Monday 9 November 2015

Berita Harian Singapura Anti Mahathir


Berita Harian Singapura (BHS) melaporkan, “Mahathir  membisu di soal polis”(Sabtu 7 November 2015)

Sewaktu pemerintahan Dr Mahathir, Singapura dibawah kepimpinan Lee Kuan Yew,hubungan kedua negara ( Malaysia dan Singapura)  tidak pernah baik dalam erti kata yang sebenarnya.

Jika di bandingkan sekarang ini, tidak sebaik antara Lee Hsein Loong, PM Singapura dan Datuk Seri Najib Abdul Razak, sehingga Datuk Seri Najib menyerahkan tanah KTMB kepada Singapura. Rakyat Malaysia melihat bagaimana KTM di halau keluar dari Singapura, seperti Israel menghalau Palestin dari negara sendiri.

Rancangan membina jambatan bengkok menemui kegagalan kerana Singapura tidak bersetuju dengan pembinaan jembatan tersebut walaupun di bina diatas tapak tanah negara sendiri. Apakah Malaysia di bawah penjajahan Singapura sehingga hendak membina jembatan di atas tapak tanah sendiri pun mesti mendapat persetujuan dari Singapura?

Mengikut Kamus Dewan, “bisu” membawa pengertian, ‘tidak dapat bercakap (kerana rosak alat pertuturan atau kerana tuli sejak lahir), kelu, gagu; -tuli bisu dan tuli.

Dengan menyatakan Tun Mahathir sebagai ‘bisu’ jelas berita harian singapura tidak mempunyai rasa hormat terhadap Tun Dr Mahathir. Ini menggambarkan  sikap biadap dan kurang ajar. Tidak mempunyai atau menunjukan etika kewartawanan.

Dengan laporan tersebut dapat mentafsirkan walaupun Lee Kuan Yew telah mati tetapi rohnya masih berlegar di berita harian singapura untuk meneruskan misi kebencian terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Oleh kerana berkiblatkan kebencian terhadap Tun Dr Mahathir, akhbar tersebut gagal untuk menerangkan kepada pembacanya bahawa semasa pihak polis merakamkan kenyataan Tun Mahathir, terdapat tiga peguam bersama beliau. Dr Mahathir telah memberikan sepenuh kerjasama. Dr Mahathir tidak menjawab beberapa soalan yang di kemukakan oleh pihak polis atas nasihat oleh peguam beliau.

Ingin di ulangi di sini bahawa Dr Mahathir tidak menjawab beberapa soalan selepas dinasihatkan oleh para peguam beliau. Bukan seperti apa yang yang laporkan oleh berita harian singapura “sebagai bisu atau membisu”.

Berpandukan kepada perkataan yang di gunakan oleh akhbar tersebut “membisu” atau m”bisu” maka timbul pertanyaan,  “sebenarnya siapa yang bisu, tuli dan pekak?” Tidak kah berita harian singapura itu sendiri dan para anggota parlimen berbangsa Melayu negara pulau itu?  Lihat nasib dan keadaan orang Melayu di sana? Apakah mereka terutama sekali BHS bersuara (tidak bisu, tidak pekak dan tidak tuli) mengenai Perlembagaan Akta 152 Singapura? Isu tudung dimana pemerintah PAP melarang wanita muslim untuk memakai ketika menjalankan tugas? Layanan kelas tiga keatas orang Melayu yang mana di akui oleh Perlembagaan Singapura Akta 152 sebagai anak bumiputera?

Dengan kemasukan ramainya warga negara asing ke negara pulau tersebut, apakah status orang melayu di sana? Apakah dari kelas tiga akan jatuh terendah menjadi kelas empat atau lima?


Sebagai seorang manusia kita harus menghormati orang lain jika diri sendiri ingin di hormati. 

No comments:

Post a Comment