Sunday 17 June 2018

Tumpasnya BN kerana Aura Tun Mahathir dan bukan DS Anwar Ibrahim




Malaysiakini, 16 June 2018 melaporkan “ Anwar : “ Dr M used me to get support but it’s okay”. ( Anwar : Dr M gunakan saya untuk mendapat sokongan tetapi okay”.
2.Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sedemikian ketika di temubual oleh Lyse Doucet dari BBC.
3. Dengan membuat kenyataan sedemikian jelas sikap DS Anwar Ibrahim  dari dulu, kini dan selamanya mementingkan diri sendiri. Setelah keluar dari penjara DS Anwar Ibrahim ‘mempromote; dirinya dan ‘mencuri’ kredit untuk dirinya. Jika DS Anwar Ibrahim meneruskan “kerakusan” nya maka perbuatan beliau akan memakan diri sendiri.
4. YAB Tun Dr Mahathir tidak perlu “menggunakan” atau “memperalatkan” DS Anwar Ibrahim kerana “aura Anwar Ibrahim tidak dapat mengalahkan atau menumbangkan Barisan Nasional.
5. Ini terbukti dengan jelas, pada PRU13 dimana DS Anwar Ibrahim mengetahui Pakatan Rakyat tetapi gagal untuk menumbangkan Barisan Nasional.
6. Ada dalam PKR yang menyatakan bahawa kemenangnan Pakatan Harapan kerana adalah berbagai isu. Ini memang tidak dapat dinafikan. Terdapat ada dalam PKR secara tidak langsung ingin menafikan bahawa kemenangan menumbangkan BN bukan kerana Tun Dr Mahathir Mohamad. Ianya kerana berbagai isu yang membelenggu BN.
7. Tidak dapat dinafikan adanya berbagai isu seperti skandal 1MDB, 2.6b, SRC dan berbagai lagi.
8. Tetapi rakyat juga memikirkan pemimpin yang dapat mengatasi segala masalah itu dan ianya memerlukan pemimpin yang berkaliber dan terbukti berkesan. Pemimpin tersebut tidak lain dari YAB Tun Dr Mahathir Mohamad. Bukan pemimpin PKR, bukan pemimpin DAP maupun Amanah. Kita harus jujur membuat pengakuan ini.
9. Jika di lihat pada rapat umum PH, Tun Dr Mahathir diletakkan sebagai penceramah terakhir. Mengapa begitu? Ini kerana PH memelurkan ramai orang datang ke rapat umum dan Tun Dr Mahathir merupakan ‘ crowd puller”. Dikalangan pemimpin PH, hanya Tun Dr Mahathir yang di harapkan dapat di percayai dan diyakini oleh rakyat.
10. Ini jelas kemenangan PH pada PRU14 kerana AURA TUN MAHATHIR dan bukannya DS Anwar Ibrahim. Harus di ingat ketika itu DS Anwar Ibrahim berada di Sungei Buloh.
11. Kepada DS Anwar Ibrahim cukup cukuplah jangan ‘terlalu meroyan’. Belajar sedikit mengenang dan menghargai jasa Tun Mahathir dan cuba jangan curi kredit Tun Mahahir untuk kepentingan diri,