Wednesday 26 June 2024

Semoga Syed Husin cepat sembuh

 

Media melaporkan Pengasas PKR Syed Husin Ali berada dalam keadaan kritikal dan kini sedang menjalani rawatan di hospital.


2.Semoga Syed Husin kembali sihat dan Allah mempermudahan kesembuhannya. Amin.


3.Syed Husin merupakan  antara penyokong yang dianggap sebagai sekutu kuat pada Anwar Ibrahim. 


4.Ketika Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri ketujuh beliau tanpa jemu terus menyerang perdana menteri Dr Mahathir Mohamad (ketika itu). Beliau mahukan Dr Mahathir menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada idolanya Anwar Ibrahim.


5.Pada September 2019, media melaporkan beliau menggambarkan Dr Mahathir sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai dan Dr Mahathir tidak pernah memegang cakap nya. Menurutnya lagi ‘Sepuluh kali dia (Dr Mahathir) 10 kali dia punya jawapan’.


6.Melalui media beliau sering membuat desakkan agar Dr Mahathir menyerahkan jawatan Perdana Menteri pada Anwar Ibrahim.


7.Pastinya beliau percaya dan yakin bahawa Anwar Ibrahim akan melakukan reformasi seperti dilaungan dan di perjuangan Anwar Ibrahim begitu lama.


6.Alhamdulliah ketika beliau sihat, dapat menyaksikan Anwar tidak melaksanakan apa yang di perjuangan puluhan tahun / di janjikan tetapi hanya satu pembohongan dan penipuan Anwar dalam usaha untuk berkuasa.


7.Semoga Syed Husin cepat sembuh dimana beliau dapat menyaksikan berterusan pembohongan dan penipuan Anwar Ibrahim wadah perjuangan Reformasi, kononnya.


26 June 2024

Sunday 16 June 2024

Lack of Leadership

 

Seharusnya apa yang berlaku dalam negara sejak Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri terutama hal hal yang terkesan dalam kehidupan rakyat seharian, parti  pembangkang Perikatan Nasional tidak bermasalah menumbangkan kerajaan perpaduan.


2.Setakat ini tidak ada ‘bayangan’ mereka dapat lakukan. Ini kerana dua parti berkenaan PAS dan BERSATU hanya mementingkan parti masing masing dan mengutamakan kelangsungan pemimpin/parti dan bukan bangsa. 


3.DAP menyedari keadaan ini maka itu parti itu menimbulkan berbagai isu yang bertentangan dengan orang Melayu sebagai anak bumiputera. 


4.DAP juga menyedari sebahagian besar pemimpin Melayu/Islam terdiri dari golongan munafik. Dengan keadaan ini memudahkan parti itu secara ‘beransur-ansur’ menuju kejayaan pembentukkan Gagasan Malaysian Malaysia.


5.The bottom line permasalahan ini jelas PN tidak ada kekuatan / kesungguhan dan sebenarnya kedua parti itu ( sorry to say) kekurangan kepimpinan. (Lack of Leadership).