Tuesday 17 November 2015

Orang Melayu terutama pemimpin UMNO tidak tahu mengenang budi


 
Terus terang dikatakan bahawa saya tidak berminat dengan cina. Walaupun saya tidak minat tetapi saya tidak memusuhi orang cina sepertimana saya benci Israel.

Bercakap mengenai Israel, kita dapat melihat bagaimana sebuah negara Israel dapat ujud di kelilingi negara-negara Islam dari bangsa Arab. Bagaimana dan apa cara Israel dapat membentuk sebuah negara di tengah tengah Negara Arab Bersatu?. Kemungkinan besar anda dapat membuat rumusan sendiri.

Di Asia Tenggara pula, ada sebuah Negara ujud di tengah tengah Negara Melayu Nusantara yang terdiri dari Malaysia, Brunei dan Indonesia? Negara cina tersebut adalah Singapura.

Negara tersebut telah di bangunkan dengan pesatnya oleh pemerintahan PAP yang di pimpin oleh mendiang Lee Kuan Yew. Kita juga dapat melihat dari sebuah pulau dapat dibangunkan menjadi sebuah negara yang di segani hari ini. Dan di akui oleh Bangsa Bangsa Bersatu sebuah Negara yang berdaulat.

Dari sebuah negara yang tidak punya satu apa pun seperti tentera dan polis, kini mempunyai sebuah pasukan tentera yang canggih dan sofistikated serta di segani dunia. Bahkan Negara tersebut di kenali di mata dunia sebagai sebuah Negara Yahudi di Asia Tenggara.

Orang Melayu Singapura, merupakan anak bumiputera di berikan layanan seperti anak tiri. Kuasa politik dan hak melayu di pijak oleh lee kuan yew tetapi orang Melayu masih menghormati  dan menyanjunginya. Begitu juga kepada para pemimpin NGOs melayu dan bekas wakil rakyat berbangsa melayu. Walaupun ada salah faham atau perkara perkara yang mereka tidak sependapat dengan Lee Kuan Yew, mereka ini tetap menghormatinya. Jika orang melayu yang di jajah dapat memberikan penghormatan mentela lagi bangsa beliau sendiri, Cina.

Begitu juga ketua pembangkang dan ahli pembangkang tidak pernah memaki hamun Lee Kuan Yew walaupun mereka bertentangan fahaman politik dengan beliau. Tidak seperti di Malaysia, dimana Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dicaci dan di hina. Ini termasuk dari pemimpin dan ahli UMNO sendiri. Di Singapura jika ada bertenangan pendapat, pembangkang dan rakyat Singapura akan mengeluarkan pendapat mereka dengan penuh beradat dan terhormat.

Mereka mengenang jasa/budi Lee Kuan Yew membangunkan Singapura dan mereka akan menjaga dan memeliharanya serta mempertahankan apa yang di lakukan oleh Lee Kuan Yew. Beberapa tahun sebelum kematiannya, Lee Kuan Yew ada menyatakan “ Even from my sick bed, even if you are going to lower me into the grave and I feel somethings going wrong, I will get up”.

Jika kita ingin meniliti dengan tidak bersandarkan kepada fahaman politik dan emosi, apa yang di maksudkan adalah segala apa telah di bina oleh Lee Kuan Yew, seperti pembangunan, kestabilan, kemakmuran dan sebagainya yang di bina dan di usahakan oleh Lee Kuan Yew terusan dan di pertahankan. Ini kerana mereka menghargai jasa dan perjuangan Lee Kuan Yew yang dapat memberikan sebuah Negara kepada kaum cina.

Berlainan keadaannya di Malaysia. Kebanyakkan rakyat Malaysia berbangsa Melayu tidak tahu mengenang jasa seseorang orang terutama sekali kepada pemimpin. Ini termasuk ahli dan pemimpin UMNO itu sendiri. Walhal jika di bandingkan antara orang Cina dan Melayu, maka adat resam orang melayu lebih mulia dan tinggi daripada bangsa cina seperti Pantun Budi : -

Hutang emas boleh di bayar

Hutang budi dibawa mati

Kebanyakkan rakyat Malaysia telah lupa jasa dan budi Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah berusaha dengan gigih membangunkan Malaysia selama 22 tahun ketika menjadi Perdana Menteri. Bahkan ada orang Melayu menuduh Tun Mahathir ingin menjatuhkan Malaysia bilamana Tun Mahathir mahukan Najib meletakkan jawatan.

