Thursday 11 March 2021

Menafikan Undi 18 Satu Penghinaan

 

 Menurut laporan bahawa YB Tan Sri Dr.Rais Yatim Yang di-Pertua Dewan Rakyat menyatakan bahawa kelaykan mengundi di usia 18 tahun tidak dapat diteruskan bermula Julai ini.

2.Kenyataan seumpama ini sangat mengejutkan kerana Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 disahkan oleh Dewan Negara pada bulan 2019.

3.Sebarang alasan yang diberikan bagi penangguhan pelaksaannya pada PRU 15 merupakan satu usaha pantas kerajaan PN menafikan hak generasi muda menentukan masa depan politik dimana masa depan mereka turut terlibat.

4.Tan Sri Rais Yatim berkemungkinan dibayangi tindakan setengah tengah iman dan bilal dimana kanak kanak yang ingin sholat di masjid/surau di ‘halau’ ke barisan belakang. Ini padangan zaman kuno yang masih berkisar di fikiran Tan Sri Rais Yatim

5.Kenyataan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dapat ditakrifkan sebagai beliau berpendapat ‘anak muda’ mempunyai ‘eyeque’ yang rendah dan ianya satu penghinaan kepada generasi muda.

6.Tahniah kepada Kepimpinan Muda Parti Pejuang Tanahair yang telah bangkit membantah dengan sekeras-kerasnya kenyataan Tan Sri Rais Yatim selaku Yang di-Pertua Dewan Negara.

6.Pemuda Tiang Negara manakala Pemudi harapan bangsa.