Tuesday 24 July 2018

Gerakan Anti Mahathir oleh Singapura



Dalam temubual dengan Bloomberg, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad membidas perjanjian air sejak tahun 1962 dan akan menilai perjanjian bekalan air dengan Singapura.

2. Antara lain Perdana Menteri Tun Mahathir menyatakan bahawa ‘’Kami perlu duduk dan berbincang dengan mereka seperti manusia yang bertamadun”.

3. Menerusi laman facebook ‘Fabrication About the PAP’- halaman parti pemerintah Singapura, Parti Tindakan Rakyat telah melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

4. Seorang anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dalam facebooknya telah mengancam nyawa Perdana Menteri. Antara lain beliau menulis, ‘ always dreamed of parachuting into Kuala Lumpur, chopping and slicing off Mahathir’s head with a rusty M16 bayonet if he cut our water supply to Singapore”. Hanya pengganas sahaja akan berbuat sedemikian.

5. Timbalan Perdana Menteri Singapura mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Mahathir dan menggunakan bahasa, “Fabrication About the PAP”. (Using the language of Fabrication About the PAP)

6. Menerusi Berita Jam 9 malam pada 15 July 2018 di TV Singapura, TPM Singapura dilaporkan sebagai berkata, “ For water we been planning for 50 years and today we continue to make preparation for 50 years ahead so that Singaporeans will never shot of water and never been threaten by anybody to cut off water to Singapore”.

7. Singapura mengetahui bahawa Istana Johor tidak begitu “ mesra ‘ dengan kerajaan yang di pimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Channelnewsasia Singapura mengambil kesempatan “menyalahkan api” kemarahan dan ketidak puasan terhadap Tun Dr Mahathir dengan menemu bual pihak Istana.

8. Niat sebenar Channelnewsasia dapat di duga ‘memainkan isu’ air agar ianya dapat memberikan tekanan kepada kerajaan Pakatan Harapan yang di ketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohmad.

9. Jika dilihat kepada kenyataan Tun Dr Mahathir, jelas Perdana Menteri tidak ada hasrat untuk memotong bekalan air ke Singapura. Apa yang di nyatakan oleh Perdana Menteri Tun Mahathir bahawa perjanjian air dengan Singapura perlu di bincangkan semula. Dengan jelas juga Perdana Menteri menyatakan bahawa ‘’Kami perlu duduk dan berbincang dengan mereka seperti manusia yang bertamadun”.

10. Setakat ini Singapura tidak menunjukkan sikap seperti  manusia yang bertamadun.

11. Dari apa yang berlaku, bermula daripada ugutan anggota Angkatan Bersenjata Singapura terhadap Perdana Menteri, posting halaman facebook PAP dan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Singapura, serta tindakan Channel News Asia dengan temubual pada isu yang sama dengan Istana Johor, merupakan satu gerakan Anti Mahathir yang di susun begitu rapi oleh PAP Singapura.

12. Kemungkinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dapat membaca ‘langkah serta sandiwara’ pemimpin PAP Singapura. Pemimpin yang berani dan wajar menangani ‘kerenah pemimpin PAP’ tidak lain, selain YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.



Wednesday 18 July 2018

Tun Dr Mahathir di nasihatkan jangan melawat Singapura



Pada temubual Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Bloomberg, beliau berkata bekalan air dengan Singapura adalah antara isu yang perlu diselesaikan dengan Singapura secara diplomatic. PM Mahathir mahu kaji perjanjian air dengan  Singapura.
2. Pada akhir June 2018, seorang anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah membuat posting di facebook. Dalam facebooknya, beliau mengancam  nyawa Perdana Menteri Malaysia. Posting tersebut telah di viralkan dengan begitu hebat sekali.
3. Antara lain beliau menulis, “ always dreamed of parachuting into Kuala Lumpur, chopping and slicing off Mahathir’s head with a rusty rife bayonet if he cut our water supply to Singapore”.
4. Bahasa Malaysia, “sentiasa bermimpi payung terjun melayari Kuala Lumpur, memotong/mencincang kepala Mahathir dengan senapang karat bayonet, jika dia (Mahathir) memotong bekalan air ke Singapura”.
5. Menerusi Berita jam 9 malam (15 July 2018) di TV Singapura, Timbalan Perdana Menteri Singapura dalam satu acara di sana menyatakan, “ For water we been planning for future for 50 years and today we continue to make preparation for 50 years ahead so that Singaporeans will never short of water and never been threaten by anybody they like to cut off the water off”.
6. Jika di lihat kepada kenyataan PM Mahathir bahawa Malaysia hanya berminat untuk mengkaji perjanjian air dengan Singapura. Tidak terdapat kenyataan PM untuk “memotong bekalan air” ke Singapura.
7. Selaku Timbalan Perdana Menteri Singapore, seharusnya beliau lebih bertanggong jawab. Beliau seharusnya meminta pihak polis negara itu supaya segera menjalankan siasatan lengkap mengenai  ‘ ugutan” tersebut.
8. Posting yang di buat dan di viralkan oleh anggota SAF itu, sangat sirius dan melibatkan keselamatan seorang perdana menteri. Posting tersebut juga menyebut “paying terjun ke Kuala Lumpur? Apa maksudnya?  Ianya satu ugutan yang sangat sirius memandangkan yang membuat ugutan itu adalah anggota SAF yang berpengalaman menangani senjata yang disebutkan. Kita juga tidak mengetahui berapa ramai lagi anggota SAF yang bersifat dan mempunyai motif seperti beliau.
9. Amat malang sekali apabila Timbalan Perdana Menteri yang berkenaan sependapat dengan anggota SAF itu iaini PM Mahathir ingin memotong bekalan air ke Singapore.
9. Sama ada mahu siasata atau sebaliknya merupakan hak Singapura, tetapi demi keselamatan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, di cadangkan agar tidak menjejakkan kaki ke Singapura demi keselamatan beliau seperti mana ugutan yang telah di viralkan.

Tuesday 17 July 2018

Apakah Setiausaha Negara, Ali Hamsa ahli UMNO?


Pada satu kenytaan yang di umumkan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa bekas peguam negara, Tan Sri Muhamad Apandi Ali di lantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

2. Bagaimana pun Tan Sri Muhamad Apandi Ali menolak pelantikan tersebut.

3. Ramai bertanya dengan pengumuman Presiden UMNO untuk melantik Apandi Ali, persoalannya “apakah semasa memegang jawatan Peguam Negara, Apandi Ali ahli UMNO?”

4. Tidak mungkin Presiden UMNO mengumumkan pelantik seseorang jika yang bersangkutan bukan ahli UMNO?

5. Dari itu, timbul persoalan, apakah Tan Sri Dato’ Seri Ali Hamsa juga ahli UMNO?

6. Jika beliau ahli UMNO apakah beliau dapat memberikan kerjasama dan taat setia pada  kerajaan Pakatan Harapan?