Berpandukan akal pemikiran yang waras, mana mungkin seorang negarawan yang telah membangunkan negara selama 22 tahun mahu menghancurkan? Kita melihat apa yang Lee Kuan Yew telah lakukan keatas Singapura. Bahkan Dr Mahathir telah melakukan lebih baik dari Lee Kuan Yew khususnya kepada orang melayu dan pada Malaysia umumnya.

Tapi malangnya jika kita melihat di sosial media, terdapat rakyat Malaysia ( tidak semua), ahli dan pemimpin UMNO melalui media yang dikuasai UMNO,  menghina, mencaci dan memaki hamun Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rakyat Malaysia dapat mempelajari dari apa yang lee kuan yew katakan beberapa tahun sebelum beliau mati. “Even from my sick bed, even if you are going to lower me into the grave and I feel somethings going wrong, I will get up”.

Segala apa Tun Mahathir suarakan selama ini terhadap Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kerana mahukan segala yang dibina selama 22 tahun dapat di kekalkan demi untuk generasi yang akan datang.

Terdapat rakyat Malaysia yang tidak bertanggung jawab (termasuk pemimpin UMNO sendiri) menuduh Tun Mahathir bahawa serangan Tun Mahathir terhadap Najib, kerana Tun Mahathir mahukan anak beliau, YAB Datuk Seri Mukhriz menjadi Perdana Menteri. Kepada mereka yang melimparkan tuduhan seumpama itu saya boleh katakan bahawa akal mereka berada di kepala lutut.

Jika Tun Mahathir berhasrat begitu, maka Tun Mahathir boleh lakukan seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi. Semasa menjadi Perdana Menteri, Tun Abdullah berusaha untuk menonjolkan/menaikkan dan memberikan sokongan supaya menantunya berjaya dalam karier politiknya. Kita dapat melihat kedudukan politik menantunya hari ini. Tidak seorang pun yang membangkit cerita ini. Tetapi Datuk Seri Mukhriz bergiat dalam politik setelah Tun Mahathir tidak lagi menjadi Perdana Menteri/Presiden BN/UMNO.

Di Singapura juga Lee Hsein Loong, anak Lee Kuan Yew bergiat dalam politik sewaktu Lee Kuan Yew berkuasa. Kita dapat melihat perbezaannya. KJ berjaya dalam politik berdasarkan bapak mentuanya, Pak Lah ketika itu menjadi PM. Manakala Datuk Seri Mukhriz naik namanya dan berjaya dalam politik diatas kebolehan dan kredibilitinya sendiri.

Tun Mahathir dengan usianya dan dengan apa yang beliau ada sekarang ini dapat duduk bersantai bersama isteri, anak anak dan cucu cucu dan beribadat sepenuh masa.  Tetapi Tun Mahathir tidak memilih semacam itu kerana banyak perkara yang tidak betul berlaku. Jika dibiarkan, maka UMNO akan kehilangan kuasa. Bilamana UMNO kehilangan kuasa maka kuasa politik Melayu juga akan terhapus/terkubur. Jika kuasa politik Melayu terhapus/terkubur maka nasib orang Melayu di Malaysia akan sama dan serupa seperti orang melayu di Singapura.

Isu 1MDB dan wang RM2.6b yang masuk ke akaun peribadi Najib, hutang Negara yang meningkat tinggi dan rakyat di bebani dengan cukai GST supaya rakyat membayar hutang yang di buat oleh Najib, dan isu terbaru  ypeim dan gabenor bank Antara gabenor bank Negara terhebat didunia mahu digantikan?

Bukan itu sahaja ada yang di tangkap, berlaku penukaran dari satu department kerajaan ke department yang lain dan kemudian di tukar kembali. Di ancam dengan Akta Hasutan dan sebagainya.

Tun Mahathir tidak akan  berdiam diri. Ini kerana sifat negarawan yang ada pada dirinya. Tambahan Tun Mahathir menyedari bahawa di akhirat nanti  Allah akan menyoal kita termasuk Tun Mahathir apa yang kita lakukan termasuk mereka yang menerima wang/kedudukan (jawatan) untuk menutup kesalahan dan kemungkaran Najib di dunia.

 

No comments:

Post a Comment