Monday 27 February 2017

Mahathir Tidak Gentar Hadapi Otai Reformasi





1.Ramai peserta di Konvensyen Reformasi tidak menyangkakan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan menghadiri konvensyen tersebut. Konvensyen itu telah dianjur oleh NGO Otai Reformasi  bagi menuntut pembebasan Anwar Ibrahim yang sekarang berada di Sungei Buloh.

2.Walaupun mereka mengundang Tun Mahathir untuk menghadiri konvensyen itu tetapi mereka tidak menyangkakan bahawa Tun Mahathir mempunyai keberanian untuk berdepan dengan mereka.

3.Para otai reformasi berpendapat Tun Dr Mahathir akan “melarikan/sembunyikan diri” seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak. Kemungkinan mereka berpendapat mana mungkin Tun Mahathir begitu berani untuk datang “ke tempat” mereka.

4.Para macai dan pembodek Najib pula menyiarkan artikel kononnya para otai memaki hamun Tun Mahathir. Mereka juga mengeluarkan posting kononnya Tun Mahathir tidak di undang ke konvensyen tersebut. Ada antaranya kononnya bersimpati terhadap Tun M kerana layanan yang diterimanya.

5.Jika mereka dengan jujur bersimpati terhadap Tun Mahathir, kenapa berdiam diri bilamana TV3 menyerang dan menghina Tun Mahathir hampir setiap malam?

6.Jika ketua mereka pintar bermain sandiwara menipu dan berbohong begitu juga para macai dan pemakan dedak. Ini tipu muslihat para macai dan pembodek kepada President dan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

7.Seperti pahlawan Melayu Tun Mahathir telah “menyerang kubu” (konvensyen reformasi) mereka. Tun Mahathir memandu sendiri kenderaannya untuk menghadiri konvensyen tersebut. Tun Mahathir tidak punyai kereta polis yang banyak dan rider yang begitu ramai untuk mengiringi beliau ke “kubu” mereka. Tun Mahathir hanya membekalkan semangat yang berani atas kalimah kebenaran bagi menghadapi otai reformasi dimana Tun sendiri mengetahui mereka tidak menyokong dan menyukai dirinya.

8.Apabila Tun Mahathir memasuki dewan kedengaran para otai reformasi terpekik terlolong seperti kena polong. Tapi ahkirnya mereka menyokong dan gembira dengan kedatangan Tun Mahathir dan ucapan Tun Mahathir seakan telah “memukau” para otai yang pada mulanya terkekik terlolong itu.

9.Para macai dan pembodek Najib pada mulanya merasa sangat gembira apabila Tun Mahathir menerima layanan “pekikkan lolongan serta laungan Maha firaun” daripada para otai reformasi. Tetapi akhirnya membisu seribu kata bilamana setelah mendengar ucapan Tun Mahathir para otai reformasi memihak kepada Tun Mahathir untuk tumbangkan Barisan Nasional.

10.Akhirnya mereka melaungkan REFORMASI, HIDUP MAHATHIR.

Wednesday 22 February 2017

Mahathir : Dulu Harimau kini KUCING ASIA


Dilaporkan bahawa Perdana Menteri Malaysia, DatuK Seri Najib Tun Abdul Razak menyatakan bahawa  Malaysia tidak akan menjadi ‘kuda tunggangan’ kepada mana mana negara.  

Kenyataan ini dibuat berdasarkan kepada sidang akhbar yang diadakan di Kuala Lumpur dimana Duta Korea Utara menyatakan tidak yakin dengan siasatan yang di jalankan oleh pasukan polis Malaysia dan menimbulkan kemungkinan wujud tangan lain disebalik siasatan. Perdana Menteri Najib kemudian menyatakan Duta yang berkenaan membuat “kenyataan diplomatik biadap”.

