Thursday 17 March 2016

Najib usah berangan


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata beliau bersama barisan kepimpinannya tetap istiqamah dan akan focus menjalankan pentadbiran negara. Beliau menyatakan tetap komited melaksanakan pelan dan beliau terus istiqamah, konsisten, lambat laun rakyat akan hargai usaha dilakukan kerajaan.

Saya di beritahu oleh satu sumber bahawa Najib melihat apa yang berlaku di Singapura. Dalam pilihan raya umum yang lalu di Singapura PAP menang dengan bergaya walaupun sebelum pilihan raya rakyat negara pulau itu begitu marah terhadap kerajaan PAP seperti kos sara hidup yang tinggi, kemasukan warga asing yang berlebihan, tenaga kerja yang di utamakan kepada warga asing dan sebagainya. Tetapi PAP tetap berjaya lebih baik dari keputusan pilihan raya sebelum nya.

Tetapi cuba Najib dan kabinet kayunya membuat perbandingan antara kelakuan PM Singapura dengan Najib dan antara Menteri Malaysia dengan Menteri Singapura.

Dalam PAP tidak berlaku seperti dalam UMNO dimana Pengerusi PAP memecat Timbalannya. Tidak menghalang timbalannya dalam memberikan ucapan atau bertemu dengan ahli PAP. PAP tidak memecat mana mana ahli yang berlainan pendapat dengan PM Singapura. Kerajaan Singapura akan menyaman sesiapa sahaja yang dianggap memfitnah kepimpinan PAP. Tidak mengambil kira dari dalam atau luar negara. Tidak seperti Najib yang tidak berani menyaman WSJ yang dikatakan memfitnah beliau dan pemerintah Malaysia.

Di Singapura ujudnya Temasik Holding seperti 1MDB. Tetapi PM Singapura tidak terlibat seperti penglibatan Najib dalam 1MDB. Tidak ada kes seperti SRC di Singapura. Tidak ada kes anak PM Singapura seperti anak Najib. Isteri PM Singapura tidak seperti isteri Najib. Tidak ujud Jho Low di Singapura. Tidak ada mana mana agensi atau institusi yang melindungi PM Singapura atau Menteri PAP yang melakukan kesalahan, salah laku dimana dapat mengugat kredibilti kepimpinan Singapura. Menteri menteri Singapura tidak melindungi ketua mereka yang melakukan kesalahan seperti di Malaysia.

Apakah pernah terjadi dalam sejarah politik Singapura didalam tempoh 6 jam, Perdana Menteri Singapura memecat Timbalan Perdana Menteri? Memecat Peguam Negara, Menukar Pengarah Cawangan Polis Khas dan menukar Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negara (PAC) dimana sedang menjalankan siasatan? Di Singapura tidak ada slogan “ I love PM’ atau “ Respect MyPM”. Perbuatan respect tidak perlu di minta atau di beli.

Baru baru ini berlaku di Singapura dimana seorang MP PAP mengadakan hubungan sulit dengan aktivis wanita parti. MP tersebut meletakkan jawatan. Cuba kita lihat di Malaysia. Jika perkara seumpama itu berlaku, MP tersebut mati hidup kembali tidak akan membuat pengakuan bahkan ‘geng-geng’ BN yang lain akan mempertahankannya. Bukan itu sahaja  bahkan akan ada “ngo upahan’ untuk ke depan dan membela MP yang bersangkutan.

Najib janganlah berangan. Jangan hendak samakan epal dengan oren. Apa yang berlaku di Singapura tidak akan berlaku di Malaysia. Rakyat Malaysia tidak sebodoh yang di fikirkan oleh Najib dan kabinet kayunya.

Dengan adanya Deklarasi Rakyat merupakan ‘the last nail to the coffin’ BN akan tumbang jika Najib terus memimpin parti dan kerajaan. Kita jangan lupa bahawa yang menentukan kemenangan mana mana parti tidak hanya bergantung kepada orang Melayu sahaja. Dalam mana mana pilihan raya keseluruhan rakyat tidak kira bangsa agama dan keturunan yang akan membuat keputusan.

Jika kita membuat analisa PRU13, berapakah jumlah kerusi parlimen di menangani pembangkang (termasuk undi dari masyarakat Cina). Jika PRU 14  kita ambil kira jumlah undi yang menyokong pembangkang, para penyokong Tun Mahathir, Tan Sri Muhiyddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Shafie Afdal dan beberapa tokoh lagi, apakah BN dibawah kepimpinan Najib akan mencapai kejayaan dalam PRU14? Kanak kanak sekolah rendah pun boleh membuat kiraannya.

Sudah tentu kita tidak mahu itu berlaku. Bagi UMNO kekal berkuasa demi masa depan bangsa, agama dan tanahair, maka NAJIB HARUS UNDUR. Ini kerana UMNO bukan Najib dan Najib bukan UMNO. Dalam Deklarasi Rakyat tidak mencadangkan siapa pengganti Najib apabila beliau berundur. Apa yang perlu dilakukan untuk memastikan UMNO/BN berkuasa dan bangsa melayu memegang kuasa politik negara.

Yang penting sekarang, seluruh rakyat Malaysia tidak mengira bangsa, agama dan keturunan sebagai rakyat dan demi masa depan dan menyelamatkan negara dari kehancuran, NAJIB WAJIB BERUNDUR