Tuesday 23 May 2017

Hapuskan Petualang Dalam PPBM


Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa ramai yang mendakwa mereka mendapat sokongan Tun di PPBM. Mereka ‘menjual’ nama Tun Mahathir dan menjalankan “silent operation”.

2. Objektif mereka nyata dan jelas untuk menggagalkan usaha Tun Mahathir menjatuhkan kerajaan dibawah kepimpinan Dato’ Seri Najib Abdul Razak.

3. Mereka ini (petualang) akan mencetus keadaan yang tidak selesa dan saling syak mengsyaki antara satu dengan lain dalam PPBM. Mereka memulakan operasi di peringkat bawahan seperti cawangan kemudian ke bahagian. Dan seterusnya pucuk tertinggi parti.

4. Dengan melakukan seumpama rupa, maka kepimpinan parti tidak dapat mengfokuskan isu penting iaini untuk menjatuhkan Najib tetapi menghabiskan masa untuk mententeramkan keadaan dalam parti. Ini taktik politik YAHUDI.

5. Kemungkinan ini arahan dari parti tentu terutama sekali UMNO. Ini kerana ramai ahli PPBM terdiri mereka dari UMNO. Jika di lihat budaya menjatuhkan satu dengan yg lain dan ‘gerakan membenci’ adalah amalan UMNO dimana mereka warisinya.

6. Kini gerakkan mereka sudah merebak ke pucuk tertinggi PPBM yang melibatkan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

7. Jika di lihat Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan sokongan kepada usaha Tun Mahathir untuk menjatuhkan Najib Razak. Sokongan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada perjuangan Tun Mahathir semasa memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.

8. Mana mungkin TSMY mempergunakan Tun Mahathir untuk kepentingan diri. Bahkan TSMY di pecat dari UMNO kerana memberikan sokongan kepada Tun Mahathir secara terbuka.

9. Jika di lihat sasaran mereka bermula dari Datuk Sri Mukhriz Tun Mahathir tetapi gagal. Setelah tidak berjaya kini ‘melagakan” TSMY dengan Tun Mahathir.

10. Saya menyeru ahli PPBM agar bersatu menyokong pucuk kepimpinan PPBM sehingga objektif perjuangan PPBM dan rakyat Malaysia berjaya untuk menjatuh kerajaan Kleptokrasi.

11. Ahli PPBM wajib bersatu dalam usaha untuk menghapuskan Petualang dalam parti dan memberikan sokongan padu kepada PPBM dibawah kepimpinan 3M. Iaini Mahathir-Muhyddin-Mukhriz.

12. Menghapuskan petualang dalam PPBM sama seperti menghapuskan UMNO. 

13. Bagi seluruh rakyat Malaysia tidak mengambil kira bangsa dan agama, bersatulah dan berikan sokongan kepada perjuangan Tun Dr Mahathir dalam usaha menyelamatkan Malaysia.

14. Tidak perlu sangsi terhadap kepentingan PPBM. Rekod membuktikan dibawah  kepimpinan dan penjagaan Tun Dr Mahathir Mohamad, negara Malaysia maju, dan dihormati dunia. InsyaAllah.


Pakatan Harapan Belum lagi Memilih Perdana Menteri


Suara UMNO, Utusan Malaysia pada 22 Mei 2017 melaporkan “ Kenapa Tun M tak angkat sepanduk ‘Anwar PM?’.

2. Tajuk berita yang sengaja di utarakan dalam usaha menimbulkan rasa tidak selesa dikalangan pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan.

3. Secara logiknya setiap parti mempunyai cita cita bagi melihat wakil parti mereka dilantik sebagai Perdana Menteri.

4. Tetapi bagi Pakatan Harapan perlantikan seseorang sebagai Perdana Menteri memerlukan satu keputusan bersama dikalangan parti dalam Pakatan Harapan. Keputusan sedemikian harus di putuskan dalam mesyuarakat dikalangan empat buah parti yang membentuk Pakatan Harapan. Setakat ini belum lagi di putuskan siapa akan di lantik sebagai Perdana Menteri setelah Pakatan Harapan dapat menumpaskan Barisan Nasional yang di pimpin oleh Dato’ Seri Najib Abdul Razak.

5. Kita tahu bahawa Dato’ Seri Najib Abdul Razak telah di tuduh sebagai seorang Perdana Menteri yang mengamalkan rasuah. Ini dikenali oleh masyarakat seluruh dunia. Dalam usaha membersihkan nama Malaysia maka rakyat Malaysia pula harus mencari pengganti Perdana Menteri yang bersih. Maknanya seorang pemimpin yang tidak ada rekod jenayah dan rekod yang sangat bersih di mata masyarakat Malaysia dan dunia.

6.Sebagai seorang majikan jika kita ingin mengambil pekerja sudah seharusnya kita memerlukan seorang pekerja yang bersih dari jenayah. Terutama sekali bagi jawatan penting dalam syarikat. Dalam erti mereka yang tidak mempunyai rekod jenayah,

7.Persoalannya apakah Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempunyai rekod yang bersih?

8.Islam menuntut agar umatnya tidak berterusan beranggapan tidak baik kepada seseorang yang lain. Jika seseroang itu melakukan kesalahan jangan kita berterusan mengutuk dan mengejinya sehingga akhir hayat.

9.Ini apa yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menanda tangani petisyen Pembebasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ini dilakukan atas dasar peri kemanusian. Ianya juga bersesuaian dengan tuntutan Islam, maaf memaafi sesama manusia terutama sekali sesama Islam.

10.Tetapi rekod kesalahan jenayah yang telah dilakukan tidak dapat dipadamkan dengan begitu sahaja. Seperti sebagai contoh, seseorang yang didapati bersalah oleh Mahkamah, maka namanya akan tercatet dalam rekod polis di Malaysia. Itu jika jenayah dilakukan di Malaysia tetapi jika dilakukan di luar negara maka namanya juga akan tercatet sebagai penjenayah.


11. Jangan pula setelah Malaysia di kenali seluruh dunia mempunyai seorang Perdana Menteri yang mengamalkan rasuah diganti dengan Perdana Menteri bekas penjenayah.