Monday 20 July 2020

Dilemma Singapura buka sempadan

Pada  Isnin (8 Jun), Menteri Kanan Malaysia, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dapat melakukan perjalanan merentas sempadan negara. Disamping itu Malaysia memberikan segala kemudahan bagi rakyat
Singapura datang ke Malaysia dengan syarat Singapura juga perlu melakukan perkara yang sama keatas rakyat Malaysia ke Singapura.

2.Setakat ini nampaknya Singapura berkeberatan memberikan layanan yang sama dan telah mengenakan beberapa syarat dan peraturan dimana perkara ini telah dan masih dibincangkan oleh kedua belah pihak, Singapura dan Malaysia.

3.Seperti dimaklumkan bahawa mulai 10 Ogos hanya golongan tertentu sahaja dibenarkan merintas negara antara Malaysia dan Singapura. Keterangan lanjut akan di umumkan pada awal bulan Ogos. 

4.Kerajaan Singapura difahamkan memberikan alasan sempadan mereka tidak boleh di buka seluasnya kerana Covid 19 dimana mudah di jangkiti. Apakah benar alasan seumpama ini?

5.Para peniaga Singapura terjejas teruk akibat Covid 19. Banyak kedai peniagaan terpaksa di tutup dan kerajaan Singapura terpaksa mengeluarkan peruntukkan tambahan bagi membantu para peniaga Singapura. Itu pun tidak dapat menampong kerugian dan ada peniaga telah pun gulung tikar. 

6.Kerajaan Singapura sangat kuatir jika sempadan dengan Malaysia di buka seperti di suarakan oleh Menteri Ismail Sabri maka akan bertambah ramai rakyat Singapura akan merintas negera ke Johor untuk membeli barang keperluan. Ini memandangkan barang keperluan yang murah di Johor terutama dengan penukaran mata wang Singapura ke Malaysia.

7.Dengan tanpa dapat masuk ke Malaysia dan tidak dapat membeli barang keperluan di Johor, perbelanjaan rakyat Singapura di negara pulau untuk sangat melambung tinggi. Ini segalanya harus dibeli di Singapura dan harganya mahal berbanding di Johor.  Ramai yang menyatakan “tidak boleh tahan”. - yang kaum cina menyatakan , “besai tahan lol”. 

8.Kebanyakkan rakyat Singapura mengeluh dengan kos yang tinggi kerana mereka terpaksa menggunakan mata wang Singapura. Bayangkan jika mata wang Singapura 100 ditukar kepada ringgit Malaysia menjadi 300. Dengan wang sebesar itu tambahan pula barangan yang murah di johor, berapa banyak barangan dapat di beli? Kehidupan rakyat Singapura kini tertekan dengan sara kehidupan melambong sangat tinggi.

9.Kerajaan Singapura takut membuka sempadan seperti di cadangkan oleh Malaysia bukan kerana virus Covid 19 tetapi dalam usaha menyekat rakyat Singapura daripada membeli belah di Johor. Jika dibenarkan rakyat Singapura masuk ke Malaysia dan membeli belah maka di kuatiri ekonomi negara pulau itu akan lebih parah merundum dengan kemungkinan 80% peniaga/pekedai akan gulung tikar.

10.Perbuatan Kerajaan Singapura diharapkan tidak ditakrifkan sebagai “mengencingkan ” kerajaan Pakatan Nasional.