Monday 10 October 2016

Pakatan Pembangkang Wajib Bersatu

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengingatkan pakatan pembangkang bahawa bukan mudah untuk mengalahkan BN jika mereka tidak bersatu padu.

Saya merasakan adalah tersangat penting bagi pemimpin pakatan pembangkang memandang sirius kenyataan mantan Presiden BN/UMNO dan juga Perdana Menteri selama 22 tahun itu. Sudah semestinya selama 22 tahun Tun Mahathir telah memimpin BN dan memenangi setiap PRU dan memenangi 2/3 kerusi parlimen. Kita jangan lupa bahawa Tun Mahathir mengetahui rahsia kemenangan BN/Umno.
Menurut Tun Dr Mahathir bahawa parti pembangkan sering mementingkan parti masing masing manakala gabungan 14 komponen BN saling membantu semasa pilihan raya umum (PRU).

Jika dipikirkan perpaduan semasa parti pembangkang amat penting untuk menumbangkan BN. Tanpa perpaduan yang gitu, rakyat Malaysia yang mengharapkan untuk menukar kerajaan tidak akan tercapai. Pembangkang tetap menjadi pembangkang sehingga dunia kiamat. Jika ini berlaku negara akan hancur.

Saya ingin memberikan satu lagi contoh negara jiran Singapura. Disana parti pembangkang tidak dapat menumbangkan parti yang memerintah walaupun pembangkang meletakkan calon yang berpendidikan tinggi dan berintegriti.

Mereka gagal menumbangkan parti yang memerintah dan gagal menafikan PAP mendapat 2/3 kerusi pada setiap pilihan raya umum. Kepimpinan parti yang memerintah telah menggunakan segala kelemahan yang terbit dikalangan parti pembangkang dalam usaha memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaan. Parti PAP mengetahui bahawa parti pembangkang di sana tidak bersatu dan hanya mementingkan parti masing masing ( seperti keadaannya pembangkang di Malaysia).

Dalam pilihan raya di Singapura, masing masing parti menggunakan simbol masing masing dan pembangkang gagal untuk mengadakan satu manifesto. Tidak ada satu gagasan dikalangan parti pembangkang. Mereka tidak dapat bersatu. Mereka tidak seirama dan tidak ada rentak yang sama. Dalam pilihan raya di Singapura, terdapat ada kawasan terjadinya pertandingan tiga penjuru.

Pilihan raya yang lalu di sana dapat melihat pada setiap rapat umum pembangkang maka ratusan yang datang hadir untuk mendengar ceramah tetapi apabila hari mengundi, mereka tidak memberikan undi kepada pembangkang dan calon pembangkang tewas. Semasa kempen rumah ke rumah rakyat Singapura memberikan keyakinan kepada calon dari parti pembangkang tetapi pada hari mengundi mereka tidak memberikan sokongan (undi) kepada mereka (pembangkang)

Kami mengharapkan kepada pemimpin pembangkang supaya mendengar pandangan Tun Mahathir dalam usaha menumbangkan kerajaan BN dalam usaha menyelamatkan Malaysia.

Pemimpin pembangkang harus menetapkan agenda dan tanamkan inspirasi untuk menumbangkan kerajaan BN dalam usaha menyelamatkan Malaysia. Ketepikan sikap kepartian masing masing dan bertekad memperkukuhkan perpaduan dikalangan pakatan pembangkang.

Kepada parti PAS, kami ingin menasihatkan jangan terlalu ego dan sombong. PAS hanya akan merosakan undi jika bertanding sendirian tanpa bersatu dengan parti parti yang lain.

Parti itu harus ingat bahawa mereka memerlukan undi bukan Melayu jika mahu menang pada setiap piliharan raya.. Jika hanya mengharapkan undi dan sokongan orang Melayu/Islam jangan mimpi PAS akan berjaya. Ini kerana oang Melayu/Islam telah berpecah kepada, UMNO, Bersatu, PKR, Amanah dan yang ada Melayu/Islam juga telah memberikan sokongan kepada DAP. Kemungkinan besar jika PAS bertanding bersendirian calon parti tersebut akan kehilangan wang taruhan (deposit).

Kepimpinan PAS harus ingat bahawa perjuangan PPBM (BERSATU) mirip dan telah menggantikan UMNO. Dengan keadaan politik negara hari ini, Tuan Haji Hadi jangan bermimpi bahawa ahli UMNO akan memberikan sokongan kepada beliau dan PAS. Ini kerana mereka (ahli UMNO) menyandarkan kejayaan Tun Mahathir dan terus memberikan sokongan kepada beliau. Jika PAS bertanding sendirian akan mengguntungkan BN dan PAS menikam diri sendiri.


No comments:

Post a Comment