Tuesday 29 September 2015

Tolak Najib tidak bererti tolak BN/UMNO


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, “Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berhak menuntut Datuk Seri Najib Abdul Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri (PM) kerana pemilihan beliau dibuat oleh rakyat yang mengundinya pada pilihan raya yang lalu”.

Oleh kerana Salleh Kluwak terlalu taksub dan pengampu kepada Najib, maka Salleh Keruak lupa bahawa rakyat mengundi Barisan Nasional dan rakyat mengundi BN/UMNO bukan Najib. Hanya penduduk di Pekan sahaja yang mengundi Najib. Barisan Nasional/UMNO bukan Najib dan begitu juga sebaliknya Najib bukan Barisan Nasional/UMNO. Jika Najib meletakkan jawatan, BN/UMNO masih berkuasa.

Jika rakyat menolak Najib tidak bermakna rakyat menolak BN/UMNO. Tetapi jika desakan rakyat supaya Najib meletakkan jawatan diabaikan sehingga pilihan raya yang akan datang maka dalam PRU 14, rakyat akan menolak BN/UMNO dan bukan setakat Najib sahaja. Akhirnya BN/UMNO beserta Najib akan tersungkur ke bumi.

Salleh Keruk seharusnya menyedari bahawa pucuk kepimpinan UMNO/Barisan Nasional yang memilih Najib sebagai Perdana Menteri. Rakyat tidak memilih Najib sebagai Perdana Menteri. Maka itu sesiapa sahaja termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad berhak mendesak Datuk Seri Najib Abdul Razak meletakkan jawatan atas beberapa skandal yang melibatkan Najib dan keluarganya. Demi bangsa, agama dan negara maka setiap rakyat mempunyai hak untuk mendesak Najib meletakkan jawatan termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri.

Sama keadaannya dengan Datuk Seri Salleh Keruak. Tidak ada sesiapa yang berhak untuk mendesak Salleh Keruak meletakkan jawatan sebagai ADUN Usukan, Kota Belud kerana penduduk di Usukan, Kota Belut yang mengundi Najib dalam pilihan raya yang lalu.

Tetapi rakyat mempunyai hak menuntut beliau melatakkan jawatan sebagai Menteri atas sebab tertentu kerana beliau tidak di lantik oleh rakyat sebagai Menteri dalam pilihan raya yang lalu. The bottom line “The Peoples Power”.


Rakyat menyedari bahawa tugas Salleh Keruak adalah untuk menyerang Tun Mahathir kerana itu Salleh Keruak di pimpin oleh Najib dari Sabah untuk ke Kuala Lumpur serta dilantiknya sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam usaha membuat serangan terhadap Tun Mahathir. Najib bertindak bijak dengan melantik Salleh Keruak sebagai Menteri yang bertanggungjawab kepada stesen TV/Radio bahkan media cetak. Ini kerana Salleh Kluwak mempunyai kuasa penuh untuk meneruskan serangan terhadap Tun Mahathir menerusi media yang di sebutkan tadi supaya dapat di dengari oleh rakyat dan diharapkan dapat mempengaruhi rakyat. 

Wednesday 23 September 2015

Siapa Sebenarnya Munafik ?


Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Said Keruak dalam blognya telah menulis dan menimbulkan pertanyaan mengapa Tun Dr Mahathir tidak menyaman bekas editor Wall Street Journal (WSJ) dimana beliau mendakwa mantan perdana menteri itu telah membazirkan begitu banyak semasa pemerintahannya. ( New Straits Times, 23 Sep 2015 -"Salleh accuses Dr M of Hypocrisy")

Hari ini seluruh rakyat Malaysia mempersoalkan kenapa Najib tidak menyaman WSJ, kini buah kluwak dari Sabah cuba memesongkan pemikiran rakyat ke sudut lain pulak. Tetapi rakyat Malaysia tidak bodoh sepertimana yang disangkakan.

