Monday 11 March 2019

Perbezaan antara PAP Singapura dan DAP Malaysia



Ada peruntukan kedudukan istimewa orang Melayu dalam perlembagaan Malaysia dan Singapura. Rasionalnya dan bertujuan untuk merangsang prestasi orang Melayu di semua bidang, terutamanya dalam ekonomi.
2. Memang sejak penubuhan kedudukan bukan orang Melayu kritikal kearah keistimewaan yang dilihat membezakan kaum lain. Kritikan  isu tersebut menjadi lebih terbuka selepas Singapura menyertai persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
3. Kedudukan istimewa orang Melayu terus dicabar melalui penyebaran konsep PAP yang dilihat bukan komunal, dipanggil 'Malaysian Malaysia,'.  Konsep dan perjuangan Malaysian Malaysia diketuai oleh Lee Kuan Yew Singapura.
4. Konsep PAP menggambarkan kesaksamaan mutlak telah menyebabkan ketidakpuasan di kalangan orang Melayu yang mana mengakibatkan pengusiran Singapura pada tahun 1965. Selepas penyikiran Singapura dari Malaysia konsep PAP yang di panggil sebagai 'Malaysian Malaysia' diwariskan kepada Democtratic Action Party ((DAP)  melalui Deklarasi Setapak 1967.
5. DAP ketika itu, di kenalikan oleh Chen Man Hin dan C V Devan Nair untuk meneruskan konsep Malaysian Malaysia. C V Devan merupakan Wakil Rakyat DAP bagi Bangsar. Belum tamat tempoh perkhidmatannya sebagai MP Bangsar, C V Dewan Nair telah ‘lari‘ ke Singapura untuk membantu PAP di Singapura. Lee Kuan Yew mengarahkan beliau untuk menggerakkan pergerakan buruh di Singapura, yang di panggil sebagai National Trade Union Congress (NTUC). Dibawah kepimpinan C V Devan Nair, NTUC di bawah ‘telunjuk’ Lee Kuan Yew dan PAP sehingga kini.
6. DAP telah gagal untuk menjayakan konsep Malaysian Malaysia yang di ilhamkan oleh Lee Kuan Yew. Lama kelamaan konsep Malaysian Malaysia lesap begitu sahaja. Hanya tinggal slogan sahaja tidak lebih dari itu. Semangat untuk meneruskan konsep tersebut terkubur walaupun pemimpin UMNO masih melaungkan sikap perkaumannya dengan terus mengencam DAP kononnya masih tebal dengan perjuangan konsep Malaysian Malaysia dalam usaha memainkan dan membakar semangat orang Melayu bencikan DAP sehingga ke hari ini. Sikap membakar semangat melayu dalam usaha mendapatkan sokongan menjadi ‘senjata’ utama UMNO sejak dulu. Ketika itu di laungkan oleh Syed Ja’afar Albar.  Ini diwarisi oleh umno sehingga masa kini.
7. Apabila Pakatan Rakyat di tubuhkan dan di anggotai oleh PKR, DAP dan PAS jelas memanifestasikan DAP sudah tidak lagi memperjuangan konsep yang di ilham oleh Lee Kuan Yew. Manakala semasa pemerintahan UMNO/BN dimana Datuk Seri Najib Razak menjadi Presiden, beliau memperjuangkan sama konsep dengan DAP tetapi di panggil sebagai 1 Malaysia. Konsep ini dilihat tidak komunal seperti konsep DAP Malaysian Malaysia. Jika DAP masih tebal dengan perjuangan konsep Malaysian Malaysia, yang dilabel sebagai anti Islam dan Anti Melayu apakah pemimpin PAS dapat menerima DAP dalam gagasan Pakatan Rakyat?
8. Dengan penyertaan DAP dalam Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa DAP menerima hak istimewa orang Melayu sebagai anak bumi, Raja Raja Melayu dan Islam sebagai agama persekutuan.
9. Apabila di tubuhan Pakatan Harapan di anggotai oleh BERSATU, PKR dan Amanah, DAP turut serta didalamnya. Dengan penglibatan DAP maka  secara rasmi DAP mengakui perjuangan BERSATU sebagai sebuah parti Melayu yang mana mengakui hak  istimewa orang Melayu, kedudukan Raja Raja Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan. Sekirannya DAP masih tebal dengan sikap perkauman yang di bawa oleh Lee Kuan Yew dan PAP (seperti di laungan oleh UMNO & PAS)  mana mungkin DAP boleh bersetuju untuk turut sama dengan Pakatan Harapan.
