Monday 24 October 2016

Makan dedak ada kesan sampingan



Kemana sahaja Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berada beliau akan disambut penuh mesra bukan sahaja dari kalangan rakyat Malaysia bahkan  pemimpin dan masyarakat antarabangsa.

Di Malaysia, tidak mengambil kira agama dan keturuan, mereka ketika bertemu Tun Mahathir akan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Tun Mahathir tanda hormat dan penghargaan. Begitu juga bagi rakyat bukan Melayu Malaysia dan masyarakat serta pemimpin dunia. Bahkan ada yang memeluk dan mencium pipi Tun Mahathir. Ini tanda mereka menghormati Tun Mahathir atas jasa beliau yang begitu besar bukan sahaja kepada negara, tetapi kepada bangsa dan agama. Mereka juga menghormati kejujuran Tun Mahathir dalam mentadbir negara dan membela masyarakat Islam sedunia terutama di Palestin. Ini dapat kita saksikan di Masjid Negara pada setiap hari Jumaat selepas sholat (jika Tun Mahathir berada di Kuala Lumpur). Disana (Masjid Negara) bukan sahaja rakyat Malaysia bersalaman dengan Tun Mahathir bahkan rakyat asing yang bersholat di sana. Bahkan mereka bergambar bersama Tun Mahathir.

Tun Mahathir telah mentadbirkan dan memakmurkan negara selama 22 tahun. Bukan sahaja negara tetapi kepada parti UMNO. Bilamana UMNO yang di tubuhkan di Johor pada tahun 1946 diharamkan, Tun Mahathir telah menubuhkan/mengasaskan UMNO Baru yang hidup/aktif sehingga hari ini. Kita harus menerima hakikat bahawa UMNO hari ini merupakan antara legasi Tun Mahathir. Maka itu jika ada suara sumbang untuk merobohkan legasi Tun Mahathir iainya bukan setakat KLCC, Putrajaya/Cyerjaya, bangunan, Lebuh Raya, KLIA dan sebagainya tetapi hendaklah menghapuskan UMNO juga termasuk PWTC.

Jika ada antara pemimpin negara yang terlalu membenci Tun Mahathir, maka perpindahlah pejabat dan tempat kediaman kamu di Putrajaya ke tempat lain. Mungkin berpindah di Zoo Negara atau Batu Caves.

Bagi rakyat luar negara, tidak mengambil kira warna kulit, kewarganegaraan mana, tidak kira agama apa, tidak mengambil kira kepercayaan mana pun, tetap memberikan sokongan dan sayang kepada Tun Mahathir. Kita dapat melihat setelah diviral di social media, peristiwa pada jumat lalu, 21 Oktober 2016 di Masjid Negara selepas sholat jumaat. Sekumpulan warga dari timur tengah telah menunggu Tun Mahathir di pintu keluar masjid. Mereka memberikan salam, bersalaman sambil memeluk Tun Mahathir dan mendoakan agar Allah memberikan kesihatan dan panjangkan umur Tun Mahathir. Bukan setakat itu sahaja mereka telah melahirkan rasa sayang terhadap Tun Mahathir. Mereka ini tidak di upah oleh Tun Mahathir untuk “berlakun” berbuat begitu.

Pemakan dedak tidak mahu bersalaman dengan Tun Mahathir. Almarhum Harun Din bila berjumpa Tun Mahathir di Masjid Negara bersalaman dan memelok Tun Mahathir. Jika hendak di bandingkan Jamal dengan Harun Din berbezaannya antara langit dan bumi. Pemimpin yang bermoral tinggi dan tahu ajaran agama akan berkelakuan sangat berbeza dengan samseng. Ini tidak dapat di nafikan. Orang yang beriman akan bersalaman penuh kemesraan sesame Islam (walaupun berlainan kepercayaan politik) tetapi mereka yang jahil agama dan kurang mendapat didikan agama akan “meludah tangan” orang Islam yang lain.

