Tuesday 28 July 2015

UMNO WILL BE IN DEEP TROUBLE


If Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin out in the Cabinte reshuffle, certainly there will be Malay Tsunami erupt in Malaysia and Najib's political career will be buried. Najib did not dare to reveal to the people about his two personal bank account in Ambank having RM2.6billion. He admitted he had but not admitted of using the money for personal gain. This proof that the special forces comprising the Attorney General, PDRM, Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and Bank Negara Malaysia must be investigated. If fact Najib should resigned. If attempt been make to removed the Attorney-General meaning something "fishy" behind the scene.

Friday 24 July 2015

NAJIB MEWARISI LEE KUAN YEW


Saya tertarik kepada penulisan Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia di blognya bertajuk KONSPIRASI.

Tun Mahathir menulis, “ Adakah terdapat seseorang atau beberapa kumpulan bersubahat, iaitu bergerak secara rahsia di bawah tanah untuk menggulingkan Najib? Mungkin terdapat sebelum ini, tetapi selain daripada orang-orang yang mengadu secara peribadi tentang rasa tidak puas hati mereka dengan pentadbiran Najib, tidak ada orang yang merancang menjatuhkan beliau. Itu bukan menyatakan bahawa mereka sebenarnya mengalu-galukan idea beliau meletakkan jawatan atau mengosongkan jawatannya. Tetapi perancangan bawah tanah yang aktif dan tindakan tidak ada. Apa yang kita tahu sekarang adalah bahawa saya telah secara terbuka menggesa beliau meletakkan jawatan. Tiada konspirasi. Hanya pengakuan terbuka kepada seluruh Negara bahawa saya ingin melihat Najib terhenti menjadi Perdana Menteri”.

Menurut Kamus Dewan, konspirasi merupakan rancangan rahsia untuk melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang (terutamanya yang berbau politik).

Dari itu, apa yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir mendesak Najib supaya meletakkan jawatan secara terbuka bukan satu konspirasi. Hanya mereka yang takut kehilangan jawatan dalam kerajaan dan parti akan berpendapat/menyatakan sedemikian.

Apa yang dilakukan oleh Najib dalam menangani pengritiknya sama seperti taktik yang digunakan seorang pemimpin dictator dari negara Singapura, mendiang Lee Kuan Yew, pemimpin PAP Singapura. Dalam era 1960an sehingga 1980an, Lee Kuan Yew telah melabel sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan beliau sebagai “kumpulan konspirasi” yang mahu menjatuhkan kepimpinan beliau. Dengan berpandukan slogan “konspirasi” Lee Kuan Yew menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan individu yang dilihat boleh menggugat kepimpinan beliau kearah menjatuhkannya. Bilamana penahan telah di lakukan maka Lee Kuan Yew akan menamakan individu berkenaan sebagai “konspirasi/pengklompotan komunis” atau apa apa sahaja label yang dapat digunakan dalam usaha menakutkan rakyat.

Sesiapa sahaja yang ada hubungan baik dengan pengkritik/penentang kepada Lee Kuan Yew atau PAP  akan dituduh sebagai melibatkan diri dalam konspirasi/komplot untuk menjatuhkan beliau dan nama mereka akan di senaraikan dalam pengklompotan/konprasi tersebut. Mereka ini akan di persulitkan/persukarkan dalam urusan peniagaan dan sebagainya.

Ini jelas dengan apa yang berlaku di Malaysia. Mereka yang terdekat hubungan dengan Tun Dr Mahathir dilabel sebagai pengklompotan/konspirasi untuk menggulingkan kerajaan.

Dengan hubungan baik antara Najib dengan anak mendiang Lee Kuan Yew, iaini Perdana Menteri Singapura tidak mustahil jika Najib mendapat “tunjuk ajar”dari Lee Hsein Loong, Perdana Menteri Singapura dalam usaha mengekalkan kuasa secara kuku besi. Maka itu kelihatan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak takut kepada Singapura. Kelihatan juga seperti Malaysia berada di bawah penjajahan Singapura dimana di kuasai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP).


Jika Datuk Seri Najib Abdul Razak, sayangkan ayahnya, sayangkan bangsa, Negara dan agama, letak jawatan dengan secara terhormat. Jangan biarkan Negara Melayu menerima nasib seperti Singapura. 

Sunday 19 July 2015

Akhbar Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura memesongkan skandal Najib



Berita Minggu Singapura terbitan Ahad, 19 Julai 2015 melaporkan, “Polis Thai dakwa agensi berita cuba cemar Najib”.

Dengan membuat tajuk laporan seumpama itu, jelas akhbar yang dikuasai oleh Parti Tindakan Rakyat terdiri daripada penyokong Najib diluar negara.

Bilamana WSJ mendedahkan bahawa Datuk Seri Najib Abdul Razak mempunyai dua akaun peribadi di Ambank Pte dimana melibatkan wang sebanyak USD700 juta bukan satu usaha untuk mencemarkan nama Najib.

Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan Malaysia membuat kenyataan mengakui dua akaun kepunyaannya. Najib hanya membuat kenyataan kononnya beliau tidak mengguruskannya. Walaubagaimana pun Najib menyatakan akaun tersebut telah ditutup. Najib tidak menafikan dua akaun milik peribadinya.

Penutupan dua akaun peribadi beliau selepas PRU13 bukannya merupakan satu isu. Isu yang penting adalah bagaimana Najib boleh memperolehi wang sebanyak USD700juta dalam dua akaun peribadinya? Dan setelah akaun itu di tutup dan sekiranya wang itu tidak digunakan oleh Najib, persoalannya kemana wang itu simpan sekarang?

Isu kedua yang penting adalah pihak berkuasa di Malaysia harus menjalankan penyiasatan dari mana datangnya wang sebanyak USD700juta itu. Walaupun akaun peribadi itu telah di tutup tidak bermakna pihak berkuasa dengan sewenangnya boleh menutup kes ini.

Isu ketiga yang penting adalah menurut perundangan Bank Negara Malaysia mempunyai kuasa untuk mendesak Ambank Pte memberikan laporan kemasukan wang yang melebihi RM50,000 kedalam akaun individu dan syarikat. Atau setiap pengalian keluar wang melebihi RM50,000 keluar negara.