Saturday 3 August 2024

Daif : Jangan bidas Tun Dr Mahathir

 Pada suatu Sidang Media seorang wartawan telah meminta Menteri Komunikasi  memberikan respons kenyataan Ambiga bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan diktator.

2.Menteri Komunikasi memberikan respons kerajaan hari  ini bukan kerajaan Ops Lalang.



3.Dalam catatan di X, Mantan Menteri Undang-Undang Zaid Ibrahim menolak percubaan Fahmi untuk membezakannya dengan Ops Lalang semasa pentadbiran bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, berkata langkah yang diambil ketika itu tidak setanding dengan keadaan hari ini.

4. Ops Lalang berlaku pada Oktober 1987  mana kala Menteri berkenaan dilahirkan pada Februari 1981. Berlakunya Ops Lalang ketika beliau berumur 6 tahun.


5.Menteri Komunikasi ‘belum lagi dewasa’ ketika berlakunya Ops Lalang. Tetapi beliau ingin menjadi ‘hero’ memindas pemerintahan Dr Mahathir dengab tujuan memburukkan kerajaan kepimpinan Tun Dr Mahathir.

6.jika umor setahun jagong (dalan politik) jangan mahu membidas pemerintahan Dr Mahathir. Bukan sahaja tersasar bahkan sangat memalukan diri sendiri.

Kuala Lumpur

Sabtu 3 Ogos 2024