Kita tidak dapat menafikan bahawa ada rakyat Malaysia tidak seperti rakyat asing yang tidak tahu mengenang jasa seseorang insan. Sebagai contoh, Jamal Al Tongkol dan ramai lagi mereka sewaktu dengannya. Faktor yang memungkinan beliau menjadi seperti begitu adalah kerana DEDAK. Tun Mahathir pernah menyatakan bahawa ahli dan pemimpin UMNO makan dedak sudah menjadi bisu, pekak dan buta. Dedak yang di suap oleh Najib Abdul Razak.

Rupanya memakan terlalu banyak dedak ada kesan sampingan. Mereka yang memakan terlalu banyak dedak otaknya akan menjadi sewel ( tidak sampai ke tahap gila ) dan mulut pula berbau busuk seperti longkang. Ada menyatakan berbau seperti jamban.
Lihat bagaimana seorang bergelar Datuk berkelakuan kurang ajar, biadap dimana kemungkinan tidak mendapat didikan dari mak ayahnya supaya menjadi seorang manusia yang beradap dan bersopan serta tahu mengenang budi seseorang orang yang pernah berjasa kepada negara, bangsa dan agama. Keadaan bertambah teruk apabila mulutnya di suap dengan dedak. Bilamana dedak di suap kedalam mulut maka mulut akan berbau seperti baunya longkang. Ada netizen menyatakan mulutnya seperti jamban.

Dahulu pun Tun Mahathir tidak meminta Jamal mencium tangan beliau. Siapa yang menyuruh Jamal mencium tangan Tun Mahathir? Tahukah Jamal ada jutaan rakyat yang menanti saat dan ketika untuk bersalaman dengan Tun Mahathir? Kelakuan Jamal seperti orang sasau dan sewel. Tun Mahathir (saya percaya) juga tidak mahu mengotorkan tangan beliau dengan bersalaman dengan Jamal. Mana mungkin Tun Mahathir boleh dekati orang yang mempunyai mulut busuk berbau longkang/ jamban?? Saya rasa pengawal (body guard) Tun Mahathir pun akan lari tidak tahan menyedut bau longkang/jamban jika Jamal Al Tongkol menghampiri Tun Mahathir. 
Kepada Jamal Al Tongkol, percaya dan yakin lah, Tun Mahathir seorang yang mulia dan jujur dalam apapun yang dilakukannya. Tun Mahathir tidak seperti apa yang kamu dan yang lain melemparkan tuduhan terhadapnya. Hendak berpolitik janganlah bersikap seperti haiwan tanpa menggunakan akal yang di kurniakan oleh Allah.

Saya mengenal Tun Mahathir lebih dari 22 tahun dan saya tahu beliau suka membantu mereka yang memerlukan bantuan dan meletakkan kepentingan bangsa, agama dan tanah air mengatasi kepentingan diri dan keluarga. Tun Mahathir seorang insan yang selalu menghormati dan mengingati kawan kawannya dan beliau sering mendoakan yang terbaik untuk mereka. Tun Mahathir seorang insan yang tahu mengenang jasa.
Bagi saya sejahil nya manusia adalah mereka yang tidak tahu mengenang jasa orang lain dan tidak ada sifat berterima kasih dan tidak mempunyai sifat bersyukur. Sebagai contoh Jamal Al Tongkol dan ramai lagi pemimpin UMNO hari ini.


Apa yang saya lihat selama ini kebanyakkan pemimpin UMNO seperti anjing tersepit. Apabila dilepaskan, maka anjing itu akan menyerang orang yang telah menyelamatkan mereka. Ini lah sikap kebanyakkan pemimpin UMNO dan “kenalan” dimana satu ketika dulu “kawan”  Tun Mahathir dalam UMNO. Antara lain, Salleh Keruak. Tun Mahathir mengangkat beliau sebagai Ketua Menteri Sabah, Tengku Adnan Tengku Mansor dan beberapa ekor lagi dalam kabinet Datuk Seri Najib Abdul Razak.

No comments:

Post a Comment