Tuesday 21 June 2016

Kenyataan Bekas Ketua Hakim Negara Memalukan



Bekas Ketua Hakim Negara berkata Tun Dr Mahathir Mohamad supaya ambil Iktibar daripada keputusan para pengundi di Sungei Besar dan Kuala Kangsar yang memberikan kemenangan dengan undi majoriti lebih besar kepada Barisan Nasional.

Sebagai bekas Ketua Hakim negara, saya agak terkejut dengan pendirian beliau. Jika kenyataan seumpama itu datangnya dari seorang ahli politik atau penyokong BN atau mahupun rakyat biasa tidak terasa kejutan. Kemungkinan ternampak atau termakan dedak. Tetapi statement ini datangnya dari seorang BEKAS KETUA HAKIM NEGARA.

Seharusnya prinsip yang ada kepada seorang hakim terutama bekas ketua hakim negara adalah sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan sokongan harus menyelidiki atau mencari fakta fakta yang diperlukan. Dalam isu ini apakah ada konsep “cash is king” atau elemen elemen yang lain seperti boleh di lihat sebagai amalan rasuah berlaku di kedua kawasan PRK?

Kita dapat melihat di kedua PRK menerusi social media dilaporkan berlakunya elemen “cash is king” – Wang itu Raja iaitu pengamalan rasuah sebagai prinsip politiknya. Bekas Ketua Hakim tersebut harus mencari bukti bukti sebelum mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan PRK di kedua kawasan.

Dengan tindakan mengeluarkan kenyataan terburu buru (semborono) dari seorang bekas ketua hakim akan memburukan lagi imej negara di mata dunia.


Apakah ini yang dimaksudkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya, “ Maruah bangsa dan negara sudah dimusnah sehingga rakyat Malaysia yang dahulu bermaruah sudah turut contoh yang di tunjuk oleh pemimpin.