Tuesday 27 December 2016

BR1M SATU RASUAH - DR MAHATHIR



Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa pemberian BR1M adalah RASUAH.  SETUJU 100%

Setiap pemberian yang mana mengharapkan dan menuntut pulangan maka itu ada rasuah. Dalam isu ini, jika di lihat dengan pemberian BR1M kepada rakyat, kerajaan dibawah kepimpinan Najib Abdul Razak, meminta pulangan dari rakyat dalam bentuk sokongan dan undi kepada Barisan Nasional.

Sebagai contoh, Jika pemandu kereta di tahan oleh pegawai polis dan pemandu yang berkenaan memberikan wang kepadanya dan sebagai balasan memerlukan pegawai polis tersebut tidak menyaman beliau. Apakah ini wang ihsan atau rasuah??

Para Menteri kepada Najib pula menyatakan bahawa BR1M yang di berikan adalah untuk membantu rakyat dalam menghadapi kos sara hidup yang tinggi. Apakah ini benar?

Dari jumlah BR1M yang diberikan kepada setiap rakyat, membawa pengertian bahawa pemerintah memberikan hanya 14 sen sehari. Manakala pemerintah mengutip GST dari rakyat setiap hari sebanyak RM19. Apakah ini membantu rakyat?

Dengan ini, sesiapa sahaja menyatakan bahawa pemberian BR1M sama dengan pemberian Wang Ihsan jelas mereka pemakan dedak tegar dan otaknya kosong.

Dengan ini jelas ada kebenaran apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa BR1M merupakan satu  RASUAH.


Tuesday 20 December 2016

Pemimpin UMNO Jangan Hipokrit


Bilamana YA Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad duduk sepentas dengan Lim Kit Siang, "anjing anjing" peliharaan Datuk Seri Najib Razak menyalak dengan ngaringnya. Berbagai tuduhan dan cacian di limpahkan terhadap negarawan yang berkenaan.

Tun Dr Mahathir di tuduh sebagai Pengkhianat kapada bangsa, agama dan tanah air hanya duduk sepentas dengan Lim Kit Siang. Kononnya Tun Dr Mahathir bersengkongkol dengan musuh Melayu, musuh Islam dan sebagainya.

Apabila pemimpin UMNO berpegangan tangan dengan begitu mesra dengan pemimpin DAP, anak Lim Kit Siang, "anjing anjing" peliharan Najib tidak menyalak. Media propanganda UMNO terpaku dan membisu seribu kata. Mungkin mereka terpaku melihat betapa mesra pemimpin UMNO dengan parti yang bermusuh dengan Melayu dan Islam. Kemesraan ini terpancar dengan berpimpingan tangan sambil mengukir senyuman.