Thursday 12 November 2015

BUNTUT SALLEH KERUAK PANAS



Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa gaya hidup mewah merupakan petunjuk kepada rasuah dan mahu mahkamah menerima gaya hidup mewah sebagai bukti mencukupi untuk mengambil tindakan gaya hidup mewah sebagai bukti rasuah.

Mendengar apa yang di katakan oleh Tun Mahathir, buntutnya menjadi panas. Lantas Salleh Keruak ‘menyerang’ Tun Mahathir dengan menyatakan bahawa jika hidup mewah bukti rasuah, Mahathir akan ke penjara. Jika itu yang dimaksudkan oleh Salleh Keruak maka bukan sahaja Tun Mahathir tetapi beliau sendiri, Salleh Keruak akan ke penjara. Apakah Salleh Keruak tidak hidup dalam kategori mewah? Salleh Keruak diibaratkan meludah kelangit terkena muka sendiri.

Salleh Keruak mungkin panas buntutnya apabila mendengar kenyataan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Tidakkah terpikir oleh Salleh Keruak sentimen yang di gunakan oleh beliau bahawa “ hidup mewah bukti rasuah (tanpa mengambil kira pendapatan bulanan atau tahunan) bukan sahaja Tun Mahathir akan ke penjara (seperti yang dikatakan) bahkan beliau sendiri akan ke penjara (sepertimana disebut diatas).

Pelantikkan Salleh Keruak sebagai Menteri tidak berdasarkan kredibiliti dan kebolehannya tetapi menjadi alat perisai “mempertahankan” Perdana Menteri dimana rakyat yang harus membayar gajinya dan segala kemudahaan yang lain. Ramai yang menyatakan kepada saya Salleh Keruak merupakan “pembodek” dan “ pengilap” Najib yang di impot dari Sabah.

Sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir adalah mereka yang hidup mewah luar dari kemampuanya berdasarkan daripada pendapatan. Misalnya, katakan seorang itu berpendapatan RM20 ribu sebulan tetapi cara penghidupannya melebihi dari pendapatan tersebut. Ini merupakan petunjuk seseorang itu terlibat dengan rasuah. Dan ini yang di maksudkan oleh Tun Mahathir.

Jika kehidupan mereka itu mewah bersesuaian dengan kemampuanya hasil dari titik peluh (jumlah pendapatan), sudah pasti mahkamah tidak akan menggangapnya sebagai rasuah. Saya rasa kanak kanak sekolah rendah dapat berpikir lebih baik dari Salleh Keruak.

Mana mana insan yang meletakkan akal di lutut maka hasilnya seperti yang dilakukan oleh Salleh Keruak.

(Fb : Perjuangan Belum Selesai)

No comments:

Post a Comment