Nampaknya PM Najib marah tetapi beliau harus mencermin diri sendiri. Beliau harus mengkaji mengapa Duta Korea Utara menghina kepimpinan beliau dimana memalukan negara Malaysia, Negara sudah pun di malukan oleh perdana menterinya sendiri. Jika perdana menteri sendiri berkelakuan memalukan negara, apakah lagi "orang luar".

Dahulu Malaysia di hormati dan disegani oleh pemimpin dan masyarakat dunia. Sepertimana kata Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa dulu pemimpin dan masyarakat dunia melihat Malaysia sebagai Harimau tetapi dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib bertukar sebagai kucing Asia. Bahkan bukan itu sahaja bahkan negara mempunyai pemimpin yang mengamalkan rasuah.

Keadaan lebih parah bilamana Perdana Menteri/Presiden UMNO/BN terlibat dengan skandal 1MDB. Tiada tindakan undang undang diambil oleh pihak tertentu di Malaysia. Apa yang dilakukan oleh pihak tertentu di Malaysia tidak mencerminkan ketulusan dan kejujuran bahkan melindungi dan mempertahankan pemimpin KLEPTOKRASI. Dunia melihat apa yang telah di lakukan oleh Najib kepada Polis, Peguam Negara dan sebagainya telah menimbulkan ketidak kepercayaan terhadap Rejim Najib.


Busuknya ikan bermula dari kepala. Jika kepala telah menjadi busuk maka segalanya akan menjadi busuk dan berbau.

Monday 20 February 2017

Mahathir : Himpunan Akta 355 Bermotif Politik


Pada kali pertama Haji Hadi Awang membawa usul Persendirian berkaitan Rang Undang Undang Akta 355 di parlimen beliau hanya membaca tajuknya sahaja.

Pada kali kedua, Haji Hadi Awang hanya mengambil masa kurang tiga minit dengan menyatakan “Oleh kerana ramai yang tak faham usul ini, saya akan huraikan pada sesi parlimen akan datang”.

Setelah itu Haji Awang membawa usul RUU Akta 355 ke perhimpunan jalanan di Padang Merbok. Memandangkan UMNO/BN kini sudah tidak lagi di terima rakyat maka Pas mengajak UMNO/BN bersamanya membawa isu agama ke perhimpunan jalanan di Padang Merbok dalam usaha mendapatkan sokongan dan kepercayaan dari rakyat. Perhimpunan anjuran PAS itu di hadiri oleh Senior Minister dari BN. Satu permainan politik yang teratur dan licin.

Ada menyuarakan kehairanan mereka bagaimana Menteri parti yang memerintah terlibat dengan himpunan jalanan. Apakah isu yang melibatkan agama suci seperti agama Islam, tempatnya perbincangannya di jalanan? Apakah mereka terlalu banyak memakan dedak sehingga tidak dapat berfikir dengan waras termasuk Haji Awang dan pemimpin parti yang berkenaan kononnya parti Islam. Mengapa tidak membincangkan di parlimen?

Benar, sepertimana dikatakan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Perhimpunan Rang Undang Undang (RUU) yang di anjurkan oleh PAS yang bersengkongkol dengan UMNO/BN bermotifkan politik.

Seperkara lagi harus di ingat jika perhimpunan tersebut tidak bermotifkan politik maka tidak akan ada elemen cacian sesama Islam walaupun berlainan parti. Ini jelas dalam usaha mereka untuk "membeli hati" orang Melayu/Islam Malaysia. (Lihat foto diatas).

Setiap menjelangnya hari raya, kita akan kedengaran lagu Hari Raya di radio dan TV. Tidak terkecuali apabila menjelangnya pilihan raya.

Menjelangnya pilihan raya misalnya PRU13, PAS telah melaungkan lagu HUDUD untuk mendapatkan sokongan. Kali ini oleh kerana PAS menyokong UMNO/BN maka lagu yang di laungkan oleh kedua buah parti ini  adalah RUU355.

Rakyat Malaysia terutama sekali bangsa Melayu jangan jadi seperti Tipah Tertipu.