Ini merupakan tulisan/pertanyaan yang sangat lucu dari seorang Menteri dari Sabah. Rakyat mengetahui ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau telah melantik Salleh Keruak sebagai Ketua Menteri Sabah. Jika Salleh Keruak sependapat dengan Editor (ketika itu) WSJ, mengapa beliau tidak menyoal dan meminta Tun Mahathir agar menyaman WSJ? Mengapa sekarang ini pulak? Sekarang ini apa yang harus dilakukan oleh Salleh Keruak adalah mendesak Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menyaman WSJ dimana PM sendiri telah menyatakan persetujuan untuk menyaman WSJ?? Kenapa sehingga sekarang ini “bayangan”saman pun tidak kelihatan.

Kemungkinan di sebabkan mementingkan “politik perut” maka Salleh Keruak tidak ada keberanian untuk mendesak/bertanya PM Najib sepertimana beliau tidak punya keberanian menanyakan kepada Tun Mahathir  (ketika menjadi PM) seperti isu yang di timbulkan dalam blognya.

Kini beliau berani mempersoalkan Tun Mahathir kerana sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri. Dalam usaha “membalas budi” kepada Najib kerana melantik beliau sebagai Menteri ( daripada seorang Speaker DUN) beliau secara tidak disedari menunjukan kebaculannya dan mempersoalkan Tun Mahathir.


Sangat malang bagi Malaysia, kerana di Sabah ramai lagi orang Sabah yang berani menegakkan kebenaran tanpa mementingkan diri sendiri atau memperjuangkan “politik perut” tidak seperti Datuk Seri Salleh Said Keruak dimana kebolehannya hanya “menyipas”. 

Friday 4 September 2015

KENAPA TUN MAHATHIR? TIDAK PM? TIDAK ROSMAH MANSOR? TIDAK RIZA AZIZ & TIDAK JHO LOW?



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata bahawa Mantan Perdana Menteri berdepan siasatan polis mengikut Seksyen 500, Kanun Keseksaan. Tun Dr Mahathir akan di siasat kononnya mengeluarkan kenyataan berbau fitnah. Kenyataan Tun Mahathir akan di ambil sekembalinya dari luar Negara.

Persoalannya kenapa Tun Mahathir di siasat? Kenapa tidak Najib? Kenapa tidak Rosmah Mansor, Kenapa tidak Riza Aziz, Kenapa tidak Jho Low?

Tun Mahathir akan di siasat kononnya berucapan berbau fitnah? Berucap berbau fitnah?  Lim Kit Siang berulang kali mengeluarkan kenyataan fitnah? Pemimpin PKR berulang kali mengeluarkan kenyataan fitnah, begitu juga pemimpin PAS dan DAP. Kenapa tidak di panggil dan mengapa tidak ada tindakan di ambil. KENAPA TUN DR MAHATHIR?

Apabila pemimpin dalam UMNO dan BN tidak berani untuk bersuara demi untuk bangsa, agama dan tanah air diatas tertentu, maka Tun Mahathir yang mengambil berat masa depan bangsa, agama dan tanah air dan BERSUARA.

Jika Tun Dr Mahathir cepat di ambil tindakan. Mengapa sehingga hari ini tidak diambil tindakan terhadap pengkhianat Negara apa yang berlaku di Sabah? Kini kenapa pulak Tun Dr Mahathir?

Tun Dr Mahathir tidak gentar untuk membuat kenyataan. Tetapi selepas kenyataan Dr Mahathir di rakamkan , kemana perginya kenyataan yang di buat? Apa kesudahannya? Hanya simpan kenyataan tersebut di perpustakaan atau di muzium? Apakah pihak PDRM berani berjanji bahawa segala yang di rakam dari kenyataan Tun Mahathir jika terdapat ada perkara yang kaitan dengan tugas polis, maka PDRM akan bertindak tanpa takut? Apakah pihak SPRM akan bertindak jika ada elemen rasuah yang akan di nyatakan oleh Dr Mahathir jika melibatkan Perdana Menteri dan individu tertentu, tidak kisah ‘orang besar ‘atau ‘orang kecil’???.


