Wednesday 23 May 2018

UMNO Malaysia Senasib Dengan UMNO SIngapura (PKMS)



UMNO telah memerintah lebih 60 tahun. Pada PRU14 yang baru lepas, parti umno kononnya sebuah parti ‘keramat’  sudah tidak lagi ‘keramat’ kerana para pemimpinnya berjuang tidak berlandaskan budaya Melayu dan Islam. Pemimpin UMNO terdiri daripada kalangan perasuah yang di kenali seluruh dunia.

2. Keputusan PRU14 jelas menunjukan bahawa orang Melayu sendiri telah menolak UMNO sepertimana orang Melayu Singapura menolak UMNO Singapura.

3. Kini UMNO Singapura dikenali sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura atau PKMS.

4. PKMS tinggal seperti nyawa nyawa ikan dimana majoriti orang Melayu Singapura memberikan sokongan kepada PAP.

5.Walaupun kelihatannya PAP ‘menindas’ orang Melayu Singapura tetapi orang Melayu tetap memberikan sokongan pada PAP kerana masyarakat Melayu yakin dan percaya kepimpinan PAP dapat membina sebuah Singapura yang makmur dan berjaya. Masa depan anak cucu mereka lebih selamat dan terjamin.

6. Bukan sahaja masyarakat Melayu Singapura memberikan sokongan tetapi bangsa lain juga memberikan sokongan kepada PAP.

7. Walaupun semasa kempen pilihan raya Singapura, rapat umum pembangkang mendapat sokongan yang hangat tetapi apabila mengundi mereka memberikan sokongan kepada PAP.

8. Melihat kepada keputusan PRU14, tidak terlaluan jika di katakan bahawa UMNO Malaysia akan menimpa senasib seperti PKMS ( dulunya UMNO Singapura).

9. Apabila sesuatu parti politik tumbang, adalah amat sukar untuk bangkit semula. Untuk mendapat kembali kepercayaan rakyat amatlah sukar.

10. UMNO Malaysia akan mengadakan perhimpunan setiap tahun tetapi orang Melayu tetap akan menolak UMNO sepertimana orang Melayu Singapura menolak PKMS.

11. Bagi rakyat Malaysia tidak perlu kuatir kerana PPBM telah berjaya menggantikan UMNO dan ini terbukti dengan keputusan PRU14 yang lalu dimana orang Melayu memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan.

12. Biarkan UMNO Malaysia menerima nasib seperti UMNO Singapura kini PKMS.
Nasib orang Melayu akan terbela dengan adanya PPBM dalam Pakatan Harapan.
PPBM menggantikan UMNO dalam Pakatan Harapan.

13. Jika BN ada UMNO ( hidup segan mati tak hendak) maka dalam Pakatan Harapan ada PPBM demi masa depan bangsa Melayu dan agama Islam.

Monday 7 May 2018

UMNO/BN Sebagai Pembangkang Baik Untuk Negara




Jika di takdirkan Allah bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak kembali berkuasa maka negara akan mengalami kehancuran dan akan musnah selama-nya.

2. Filem arahan P Ramlee, Laksamana Do Re Mi contoh terbaik dimana disebabkan Menteri Pasola negara hancur dan musnah.

3.  Hutang negara dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Abdul Razak kini mencecah RM 1 trillion. Dalam sejarah negara ini tidak pernah berlakiu.

4. Jika BN memenangi PRU14 ini maka sudah pasti hutang negara akan berlipat ganda dan GST di naikkan sehingga 10% atau lebih.

5. Jika BN berkuasa anak cucu kita terpaksa membayar hutang yang di buat oleh Najib dan keluarganya. Kita lihat negara Filipina semasa President Ferdinand Marcos sehingga hari ini rakyat Filipina masih membayar hutang yang dibuat oleh beliau. Marcos menjadi President Filipina dari tahun 1965 – 1986.

6.  Satu cara untuk menyekat Najib daripada terus berhutang adalah dengan tidak memberikan sokongan undi kepada Barisan Nasional. Hanya cara ini dapat menyelamatkan anak cucu kita daripada menanggong hutang disebabkan Najib dan keluarga. Ia nya juga melibatkan ahli UMNO/Bn.

7. BN  terlalu merasakan keselesaan dalam mentabdirkan negara tanpa memikirkan penderitaan rakyat. Dengan keselesaan tersebut segala apa yang dilakukan di pandang mudah. Rakyat dikorbankan demi kerakusan pemimpin UMNO/Bn.

8. Dalam usaha kita menghalang Najib daripada terus berhutang maka pada 9 Mei 2018, BN dibawah kepimpinan Najib harus bertindak sebagai parti pembangkang di Malaysia.

9. Menjadi pembangkang selama 5 tahun sudah cukup bagi UMNO untuk munasabah dan memperbaikki diri dan mungkin bangkit sebagai sebuah gabungan yang kuat seperti dulu.

10. Pemimpin BN terutama Najib jangan merasa kecewa jika rakyat tidak memilih BN pada PRU14. Anggaplah kekalahan tersebut merupakan satu cabaran buat UMNO untuk bangkit semula pada PRU15 nanti.

11.Pada PRU14, pada keseluruhan rakyat Malaysia, hendaklah memberikan perhatian dan peluang bagi Pakatan Harapan menerajui kerajaan. Ini membolehkan kepimpinan Pakatan Harapan mencari dan menyelesaikan masalah negara yang semakin parah.

12. Kemenangan Pakatan Harapan di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dapat membantu kita, anak cucu daripada dibebani membayar hutang seumur hidup.

13. Berilah Pakatan Harapan peluang untuk memperbaikki negara yang telah di rosakkan oleh Najib dan BN.

14. Pakatan Harapan mempunyai 5 tahun untuk kembalikan negara ke landasan yang betul. Selepas itu anda membuat penilaian sendiri. Yang penting memberikan peluang kali ini bagi Pakatan Harapan untuk menyelamatkan negara.