Tuesday 31 May 2016

Perbuatan Najib, Dr Mahathir di serang dan di caci


Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad dilaporkan sebagai berkata, “ siasatan harus di jalankan mengenai mengapa Wall Street Journal (WSJ) bersikap memihak dalam politik dan hal ehwal dalam Malaysia”.
Sambil membidas WSJ beliau berkata, saluran media itu bukan sahaja sengaja mengabaikan fakta-fakta utama tetapi berbohong.

Dapat dikatakan bahawa media antarabangsa sering membuat berbagai tuduhan dan andaian terhadap mana mana negara terutama sekali di kalangan anggota ASEAN.  Perkataan yang mudah difahami media antarabangsa sering kelihatan membuat laporan ‘negatif’ dan ‘fitnah’ terhadap seorang pemimpin terutama sekali  Datuk Seri Najib Abdul Razak. ( Para Menteri dan ahli parti sering menyatakan semuanya tuduhan tersebut adalah palsu dan berbau fitnah.

Persoalannya : “ berapa lama kita dapat mendendangkan lagu dan irama seperti itu?”.
Cuba kita lihat sebagai contoh sebuah negara pulau iaini Singapura.  Mendiang Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri dari tahun 1959 dan meletakkan jawatan pada 1990. Tetapi kekal sebagai Senior Minister dan kemudian Menteri Pembimbing (Minister Mentor) hingga 2011.

Sejak beliau menjadi Perdana Menteri, media antarabangsa telah menemui kegagalan di Mahkamah Singapura untuk mempertahankan apa sahaja laporan yang dianggap oleh Lee Kuan Yew sebagai tidak betul, pembohongan dan fitnah. Ini termasuk The Time, the International Herald Tribune, the Financial Times, the Asian Wall Street Journal, Asiaweek dan the Far Eastern Economic Review.
Pada 2002, Bloomberg diperintahkan oleh Mahkamah membayar S$550,000 kerana saman malu yang di kemukakan oleh Lee Kuan Yew (ketika itu Senior Minister). Perdana Menteri Goh Chok Tong and Lee Hsein Loong (anak Lee Kuan Yew) juga mengemukakan saman kerana rencana yang ditulis oleh media antarabangsa dimana membayangkan berlakunya neopotism dalam parti dan kerajaan Singapura.

Lee Kuan Yew tidak beragak-agak juga menyaman ketua pembangkang Singapura yang dianggap melimparkan tuduhan berbau fitnah.
Semua ini dilakukan kerana pemimpin Singapura dari zaman Lee Kuan Yew, kemudian kepimpinan Goh Chok Tong dan kini Lee Hsein Loong berkeyakinan bahawa segala yang di tulis adalah fitnah dan tindakan media antarabangsa mahu menjatuhkan intgriti kerajaan Singapura.

Melihat apa yang berlaku di Malaysia, kerajaan di pimpin oleh Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak ada keberanian untuk menyaman sesiapa sahaja sama ada di dalam Malaysia kononnya membuat fitnah. Jauh sekali untuk menyaman media antarabangsa.
Jika Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia berpenuh keyakinan selama ini media antarabangsa membuat laporan palsu dan fitnah kenapa tidak mahu bertindak mengambil tindakan undang undang.

Saya ulangi : Mengapa Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia tidak mahu bertindak menyaman sesiapa sahaja termasuk media antarabangsa yang di anggap sebagai membuat fitnah dan pembohongan??
Hold your heart and ask yourself Mr Prime Minister, do all the allegations against you against are true?

If it’s true, in respect of your late father, please leave office and face all the consequences. Please believe me, after you leave office, all of your “assistance balls carrier” will turn their back again you.
Mr Prime Minister, lihat apa yang terjadi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, 6 tahun sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga mantan Menteri Dalam Negeri, dimana ada yang di berikan tempat termulia semasa pemerintahannya  dan mencapai kemewahan hidup bukan kepada dirinya sendiri bahkan kepada keluarga mereka. Kini orang orang ini menyerang dan memaki hamun Tun Mahathir.

Seorang insan yang tersangat mulia di muka bumi ini diberikan layanan seumpama itu. Ini semua berlaku kerana usaha mu Wahai Perdana Menteri memberi dedak kepada mereka demi kerakusan kuasa yang ada kepada diri mu, Perdana Menteri.

Jika seorang insan yang tersangat mulia dimuka bumi ini mendapat layanan seumpama itu, bayangan apa pula layanan yang bakal kau (PM Najib) hadapi nanti?

Blogger yang kamu upah membuat fitnah dan cacian terhadap manusia yang termulia ini, YA Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad akan mendapat balasan setimpal dengan perbuatan mereka.
Apakah jika mereka di takdirkan masuk neraka gara gara arahan dan perbuatan mu, wahai Perdana Menteri Najib, apa mereka akan membiarkan kamu ( andainya kamu masuk syurga dengan ‘memberikan hadiah haji dan umrah kepada orang kampong) dengan begitu senang di akhirat nanti? Mereka akan tarik kamu bersama mereka. 

Ingatlah segala musibah dan bencana yang melanda negara sejak Najib Abdul Razak menjadi Perdana Menteri. Tuhan tidak akan menurunkan bala bencana secara kebetulan. Tetapi Tuhan menurunkan bala bencana sebagai ingatan kepada para pemimpin untuk munasabah diri, apa yang mereka telah lakukan??

No comments:

Post a Comment