Saya yakin dan percaya Tun Dr Mahathir akan memberikan kerjasama kepada pihak PDRM tetapi pihak PDRM dan SPRM harus menegakkan RULE OF LAW bukannya Undang undang Rimba.

Tuesday 1 September 2015

Dr Mahathir berkempen untuk BN di Perhimpunan BERSIH



Kerana taksub kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak, terdapat ada golongan (termasuk Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak)  menyatakan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad bersekongkol dengan DAP untuk menghancurkan UMNO apabila Tun Mahathir menghadiri Perhimpunan BERSIH 4.0.

Bagi Said Kluwak, kemungkinan ingin membalas budi Najib kerana menaikkan pangkat dari Speaker kepada jawatan Menteri. Tetapi yakin dan percaya jika Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri atau tidak lagi berkuasa, maka Said Kluwak akan tidak lagi sehaluan dengan Najib. Ini merupakan satu kenyataan dimana ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, Said Kluwak di lantik sebagai Ketua Menteri Sabah. Ketika Said Kluwak mengampu dan menjilat Dr Mahathir dengan hebatnya. Said Kluwak lupa tanpa pertolongan dan usaha Dr Mahathir, tidak siapa yang mengetahui beliau. Jika itu berlaku diatas dirinya, maka keadaan beliau sama seperti “buah kluwak”di pasar.

Dalam ucapan Tun Mahathir dihadapan ribuan peserta BERSIH dimana majoritinya terdiri dari penyokong pembangkang, Tun Mahathir tetap mahu BN kekal sebagai Kerajaan pada PRU 14. Dengan nada yang berseloroh, Tun Mahathir menyatakan, anda juga menang, kerana Najib bukan lagi PM ketika itu..

Ucapan Tun Mahathir  itu di sambut dengan tepukan bergemuruh dari ribuan peserta perhimpunan dan sambil melaungankan ‘UNDUR NAJIB’. Keadaan ini telah mengamatkan suasana. Para pemimpin BN/UMNO (terutama Said Kluwak- buah kluwak dari Sabah) seharusnya memberikan penghargaan kepada Tun Mahathir, kerana dengan berani berkempen untuk BN didepan ribuan para peserta BERSIH. Kehadiran Tun Mahathir bukan memberi sokongan kepada BERSIH, tetapi menghargai majoriti rakyat yang mahukan Najib berundur segera.
Tun Mahathir menyokong rakyat yang mahu tolak Najib, bukan sokong BERSIH. Ini Tun Mahathir buktikan apa yang beliau katakan ketika di Majlis Bicara Negarawan di Pasir Gudang, Johor.

Kita tahu BERSIH 4.0 anjuran Pembangkang, tetapi dengan kehadiran Tun Mahathir disana telah meng “hijack” BERSIH sehingga membuatkan Lim Kit Siang, Wan Azizah, Mat Sabu dan pemimpin pembangkang yang lain kehilangan akal tak tahu nak sokong atau tidak. Betapa cerdiknya Tun Mahathir mengambil kesempatan keatas BERSIH 4.

Bayangkan jika Tun Mahathir tidak hadir, ke Perhimpunan BERSIH, ianya tetap diadakan dan di jalankan dan besar kemungkinan pemimpin pembangkang akan menjadinya sebagai platform untuk menghasut rakyat seperti mana Anwar Ibrahim menghasut sehingga para peserta mengganas dan merosak harta benda awam.  

Hasrat Tun Mahathir untuk mendesak Najib berundur sangat jelas maka Tun Mahathir menjadikan platform BERSIH 4.0 untuk merealisasikan hasratnya itu setelah segala saluran baik telah dihalang oleh Najib. Malaysia dibawah kepimpinan Najib merupakan satu pemerintah kuku besi seperti pemerintahan kuku besi zaman Lee Kuan Yew Singapura.