10. Mari kita lihat situasi di Singapura dimana PAP masih memerintah. Perlembangaan Singapore Akta 152 seperti Perlembagaan Malaysia Akta 153 mengakui hak istimewa orang Melayu sebagai anak bumiputera. Apakah PAP ada melaksanakannya terhadap orang Melayu Singapura sepertimana Malaysia? Akta tersebut hanya ‘hiasan’ seperti tulisan sebuah noval sahaja. Iainya juga dapat di umpamakan seperti mengindahkan sebuah taman dimana taman tersebut di kelilingi oleh negara Melayu Nusantara.
11. Berapa ramai anak Melayu Singapura yang memegang jawatan penting di Singapura? Dan bagaimana keadaan anak Melayu di Malaysia? Kita lihat sahaja di sempadan negara Malaysia. Berapa ramai anak muda bekerja di jabatan Imigresen dan custom? Kita lihat di Singapura? Apa kita melihat lebih ramai anak Melayu sebagai ‘polis bantuan’ di sempadan seperti di Woodlands dan Tuas.
12. Menteri Melayu di Singapiura? Hanya satu menteri Melayu di lantik ( sedangkan jumlah penduduk Melayu nomber dua terbesar). Bagaiamana keadaannya di Malaysia. Siapa PM, siapa TPM, siapa Menteri Ekonomi, siapa Menteri Dalam Negeri dan Siapa Menteri Pertahanan? Persoalannyanya ‘Apakah di Singapura orang Melayu  tidak berkelayakkan untuk memegang jawatan yang penting di sana?’  Apakah sememangnya tidak layak atau mengamalkan sistem diskriminasi terhadap orang Melayu di Singapura?
 13. Bagaimana pula keadaan anak muda Melayu dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF)? Jika ada pun anak melayu dalam SAF maka ada beberapa tempat yang sensitif tidak boleh di lalui oleh anggota SAF berbangsa Melayu? Menapa?.
14. Di Singapura, bahasa Melayu di akui sebagai bahasa kebangsaan, kenapa tidak di laksanakan? Hanya command ketenteraan dan kepolisian sahaja menggunakan bahasa Melayu termasuk lagu Kebangsaan Singapura. Itu pun terpaksa dikekalkan oleh kerajaan PAP untuk menjaga ‘imej’ dikalangan negara negara jiran seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei.
15. Kita dapat melihat perbezaan yang begitu ketara antara PAP Singapura dan DAP di Malaysia. DAP mengakaui Hak Istimewa orang Melayu manakala PAP tidak melaksanakannya. Hanya pemimpin UMNO dan PAS sahaja yang terus membakar semangat orang Melayu/Islam agar membenci orang bukan Islam terutama DAP. Tetapi tidak pula membenci cina MCA. Ini dilakukan dalam usaha mendapatkan sokongan orang Melayu terhadap UMNO dan PAS.
16. Islam menggalakkan umat nya hidup harmoni bersama bangsa dan agama yang lain tanpa berkrompomi dengan hukum Islam. Allah menjadikan manusia berbagai bangsa, keturunan dan agama bagi mereka hidup bersama, hormat menghormati antara satu dengan yang lain dan hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Dalam kontek di Malaysia, kita di wajibkan untuk berkerjasama dengan bangsa dan agama lain dalam usaha untuk mengekalkan kuasa dan agama Islam. Agama Islam melarang umatnya hidup benci membenci walaupun berlainan agama.
17. Tidak salah bekerjasama dengan bukan Islam dalam usaha mengekalkan kuasa pemerintahan Islam. Seperti UMNO dahulu berkerjasama dengan MCA, MIC dan sebagainya demi untuk mengekalkan pemerintah Malaysia sebagai sebuah negara an pemerintahan Islam. Apakah MCA dan MIC serta yang lain itu semuanya parti Islam dan pemimpinnya Islam?
18. Dasar perjuangan UMNO sejak dulu untuk membakar sentimen orang Melayu dengan bermain isu perkauman seperti UMNO yang di lakukan oleh Syed Ja’afar Albar. Manakala PAS memperalatkan agama untuk kepentingan pemimpin dan parti mereka. Islam tidak mengajar umatnya supaya berbohong. Tapi PAS ‘menghalalkan’. Ini menandakan PAS memperjuangan amalan Islam yang sesat.