Monday 30 November 2015

Apa Kelayakan Salleh Keruak sebagai Menteri



Sebelum Datuk Seri Najib Abdul Razak melantik Datuk Seri Salleh Said Keruak sebagai Menteri beliau hanya merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.

Semasa menjadi Speaker Dun Negeri Sabah, beliau rajin membuat kritikan terhadap Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bilamana Tun Mahathir membidas Najib. Ini jarang kita lihat dalam sejarah politik negara dan juga politik dunia dimana seorang negawaran yang telah membangunkan parti dan negara tidak di hormati dan budi jasanya tidak di kenang.

Bangsa Cina kerap menerima bidasan dari kita ( masyarakat dan pemimpin Melayu) tetapi mereka tidak mengamalkan sikap tidak menghargai dan rasa tidak mengenang jasa seseorang terutama sekali pemimpin Negara.

Misalnya di Singapura. Mendiang Lee Kuan Yew telah membangunkan Singapura dengan pesatnya walaupun beberapa pemimpin parti beliau sendiri dan pihak lawan terpaksa di “korbankan”  atau di jadikan “kambing hitam” dalam membangunkan dan mempertahankan kemakmuran dan keamanan negeri pulau itu yang selama ini telah di perjuangkan.

Tidak semua rakyat Cina Singapura yang menyokong Lee Kuan Yew. Tetapi kepada yang tidak menyokong Lee Kuan Yew, mereka tidak bertindak seperti orang Melayu Malaysia yang tidak sukakan Tun Mahathir yang telah membangunkan parti dan negara selama 22 tahun. Setiap rakyat Singapura tidak kira bangsa dan agama menolak pemimpin yang rasuah dan tidak jujur.

Sebagai Speaker Dun Negeri sudah pasti Salleh Keruak mempunyai masa yang begitu banyak kerana sebagai speaker Dun tidak banyak masalah (mungkin tidak ada masalah langsung) yang perlu di tangani setiap hari. Ini kerana tugas sebagai Speaker tidak begitu penting seperti Adun yang memegang portfolio dalam negeri. Boleh dikatakan seperti ‘makan gaji buta’.

Ketika berada di Sabah, Salleh Keruak melihat dirinya sebagai cerdik dan berpendapat bahawa ‘serangan’ oleh mantan perdana menteri, Tun Mahathir terhadap Najib tidak di tangani oleh menteri yang ada di Kuala Lumpur selain rakan sejawatnya Datuk Rahman Dhalan juga dari Sabah. Mungkin mengikutnya Datuk Abdul Rahman Dahlan (Kota Belut)  tidak efektif dan tidak membawa kesan.

Dengan masa yang begitu banyak ada pada beliau ( Salleh Keruak) setiap kritikan Tun Dr Mahathir di jawabnya dengan kadar segera walaupun kelihatan jawapan Salleh Keruak dilihat sebagai “political joker” atau “lawak politik”.

Melihat kesungguhan Salleh Keruak, maka Najib tersangat memerlukan “pegawai perisai” dari serangan Tun Mahathir, Lantas Najib mengambil keputusan dan mengambil Salleh Keruak dari Sabah ke Kuala Lumpur. Sesuai dengan harapan Najib untuk menjadikan Salleh Keruak sebagai “defender”, maka Najib melantik Salleh Keruak sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Kementerian tersebut menguasai semua media antara lain TV dan media cetak. Salleh Keruak menguasai kementerian tersebut dan bebas untuk mengarahkan apa sahaja jenis berita untuk di siarkan melalui TV atau media cetak dan sebagainya tanpa tapisan. Secara tidak langsung bertindak sebagai menteri publisiti kepada Najib.

Jika dilihat, dari hari pertama parlimen bersidang, tidak kelihatan Salleh Keruak sebagai Menteri menjawab soalan yang dikemukakan di parlimen. Hanya Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia sahaja yang menjawab. Menteri hanya menjawab jawapan bertulis. Kemungkinan jawapan bertulis juga di sediakan oleh para pegawai dari kementeriannya. Kemungkinan Salleh Keruak sendiri tidak mengetahui apa yang berlaku di semenanjung.

Justeru, apakah tugas yang dilakukan oleh Menteri yang berkenaan? Tugas utama Menteri tersebut hanya menjawab segala kritikan dan menyerang Tun Mahathir. Tidak perlu kisah apa yang di katakan oleh rakyat asalkan mendapat gaji lumayan dan kedudukan terbaik. Maka itu bilamana Tun Mahathir membuat kritikan terhadap Najib, beliau sangat cepat dan pantas memberikan komennya.

Ada rakyat Sabah menyatakan kepada saya bahawa beliau malu sebagai rakyat Sabah. Beliau menyatakan bahawa beliau belum lihat Salleh Keruak punya pemikiran yang tulin. Semacamnya ia kehendak rakyat Sabah ia punya minda yang terlalu cerdik.

 

 

No comments:

Post a Comment