Sunday 19 July 2015

Akhbar Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura memesongkan skandal Najib



Berita Minggu Singapura terbitan Ahad, 19 Julai 2015 melaporkan, “Polis Thai dakwa agensi berita cuba cemar Najib”.

Dengan membuat tajuk laporan seumpama itu, jelas akhbar yang dikuasai oleh Parti Tindakan Rakyat terdiri daripada penyokong Najib diluar negara.

Bilamana WSJ mendedahkan bahawa Datuk Seri Najib Abdul Razak mempunyai dua akaun peribadi di Ambank Pte dimana melibatkan wang sebanyak USD700 juta bukan satu usaha untuk mencemarkan nama Najib.

Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan Malaysia membuat kenyataan mengakui dua akaun kepunyaannya. Najib hanya membuat kenyataan kononnya beliau tidak mengguruskannya. Walaubagaimana pun Najib menyatakan akaun tersebut telah ditutup. Najib tidak menafikan dua akaun milik peribadinya.

Penutupan dua akaun peribadi beliau selepas PRU13 bukannya merupakan satu isu. Isu yang penting adalah bagaimana Najib boleh memperolehi wang sebanyak USD700juta dalam dua akaun peribadinya? Dan setelah akaun itu di tutup dan sekiranya wang itu tidak digunakan oleh Najib, persoalannya kemana wang itu simpan sekarang?

Isu kedua yang penting adalah pihak berkuasa di Malaysia harus menjalankan penyiasatan dari mana datangnya wang sebanyak USD700juta itu. Walaupun akaun peribadi itu telah di tutup tidak bermakna pihak berkuasa dengan sewenangnya boleh menutup kes ini.

Isu ketiga yang penting adalah menurut perundangan Bank Negara Malaysia mempunyai kuasa untuk mendesak Ambank Pte memberikan laporan kemasukan wang yang melebihi RM50,000 kedalam akaun individu dan syarikat. Atau setiap pengalian keluar wang melebihi RM50,000 keluar negara.

No comments:

Post a Comment