undi. Manakala di Kuala Kangsar pula BN menang dengan kelebihan 1083 undi. Itu pun kerana pertandingan tiga penjuru.

Dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi, cukai GST, berbagai skandal yang dihadapi Najib, seperti RM2.6b, 1MDB, SRC dan perbelanjaan boros Najib dan Rosmah, dapatkah BN dibawah kepimpinan Najib dapat bertahan dua kerusi parlimen tersebut.

Najib sudah tentu akan melakukan apa sahaja dalam usaha untuk mencapai kemenangan bagi kedua kerusi parlimen Sungei Besar dan Kuala Kangsar.


Kita tunggu dan lihat. 

No comments:

Post a Comment